18 SX - SUBUR Yang Nampak Gayanya Tak Subur Subur Akibat Karenah Pemimpin

Tuesday, July 27, 2010


Sekadar Gambar Hiasan

Program Subsidi Beras untuk Rakyat(SUBUR)

Majlis Taklimat Mengenai Penggunaan Baucar Beras Di bawah Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) Kepada Pengerusi dan Urusetia MPPP pada 12 Oktober 2009 (Isnin) di PWTC Kuala Lumpur

Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR)

Latar Belakang Program

Kajian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati keperluan sebenar beras ST15% oleh golongan sasar hanyalah sekitar 6,000 tan metrik sebulan, sedangkan pada masa ini (sejak 1 April 2009) sebanyak 40,000 tan metrik sebulan disubsidi oleh Kerajaan. Oleh itu, pada hakikat sebenarnya, adalah tidak tepat jika banyak pihak terus-terusan mendakwa bahawa bekalan beras ST15% tidak cukup di pasaran seandainya semua pihak memahami matlamat sebenar beras ST15% ini disubsidi oleh Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15% sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian baucar kepada golongan sasar di bawah program yang dipanggil Program “Subsidi Beras Untuk Rakyat” atau ringkasnya SUBUR. Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Disember 2009.

Faedah Yang Dijangkakan

Pelaksanaan Program SUBUR dan penggunaan baucar bagi pembelian beras dijangka dapat mencapai matlamat berikut:

(i) memastikan subsidi Kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Ini bermakna hak golongan miskin dikembalikan kepada mereka;

(ii) menghentikan penyelewengan bekalan beras subsidi ST15% dan sekali gus menutup ruang-ruang berlakunya ketirisan; dan

(iii)menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dalam pemberian subsidi beras kepada rakyat. Peruntukan daripada penjimatan ini boleh disalurkan kepada golongan atau sektor lain.

Kos Program

Pelaksanaan Program SUBUR dan penggunaan baucar seperti yang dicadangkan akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan dalam bentuk subsidi sebanyak RM8,250,854 sebulan.

Tempoh dan Jadual Pelaksanaan

Penggunaan baucar di bawah Program SUBUR akan mula dilaksanakan mulai 1 Disember 2009. Tempoh dua bulan ini akan digunakan untuk menyusun aktiviti berkaitan bagi memantapkan pelaksanaan dalam usaha mengurangkan sebarang masalah apabila Program SUBUR dimulakan.

Bil Tarikh Aktiviti
1 5 Oktober 2009 Mesyuarat Bersama Agensi
2 12 Oktober 2009 Taklimat kepada Pengerusi dan Urus setia Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP)
3 18 – 31 Oktober 2009 Majlis Penyerahan Baucar Kepada Golongan Sasar
4 1 – 30 November 2009 Menerima Pertanyaan atau Aduan Berkenaan Program SUBUR (jika ada)
5 1 Disember 2009 Pelaksanaan Program SUBUR

Senarai Golongan Sasar

Golongan sasar yang layak menerima baucar di bawah Program SUBUR adalah seperti berikut:

(i) daripada senarai eKasih

- Miskin tegar (43,509 keluarga)

- Miskin (56,551 keluarga)

- Mudah Miskin iaitu golongan pendapatan rendah (86,364 keluarga)

(ii) Orang Asli

- Miskin tegar (8,808 keluarga)

- Miskin (4,834 keluarga)

(iii) Institusi Kebajikan (57 buah dengan penghuni seramai 7,545 orang)

Baucar akan diagihkan setiap 6 bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti mengikut kawasan Parlimen dan disampaikan ahli Parlimen Barisan Nasional atau Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP). Penerima boleh menggunakan baucar tersebut bagi membeli beras di mana-mana premis peruncit sedia ada yang menjual beras gred berkenaan. Pemborong pula boleh mengemukakan baucar tersebut kepada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri-Negeri atau Ibu Pejabat untuk menuntut bayaran.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Putrajaya

8 Oktober 2009
Sumber Blog MOA

Program SUBUR yang nampak gayanya memang tak SUBUR lah jadinya. Gomo bukan nak menghentam mana mana pihak namun menjadi kewajipan Gomo untuk menegur pihak Kerajaan Malaysia ini terutama Kementerian Pertanian Industri Asas Tani berhubung program SUBUR ini yang mana sudah hampir setahun tertangguh.

Apa Sebab nya?

Dato Seri Noh bin Omar pernah menjelaskan isu program SUBUR ini sewaktu Gomo dan beberapa rakan Blogger berjumpa beliau dalam satu program sewaktu kempen di Hulu Selangor yang lalu. Dato Seri Noh Omar menyatakan program SUBUR ini sedang di semak balik kerana masih banyak nama nama yang tidak di sertakan sewaktu laporan pertama di hantar.

Nama nama mereka yang berpendapatan rendah yang mana layak untuk menikmati faedah dari program SUBUR ini tidak lengkap sama sekali kerana bila di buat penilaiian sesebuah Parlimen di dapati masih banyak mereka yang kurang berkemampuan yang sepatutnya layak menerima faedah program SUBUR ini.

Gomo secara Rasionalnya dapat menerima penjelasan yang Dato Seri Noh Omar ini berikan memandangkan memang benar masih ramai lagi rakyat di setiap kawasan parlimen yang kurang berkemampuan dan layak untuk menerima bantuan dalam program SUBUR ini. Namun.....

Awat yang susah sangat untuk melaksanakan program SUBUR ni? Dah nak dekat setahun berlalu takkan lah masih tidak lengkap nama nama yang perlu di berikan bantuan ini? Ketua Bahagian UMNO, Ketua Cawangan, Ahli Parlimen, DUN, apa semua tu masih tak mampu untuk membuat semakan ke di kawasan sendiri siapa yang layak dalam menyertai program SUBUR ni?

Tu bab UMNO dah jadi satu hal, lagi satu hal yang paling liat sekali bila parlimen Pembangkang. Aduh.....kenapa susah sangat nak beri kerjasama dengan kerajaan dalam program yang membantu rakyat?

Setakat yang di maklumkan sehingga ke hari ini, kawasan parlimen dan DUN yang YB nya terdiri dari Pakatan Pembangkang cukup susah nak memberikan kerjasama bila di minta untuk memberikan nama nama mereka yang layak dalam program SUBUR ini. Kenapa DENGKI sangat dengan Rakyat? Ini pekara yang elok buat rakyat yang layak menerima nya namun mengapa hendak di sekat rezeki rakyat itu sendiri?

Ops....harus kita ingat Game Politik KOTOR Pakatan Pembangkang ni. Sekarang bila di minta nama mereka yang layak untuk program SUBUR mereka tidak beri kerjasama dan hanya diam membisu. Nanti bila program SUBUR sudah di laksanakan maka mereka pemimpin Pakatan Pembangkang dalam sesebuah kawasan Parlimen mahupun DUN pasti akan menjadikan modal politik mengatakan Program SUBUR ini yang dapat hasil Semua Orang UMNO dan BN sahaja. Manakala orang Pakatan di sisihkan dari menerima bantuan ini.

Lepas tu ahli Pembangkang yang sepatutnya layak menerima bantuan pun mula lah mengamuk kata Kerajaan UMNO dan BN ni pilih kasih dan KERONISME. Walhalkan kita dan minta pada Ahli Parlimen nya untuk membantu memberikan nama mereka yang layak. tapi nak buat macam mana? Ahli Parlimen yang di undi nya sendiri enggan memberikan namanya sebagai penerima bantuan.

Gomo mengharapkan agar setiap rakyat yang merasakan dirinya layak menerima bantuan dalam program SUBUR ini segeralah bagi mendaftarkan diri. Jika anda tidak layak mungkin anda mempunyai jiran jiran atau rumah kebajikan yang kurang berkemampuan dan layak menerima bantuan SUBUR ini maka segeralah membantunya mendaftarkan diri.

Dalam program SUBUR ini ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak tampa mengira fahaman Politik, Agama mahupun Bangsa. Jadi janganlah kita di momokkan dengan dakyah dakyah songsang Pakatan haram ini menyatakan Program SUBUR ini hanyalah untuk Keroni Sepupu Sepapat UMNO dan BN sahaja.

Pemimpin UMNO baik Bahagian mahupun Cawangan pula jangan lah dok Tidor lagi! Ni lah masanya membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Turun padang dalam memberikan Khidmat yang terbaik buat rakyat. Takkan asyik turun Padang Golf memanjang je. Sampai naik BOTAK Padang Golf tu!!!

Gomo harap agar Kementerian Pertanian Industri Asas tani agar segera menjalankan kewajipan dalam Program SUBUR ini. Kalau boleh jelaskan kepada rakyat mana mana Parlimen dan DUN yang di kuasai Pembangkang yang enggan memberikan kerjasama kepada Kementerian dalam menjayakan program SUBUR ini.

Psssttt...SUBUR yang nampak gaya tak SUBUR.....Rakyat Memantau!!!

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP