Bukti Pasir Haram Dan Di Dedahkan Tapi Untuk Apa?

Saturday, July 17, 2010

Isu pasir: Noh dakwa ada bukti penyelewengan
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.
Beliau mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

"Atas keistimewaan ini, saya difahamkan syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat-syarikat lain dan membuat keuntungan besar.
"Adakah syarikat itu menjadi 'proxy' mana-mana parti politik. Apa muslihat kerajaan negeri sehingga beri cukup keistimewaan kepada syarikat itu," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.
"Syarikat-syarikat terbabit menyalahgunakan keistimewaan itu dengan tidak membayar kepada KSSB selepas mengorek pasir. Sikap pilih kasih ini juga menyebabkan KSSB hanya jadi alat dan kuda tunggangan kepada syarikat-syarikat tertentu," katanya.

Noh mendakwa KSSB juga membenarkan pihak kontraktor memproses dan menjual pasir halus di kawasan melombong tetapi mengeluarkan resit yang menyatakan bagi pengeluaran pasir kasar.
Katanya kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan dengan memberhentikan pemberian permit pasir sekiranya mereka ingin menyelesaikan masalah pasir dengan telus dan bukan menyalahkan kerajaan Persekutuan atas kegagalan mereka.

Sumber Bernama

Sekarang dah terbukti penyelewengan kecurian pasir dalam Selangor di dalangi mereka yang berkepentingan dalam kerajaan Pakatan Rakyat Haram. SPRM tunggu apa lagi? Nak kena hantar bukti semua tu depan pejabat ke? Atau nak kami jemput ke pejabat Khalid Gagap?

Ni dah terbukti memang dasar Pakatan Hatam PAS,PKR dan DAP mengamalkan Rasuah, Keronisme,Salah guna kuasa dan macam macam hal yang haram. Rakyat Selangor nak buat apa? Berpeluk tubuh sampai PRU 13? Atau dari sekarang lakukan tindakan proaktif dengan menolak kepimpinan Kerajaan Pakatan Haram ini?

Pemuda UMNO tunggu apa pulak? Anda yang rakyat Selangor ahli UMNO terutama Ketua pemuda setiap peringkat baik bahagian dan cawangan nak tunggu apa pulak? Bila nak gempur habis habisan dalam menyampaikan pada rakyat Selangor kejahilan kerajaan Pakatan Rakyat haram ni? Atau nak tunggu Fund dari UMNO pusat baru nak buat kerja?

Ketua Bahagian UMNO dalam Selangor? Macam mana? Teruskan aktiviti bermain Golf dan sembang projek Juta juta atau turun ke padang berjumpa rakyat dengan menyampaikan kebenaran dan perjuangan umno ini untuk rakyat yang ada. Jangan lah salahkan ahli UMNO kelak bila anda tersingkir dari ketua Bahagian.

Gomo nak lihat, apakah dengan pendedahan ini, SPRM,Rakyat Selangor,Pemimpin UMNO Selangor akan diam membisu ataupun Gempur menyerang serta mendedahkan kebenaran buat seluruh dunia. Harapan kita semua keadilan dapat di tegakka! Ops... Bukan parti keadilan tapi Keadilan yang adil bukan sepertimana PKR yang hanya untuk Anwat Al Juburi semata mata.

Psssttt... Apa nak di kato? Pasir jadi mangsa atau rakyat Selangor?

Anwar Al Juburi Harus Bertaubat


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP