WAJIB BACA - 2014 Rakyat Lembah Klang Ketandusan Bekalan Air Bersih!!!

Wednesday, July 21, 2010


Menjelang 2014 bekalan air di sekitar lembah Klang akan terputus sama sekali. Pada waktu itu Kuala Lumpur yang menjadi Ibu Negara Malaysia juga akan terjejas teruk akibat ketiadaan bekalan air bersih. Putrajaya yang menjadi nadi dalam sektor pentadbiran negara tidak terkecuali dalam hal ini. Dan pekara yang amat membimbangkan kita semua adalah rumah rumah yang terdapat di sekitar lembah Klang yang mana komposisi penduduknya melangkaui 8 juta orang.



Putusnya bekalan air di Lembah Klang ini adalah berpunca daripada ketidakupayaan Loji tadahan air yang sedia ada selama ini.Dan menjelang 2014 loji ini tidak lagi berupaya menampung jumlah takungan air yang mencukupi bagi di salurkan ke seluruh lembah Klang.



Pihak Kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Pengurusan Air Berhad telah merancang untuk membina sebuah Loji yang mana dapat menampung bekalan air menjelang 2014 akan datang. Lokasi pembinaan Loji air ini juga telah di putuskan untuk di bina di Hulu Langat yang mana pembinaan nya nanti akan mengambil masa sekitar 3 tahun lebih kurang.



Pembelian tanah di Hulu langat oleh Perbadanan Pengurusan Aset Air Berhad telah pun di lakukan dan waktu ini hanya menunggu kelulusan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi menukar status tanah yang mana akan di bina Loji berkenaan.




Malangnya sehingga ke hari ini setelah hampir 2 tahun Kerajaan Negeri Selangor melalui MB Dato Seri Khalid Ibrahim tidak meluluskan status penukaran tanah ini atas faktor perbedaan Politik di antara Kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat.400 ribu tempat tinggal,bangunan,pusat komersial,hotel dan sebagainya akan mengalami ketiadaan air pada waktu itu. Tidak dapat di gambarkan bagaiaman para penduduk Lembah Klang akan menghadapi masaalah berkenaan dan bagaimana mereka cuba mengatasinya.



Sungai yang ada di sekitar Lembah Klang ini juga semakin hari semakin tercemar dan sudah pasti ianynya tidak dapat di gunakan bagi menggantikan sumber air bersih yang ada bagi kegunaan seharian.


Kedudukan bekalan air sememangnya kritikal dan ini diperakui Kerajaan Selangor itu sendiri. Penggunaan air di negeri itu amat tinggi berbanding negeri lain jika dilihat daripada statistik di dalam Malaysia, Panduan Industri Air 2005.



Pada 2003, penggunaan air domestik bermeter di Selangor dicatat pada 478,995,217 meter padu sementara penggunaan air bukan domestik bermeter pula ialah 245,490,214 meter padu. Jumlah penggunaan air domestik dan bukan domestik bermeter di Malaysia untuk 2003 ialah masing-masing 1,609,574,693 meter padu dan 843,388,420 meter padu.



Laporan sama juga memperkatakan jangkaan pertambahan penduduk Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kadar pertumbuhan penduduk untuk kedua-duanya adalah lebih daripada empat peratus dengan unjuran angka untuk 2010 iaitu 8,080,823 orang.


Menerusi projek Pahang-Selangor ISRWT, air dari Sungai Pahang akan disalurkan ke Selangor menggunakan paip.Terowong akan dibina menembusi Banjaran Titiwangsa bagi saluran paip itu. Menurut laporan awal, projek ini akan dilaksanakan dengan pembiayaan sepenuhnya daripada Jepun. Projek yang dicadangkan ini membabitkan tiga lembangan saliran di Pahang iaitu Kelau, Telemong dan Bentong.



Kerajaan Selangor seharusnya tidak menjadikan perbedaan politik dalam menidakkan pembinaan Loji Air Bersih ini.Jika ianya tidak di bina maka kesan yang amat besar akan di hadapai oleh rakyat dan sudah pasti rakyat Selangor itu sendiri yang akan menerima kesan yang besar akibat kegagalan Kerajaan Selangor di bawah Pakatan rakyat itu sendiri.



Isu Air ini merupakan isu yang berkempentingan dan sewajarnya pihak Kerajaan PR Selangor dan juga Kerajaan Pusat duduk mencari jalan penyelesaiaan bagi meneruskan pembinaan Loji Tadahan air ini dalam menjamin bekalan air bersih buar rakyat sekitar Lembah Klang.



Sumber Malaysia Post



Wow...betul ke ni? Kalau betul jawapnya sengsara lah penduduk lembah Klang termasuk dengan Gomo sekali sekeluarga. Habis nak cari air kat mana? Takkan nak pindah kot semata mata tiada air bersih dalam meneruskan kehidupan seharian?



Gomo nak tegur kepimpinan Khalid Gagap dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat PKR,PAS dan DAP di Selangor ni. Apakah mereka semua tidak memikirkan kesan jangka panjang dalam menidakkan pembinaan loji Air di Hulu Langat? Atau mereka sudah mempunyai Alternatif lain dalam menjamin sumber Air di Lembah Klang akan berterusan dari semasa ke semasa?



Mengikut sumber dari Malaysia Post di atas Projek Loji ini jika di bina akan dapat menampung keperluan penduduk bukan sahaja di Selangor malah seluruh kawasan Lembah Klang termasuklah Kuala Lumpur nadi Malaysia ini. Jika loji berkenaan tidak di bina bagaimana Kuala Lumpur tampa air di masa mendatang? Apakah Air akan semahal Minyak?


Takkanlah kerana Projek berkenaan di miliki kerajaan Pusat maka pihak kerajaan Negeri Selangor membekukan projek berkenaan dengan tidak meluluskan status penukaran tanah tersebut? Demi rakyat Loji Tadahan air ini bukannya antara perperangan Politik setempat. Apa depa juak Pimpinan Pakatan Selangor tak Faham ke keperluan rakyat?




Dengan tindakan Kerajaan Selangor yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat Haram ini sudah pasti ianya akan menjejaskan kehidupan Rakyat sekitar Lembah Klang khusunya Selangor itu sendiri. Demi kepentingan politik maka rakyat pula yang terpaksa menanggung akibatnya.



Moga penyelesaian perlu di lakukan dengan segera antara kerajaan Pusat dan juga Kerajaan negeri. Barangkali Kerajaan Pakatan Rakyat Haram mahu mereka di bayar imbuhan dan sebagainya bagi meluluskan projek Loji Takungan air di Hulu Langat itu.



Psssttt....Gomo risau jika masaalah air ini benar benar berlaku menjelang 2014....hancur!!!


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM


ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP