
ADIL @ TIDAK
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa pelanggannya itu memang berada di kondominium Desa Damansara pada masa dakwaan berlakunya liwat, tetapi ketua umum PKR itu berada di sana kerana mengadakan pertemuan dengan beberapa orang.
Menurut peguam Sankara Nair hari ini, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan "kira-kira lima orang" - yang merupakan satu alibi terbaru bagi pemimpin pembangkang tersebut
Beliau berkata, pihaknya mempunyai alibi yang jitu dan "kita telah memberi alibi (dan nama mereka) kepada pihak polis sewaktu siasatannya". Sankara memberitahu demikian kepada pemberita selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi.
Katanya, Anwar berada bersama mereka kerana mengadakan pertemuan di rumah (unit kondominium). Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Sankara berkata Anwar tidak pernah menafikan yang beliau pernah pergi ke kondominium tersebut. Unit tersebut, katanya, adalah milik rakan ketua umum PKR itu. Sankara mengesahkan bahawa kenyataan mereka yang berada bersama Anwar ketika itu - dan kini adalah alibinya - telah dirakamkan oleh pihak polis.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan tersebut. Sumber Blogg Sampah PoujiNah, itu telah jelas Anwar mempunyai Saksi Alibi dalam kes Liwat nya. Jadi apa lagi yang Anwar tungu tunggu? Para peguam Anwar yang bijaksana apa lagi yang hendak di tangguh? Dedahkan sahaja Bukti Alibi yang ada di pihak pembelaan. Kami seluruh rakyat Malaysia malah dunia ingin mengetahu keterangan dan bukti bukti dari saksi Alibi dalam kes Liwat anwar Brahim ini.
5 orang saksi Alibi. Fuh bukan 3 orang, tapi 5 orang mereka yang dapat mengesahkan kehadiran Anwar Brahim di Kondo tersebut. Errr mereka 5 orang tu mengesahkan Anwar hadir ke Kondo berkenaan. Tapi apakah mereka dapat mengesahkan Bahawa Anwar tidak membawa bersama Saiful bukhari semasa pertemuan itu?
Errr Lagi pun Rakaman Video menunjukkan hanya Saiful Bukhari dan Anwar Brahim berjalan menuju ke dalam Lif Sambil tangan Anwar meraba raba belakang badan Saiful. Yang 5 orang Saksi Alibi tu tak nampak pulak dalam Video tersebut. Kemana mereka pergi???
Apa sekalipun yang pasti kita semua nak Lihat, Dengar segala Bukti bukti dalam kes Liwat ini. Tak kira sama ada dari pihak Pendakwaraya mahupun pembelaan Bukti yang telah selesai di berikan pada pihak Mahkamah maka kita mohon supaya di benarkan untuk tatapan UMUM.
Video Rakaman CCTV Guard telah selesai menjadi bukti perbicaraan kes Liwat ini. Jadi mengapa pihak Peguambela Anwar Ibrahim tidak memohon kepada Mahkamah untuk memberikan pelepasan kepada rakaman tersebut bagi di tonton rakyat???
Nanti bila kita lihat rakaman CCTV Guard tu baru lah kita boleh fikir apakah ianya KONSPIRASI ataupun KEGHAIRAHAN SEKS yang berlaku. Jadi Gomo harap Video tersebut di lepaskan bagi tatapan rakyat.
Amacam??? SETUJU???
Psssttt...Keadilan!!! PKR Parti KEADILAN Rakyat. Kalau nama dah ADIL maka elok lah kami Rakyat juga Mengadili Kes Liwat Anwar Brahim ini.PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...