Islam Tidak Di Bantu Di Cambodia Dan Thailand!

Friday, July 30, 2010

Beberapa Naskah Al Quran, Muqadam dan Yassin yang Gomo sedekah kepada sebuah surau di penempatan yang Gomo tinggal di Cambodia ini.

Untuk makluman semua, di dalam Negara Thailand dan Cambodia pihak kerajaan nya tidak memperuntukkan SATU SEN pun Dana bagi menampung membina Masjid ataupun surau!

Baik di Patani,Yala, yang mana majoritinya umat Islam pun pihak kerajaan Thailand tidak membantu! Apatah lagi di Cambodia ini yang majoritinya adalah penganut Buddha!

Gomo di maklumkan jika nak bina surau tanah nya adalah milik sendiri dan sebarang pembukaan tanah baru adalah di larang sama sekali. Tu sebab banyak surau dan Masjid di Thailand dan Cambodia ini di wakafkan oleh mereka yang ikhlas berjuang!

Surau yang Gomo usahakan bersama rakan rakan Islam dari Thailand, Cambodia, dan juga Malaysia telah berjaya di bina. Namun hanya tinggal pagar sahaja yang belum di pasang memandangkan belum cukup dana sumbangan! Jika tiada aral sebelum puasa ini siap lah di pasang hasil kutipan sedikit demi sedikit yang di kumpul!

Tadi Gomo menyerahkan 5 naskah 5 Al Quran, 5 naskah Muqadam dan 10 naskah Yassin buat surau yang di bina ini! InyaAllah selepas ini Gomo nak tambah pula dengan Sejadah dan Kipas buat surau berkenaan!

Surau yang di bina ini hanya dapat menampung seramai 20 orang jemaah pada satu satu masa. Namun ianya memadai buat masa sekarang ini! Rakan Islam dari Patani juga telah menjemput beberapa orang Tabligh bagi menziarahi surau ini dan seterusnya memberikan ilmu buat mereka umat Islam yang ada di sini!

Untung benar kita di Malaysia ini kerana setiap Masjid dan Surau di bina oleh kerajaan! Jika ada yang mewakafkan tanah maka pihak kerajaan pula yang membantu dalam menghulurkan dana buat pembinaan masjid nya.

Penganut agama lain juga beruntung dalam pembinaan rumah ibadat mereka. Sedikit sebanyak kerajaan menyumbangkan buat pembinaan nya. Malah banyak Tokong dan Kuil haram yang di bina tidak di robohkan secara paksaan. Harapan agar penganut agama lain sedar betapa kerajaan Malaysia ini sangat Adil dan cekap dalam menjalankan tugas.

Ini lah nasib umat Islam Thailand dan Cambodia! Apakah kita masih merasa kerajaan yang ada hari ini bukan kerajaan Islam dan Zalim?

Tepuk dada tanya selera, tak puas hati meh ikut Gomo kat Cambodia ni, Gomo kasi hangpa belajar apa itu ketamadunan Islam!

Psssttt... Moga Allah merahmati Malaysia! Amin!!!

Anwar Al Juburi Harus Bertaubat


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP