GEMPAR- Bukti Sahih Blogger PAS kantoi Menggulingkan Kepimpinan Haji Hadi Dan Hassan Ali

Friday, July 23, 2010








n


KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS

Nah ini dia Teks perbualan antara Papa Gomo dan Blogger PAS Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Abu Talib. Teks perbualan ini sebenarnya telah Gomo perolehi pada bulan MAC yang lalu namun Gomo menyimpannya bagi menunggu masa yang sesuai untuk di dedahkan kepada Rakyat khusunya Ahli PAS bahawa memang Jelas dan Sahih Cantas Menyantas di dalam PAS sedang berlaku.

Abdul Rahman Bin Abu Talib ini dalam kenyataan nya mengaku memang Hassan Ali akan di singkirkan dan akan di gantikan dengan dirinya sendiri. Katanya Hassan Ali tidak layak kerana pro kepada perpaduan Islam antara UMNO dan PAS. Blogger PAS ini berbangga diri bahawa dirinya paling layak menggantikan Hassan Ali bagi memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Isy isy isy, ni lah dia Blogger yang gila Kuasa dan Pangkat dalam mengharungi politik tanahair ni. Gomo pun tak pernah terlintas nak jadi Ketua Pemuda ke, Ketua Cawangan ke apatahlagi AJK dalam mana mana Position UMNO walhalkan Gomo memang Ahli UMNO. Tapi Blogger PAS ni memang dah naik minyak, mentang mentang Bloggnya di baca Ahli Jemaah PAS maka dia pun sibuk nak rebut Kuasa dan Jawatan. Entah apa apa lah mentaliti Jemaah PAS ni.

Kalau dah Blogger pun berebut Tamakkan Kuasa dan Pangkat dalam parti apatah lagi dengan ahli PAS yang lain, Sudah pasti masing masing Lobi melobi untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam PAS. Tak dapat PAS Pusat dapat PAS Negeri pun jadilah.

Blogger PAS Tulang Besi ni dalam kenyataan nya juga ada menyebut:

"dalam pollling. aku banding aku dgn Dr Hasan Ali untuk menunjukkan betapa hinanya Hasan ali ni sampai orang lebih suka Tulang Besi jadi PJ dari hasan ali."

Mak oi....RIAK dan TAKBUR betul Blogger Hingusan PAS ni. Isy isy isy.....Hina sangat ke Hassan Ali tu yang nak bersatu demi Islam? Apa lebih Mulia kah Blogger yang makan duit Upah dari Hasil yang tak tahu datangnya dari mana macam si Tulang Besi ni Makan Bulan bulan?

Si Abdul Rahman Bin Abu Talib ni juga ada menyatakan:

"Puak2 Terengganu tu suruh kao serang aku ke?"

Puak Puak Terengganu? Haji Hadi? Presiden PAS? Wow....lagi satu bukti yang memang wujudnya pakatan untuk menggulingkan Haji Hadi dari mengekalkan jawatan Presiden PAS. Isy isy isy....Apa teruk sangat Mentaliti orang PAS yang Anti Perpaduan Islam ni?

Gomo mengharapkan agar pihak Hassan Ali, Presiden PAS Haji Hadi dan pengikutnya bersiap sedia dalam menghadapi musuh yang datangnya dari dalam ini untuk menyingkirkan mereka. Gomo yakin gerakan dalam menumbangkan mereka yang pro kepada perpaduan Islam ini sudah semakin besar dan pastinya di Arahkan oleh pemimpin PAS yang mempunyai Pangkat dalam jawatan jawatn tertentu dalam PAS Pusat.

Buat Ahli PAS moga bukti yang Gomo dedahkan ini menyedarkan anda semua bahawa tidak ada yang betul dalam politik ini. Baik UMNO mahupun PAS memang akan wujud gejala Cantas menyantas demi karier politik ini. Namun kita seharusnya sedar matlamat kita di dalam politik ini bukanlah untuk mengejar pangkat dan Kuasa semata mata sebaliknya membantu rakyat khusunya Umat Islam dan bangsa Melayu.

Perpaduan Islam antara PAS dan UMNO perlu bagi meneruskan perjuangan Penjuang pejuang Melayu yang berkorban nyawa dalam mempertahankan tanah air tanah Melayu ini.

Psssttt....Dasyat Blogger PAS ni, Blogger UMNO? Macam Gomo RILEKS je dengan meniaga pasar malam...apa ada kesah? he he he

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP