SYABAS- Tony Pua Pejuang Tulen Bangsanya! Pemimpin Melayu PAS & PKR???

Thursday, July 29, 2010


CHINESS HEROES

SHAH ALAM 26 Julai - DAP disifatkan sebagai cuba mengamalkan sikap cauvinis apabila mencadangkan kerajaan negeri supaya menghapuskan diskaun bumiputera dalam pembelian premis komersial di negeri ini

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua itu adalah tidak wajar kerana ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pengagihan serta pemilikan ekuiti di antara kaum di negara ini.

Ini kerana, katanya, pemilikan ekuiti serta kuasa beli kaum bumiputera di negara ini termasuk di Selangor adalah jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain.

Menurut beliau, sekiranya wujud ketidakseimbangan tersebut, maka ia sudah pasti memberi kesan negatif kepada kestabilan antara kaum seterusnya mengundang ketidaktentuan ekonomi di negara ini. - UTUSAN MALAYSIA

Sabar...Bertenang...jangan Gopoh!!!
Bersabar itu separuh dari iman!

Gomo tak marah pun Tony Pua bila dia nak minta Kerajaan Negeri Selangor hapuskan Hak Ekuiti Bumiputera dalam pembelian premis komersial di dalam Selangor. Malah kalau isu yang Tony Pua ni bawa ke seluruh negara pun Gomo tak marah. Al Maklum kita orang Melayu kan selalunya bersabar dan akan keluarkan ayat:
"Takpa, Biar pi Lah....."

Tony Pua tu Bangsa Cina, dah tentulah dia bercakap atas kapasiti menyokong apa sahaja yang baik buat Bangsa Cina yang lain. Tak kiralah DAP ke, PKR ke, MCA ke, GERAKAN ke setiap pemimpin yang ada akan memperjuangkan Bangsa Mereka sendiri. Itu yang lebih penting.

Tony Pua tak perlu nak jaga hati orang Melayu, malah dia tak peduli pun pengundi Melayu dalam kawasaan nya itu. Sebab apa? Sebab Tony Pua faham dan tahu, orang Melayu ada saluran di pihak atasan untuk membawanya. Jadi tiada masaalah bagi Tony Pua bila membawa isu bangsa Cina. Pemimpin Melayu kan ramai lagi......

Khalid Ibrahim MB Selangor orang Melayu, Penasihat Keewangan Selangor Anwar Ibrahim pun orang Melayu, PAS pun ramai dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor pun orang Melayu. Pembangkang Selangor UMNO pun orang Melayu. Jadi apa yang nak di kesahkan sangat dengan gesaan Tony Pua ni? Pemimpin Melayu kan ada!

Setakat ini yang membantah Gesaan Tony Pua dalam menghapuskan Ekuiti Bumiputera di Selangor adalah pemimpin UMNO. Syabas lah kepada pemimpin Melayu dalam UMNO tu. Ye lah pembangkang katakan, kena lah BANGKANG!!!

Tapi pemimpin Melayu PAS dan PKR? Ops...lupa nak maklum kat semua. PAS dan PKR dah nyatakan secara jelas, mereka tidak akan memperjuangkan BANGSA MELAYU. Rakyat lebih penting buat mereka. Tidak ada gunanya perjuangkan Bangsa Melayu kerana bila bercakap bab Melayu maka kita akan jadi RACIST.

Pemimpin Melayu PAS dan PKR memperjuangkan RAKYAT, Hebat mereka ni semua. Tony Pua lagi Hebat kerana memperjuangkan BANGSA CINA. Takat jadi pemimpin nak perjuangkan rakyat semata mata buat apa? Baik perjuangkan Bangsa Sendiri kerana undi itu pun yang banyak datangnya dari bangsa sendiri.

Apa sekalipun Gomo harap rakyat Selangor khusunya orang melayu bertenang dan bersabar. jangan Marah Tony Pua kerana kewajipan nya memperjuangkan bangsa Cina. namun kita kena tanya kepada pemimpin Melayu PAS dan PKR apa perjuangan mereka dalam membantu Bangsa Sendiri.

Buat pemimpin UMNO Selangor, harap dapat tingkatkan mutu dan kualiti dalam menjalankan tugas membantu rakyat. Sebulan Dua ini nampaknya pemimpin UMNO Selangor sudah banyak yang bangkit dari lena. Di harapkan agar dapat meneruskan momentum ini dan memenangi hati rakyat khusunya orang Melayu.

Psssttt....bagus Tony Pua ni, ni lah pejuang Bangsa yang tulen. Melayu PAS & PKR?


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP