EDISI KHAS- TOLONG!!! Bantu Kami Peniaga Melayu Uptown Dari Penghisap Darah

Sunday, July 18, 2010


KLIK IMEJ DI ATAS

Di atas merupakan surat yang di hantar oleh Persatuan Penjaja Penjaja Dan Peniaga Peniaga Kecil MELAYU Wilayah Persekutuan Cawangan Genting Klang/ Setapak yang mana di ketuai oleh Ahmad Selamat(PENDEK) kepada para peniaga BERLESEN Bazaria Larut Malam Danau Kota( UPTOWN)

Dalam surat tersebut menyatakan pihak persatuan akan menaikkan kadar yuran perkhidmatan dari RM150 sebulan ke RM300 berkuatkuasa bulan Ogos tahun ini yang mana akan dikutip bermula 25hb Julai ini iaitu dalam masa 6 hari dari sekarang.

Untuk makluman semua, Gomo merupakan peniaga di UPTOWN Danau Kota ini sejak ianya di buka pada 16/02/2006. Dulu yuran perkhidmatannya hanya RM80 dan apabila 2 tahun ianya di naikkan sebanyak RM150 sehingga lah ke hari ini. Tapak berlesen di sini semuanya berjumlah 333 tapak yang mana jika di kutip RM150 satu tapak menjadikannya sebanyak RM 49,950 sebulan dan semua wang tersebut masuk ke dalam POKET Persatuan yang di ketuai Ahmad Selamat @ Pak Selamat.

Pihak persatuan menyelenggara Uptown ini sejak ianya di buka, dan tugas penyelenggaraan mereka yang di ketahui setakat ini iaitu:
Membersihkan Kawasan setelah habis waktu perniagaan.
Mengawal lalulintas Bagi mengelakkan Kesesakan
Mengawal Keselamatan pengunjung

Jika ada penyelenggaran yang lain Gomo tidak pasti kerana tidak lihat apa apa faktor lain dalam penyelenggaran ini kerana untuk makluman semua Kami peniaga peniaga BERLESEN di Uptown ini membuka dan menutup sendiri Kanopy serta Membayar kadar sewa Elekrik yang bermula dari RM4-Rm8 sebuah tapak sehari.

RM49,950 Sebulan di pungut Persatuan dan mereka perlu membayar kos penyelenggaran yang ada di Uptown ini. Apakah tidak cukup wang sebanyak itu? Katakanlah:
Bayaran Pembersihan sampah RM10, 000 sebulan +
Kawalan Lalulintas dan Keselamatan RM20,000 +
Kos kos sampingan seperti elaun dan kertas kerja sebanyak RM10,000.
Semuanya baru berjumlah RM40,000 dan masih mempunyai baki sebanyak rm9,950.

Apakah Persatuan masih tidak cukup dengan jumlah Baki sebanyak RM9,950 sebulan itu? Barangkali tidak cukup, TAPI bagaimana pula hasil Bulanan yang di perolehi dari Tapak PROMOSI sebanyak 30 lot lagi yang di sewakan sebanyak RM1200 sebulan?

RM1,200 x 30 Lot = RM36,000

Apakah tidak cukup lagi sehinggakan ingin menaikkan yuran perkhidmatan sehingga menjadikan jumlah keseluruhan kutipan:
RM300 x 333 Lot = RM 99,900
Di tambah Tapak Promosi RM 36,000
menjadikan kutipan sebulan pihak Persatuan sebanyak
RM 135,900 Sebulan.

APA INGAT TAPAK PERNIAGAAN INI ATAS
TANAH BAPAK PAK SELAMAT PENDEK KE?

Untuk Makluman semua, kami menjalankan perniagaan di atas Jalanraya hak milik KERAJAAN MALAYSIA dan bukanlah di atas tanah persendirian. Pihak Persatuan hanya menguruskan perkhidmatan bagi menyelanggara Uptown ini dari masa ke semasa sahaja. Hasil kutipan selama ini juga sepenuhnya masuk ke Poket Persatuan.

Atas rasional apa yang membuatkan perlu kami membayar sebanyak RM300 Sebulan kepada pihak persatuan sedangkan Downtown Cheras yang diuruskan oleh pihak PENGASIH dan DBKL hanya di kenakan bayaran yuran perkhidmatan sebanyak RM350 Sebulan yang mana Kanopy serta Kadar Elektrik termasuk dalam kadar yuran tersebut?

Cuba bandingkan:
Uptown Danau Kota Kadar Yuran RM300
Elektrik Kami Bayar sendiri Sebulan Rm 100
Kanopy Kami Buka dan tutup sendiri
( Atas jalanraya KERAJAAN MALAYSIA)

Downtown Cheras Kadar sewa sebulan RM350
Termasuk Elektrik serta Siap di buka dan tutup
Kanopy para peniaga yang ada.
(Lokasi Downtown Cheras terletak di Tapak Parking Kereta
yang mana sewaan bulanan di bayar oleh PENGASIH)


Namanya Persatuan Peniaga MELAYU tapi hakikatnya mereka ini MENINDAS peniaga peniaga Melayu yang ada di Uptown Danau Kota ini. DBKL???

Gomo juga HAIRAN dan BENGANG kerana pihak DBKL kerana bertindak meluluskan kadar Yuran yang di naikkan persatuan Pak Selamat Pendek ini tampa melakukan perbincangan dan sesi dialog bersama para peniaga peniaga berlesen di Uptown Danau Kota ini. Apakah dari kutipan RM135,900 yang akan di perolehi kelak akan di BAHAGI DUA dengan DBKL?

Jika DBKL prihatin kepada peniaga seharusnya mereka melakukan sikap Profesional dalam menjalankan tugas memberikan perkhidmatan kepada para peniaga yang ada. lakukan tugas yang di amanahkan dan bukan BERSEKONGKOL dengan pihak Persatuan yang ingin MENGHISAP DARAH PENIAGA PENIAGA yang ada ini.

Uptown Danau Kota ini 90% terdiri dari peniaga peniaga Melayu sekitar lembah Klang. Ini kah yang di namakan oleh persatuan Melayu yang kononya ingin membantu peniaga MELAYU?

Kadar Yuran Baru yang di kenakan oleh pihak Persatuan Penjaja Pak Selamat ini amatlah tidak berpatutan dan seharusnya ianya di batalkan dengan segera oleh DBKL. Gomo juga mengharapkan agar pihak Menteri Wilayah Persekutuan dapat campur tangan dalam hal ini memandangkan ianya melibatkan ramai peniaga peniaga kecil yang ada.

Kami menjana Ekonomi Negara Bukan Menghancurkan Negara.

Psssttt....Gila Babi depa makan duit, kembung perut sampai PECAH. Jahanam


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP