PANAS - Lelaki Berlesung Pipit Di Cium Anwar Kerana......Auwwww

Monday, August 16, 2010


Lelaki Berlesung Pipit..Auwww

Siapa lelaki yang memberikan Anwar bunga ROS Purple ni?Apakah ada hubungan istimewa yang terjalin di antara mereka? Hubungan Istimewa bagaimana tu? Adik dan Abang Kandung? Atau Adik Angkat?

Jeng Jeng Jeng

Kita Rakyat Malaysia harus mengesa Anwar Ibrahim untuk tampil ke hadapan dalam mendedahkan Siapakah gerangan lelaki yang berlesung Pipit itu. Bukan kita sibuk nak tahu urusan Anwar Ibrahim terima bunga Ros purple tapi adalah kewajipan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat apakah hubungan nya dengan Lelaki itu.

Di kala Kes Liwat nya masih lagi tertangguh dan belum lagi selesai sudah pasti menjadi persoalan buat kita bagaimana seorang Lelaki boleh hadir dan menghadiahkan Anwar Ibrahim bunga Ros Purple yang mana bunga ROS purple ini Khusunya buat Golongan GAY!!!

Malah Anwar Ibrahim juga telah tampa ragu ragu mencium Pipi lelaki tersebut. Apakah kerana lelaki tersebut berlesung Pipit maka Anwar harus mencium pipi nya? Ataupun Anwar Ibrahim mencium tanda kasih sayang seorang Abang kepada adik ANGKUT? Ataupun lebih jelas Anwar Mencium lelaki itu keran mengucapkan tanda penghargaan di atas Bunga Ros purple yang di beri.

Lelaki Cium Lelaki?
Lu Orang Sendiri Fikir lah,
Apa sekalipun Lelaki berlesung Pipit ini akan menjadi buah mulut seluruh rakyat khusunya penyokong Anwar Ibrahim sendiri. Manis nya lelaki berlesung Pipit...Oh...bang Nuar....

BILA ANWAR IBRAHIM NAK JAWAP SIAPA LELAKI INI?

Psssttt...Dengan selamba anwar cium, geli gua...eeeeee

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

GEMPAR - Komunis Bintang 3 Telah Kembali Menyerang

Adakah ianya secara kebetulan, tidak sengaja atau terlepas pandang. Yang pasti apa yang Gelombang Wangsa Maju (GWM) ingin katakan sememangnya terdapat bukti anasir dan unsur komunisme sudah menular ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan Negeri Selangor.



Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai bukti kesahihan sudah wujud anasir sosialisme dan komunisme yang cuba diterapkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan memanipulasi pemikiran rakyat Selangor khususnya.



Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Selangor 2011.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke 40/l2OO9 yang di adakan pada 9 Disember 2009 lalu telah meluluskan penggunaan logo Selangor Shines sebagai simbol rasmi kempen Tahun Melawat Selangor 2011.

Apa sebenarnya bentuk logo Selangor Shines?

Mengapa GMW mengatakan terdapat anasir komunisme yang cuba diterapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam merekabentuk logo yang sememangnya mempunyai 99% persamaan dengan Parti Komunis Malaya! (Bintang Tiga).

Cuba lihat dengan sebaik baik mungkin persamaan 3 bintang pada logo Selangor Shines dan logo 3 bintang pada Parti Komunis Malaya!




Mengapa kedudukan 3 bintang pada logo Selangor Shines sama sahaja dengan kedudukan 3 bintang pada Parti Komunis Malaya?

Apa rasional dan mengapa mesti 1 bintang dibuat lebih besar dari 2 bintang berikutnya?

(GWM tak perlu perjelaskan dengan lebih mendalam takrif, definasi, matlamat perjuangan komunisme kerana logo Selangor Shines sememangnya sudah menunjukkan sifat sifat asas komunisme.)

Kebetulan? Tidak mungkin ianya kebetulan, melainkan sememangya kedudukan 3 bintang itu mewakili (represents) rasional logo Parti Komunis Malaya.

Rasional dan penjelasan dalam merekabentuk logo Selangor Shines nyata cukup lemah dari segi dasar dan perlaksanaan, melainkan jika tujuan sebenar sememangnya mahu menerapkan unsur unsur komunisme ke dalam pentadbiran secara senyap.

Jika bintang dikatakan subjek asas pembentukan logo berpandukan kononnya tiga bintang adalah mewakili 3 rumpun bangsa utama di Sealngor yang juga mewakili keharmonian berbilang bangsa (unity), maka penjelasan yang diberikan adalah bodoh, remeh temeh dan lemah.

Dibawah adalah contoh penggunaan logo berkaitan keharmonian (unity).


Bintang yang terdapat pada bendera Negeri Selangor malah pada bendera Malaysia telah menyatakan dengan jelas bahawa Selangor adalah negeri Islam dan lima bucu bintang melambangkan lima Rukun Islam.


Apakah syarikat yang merekabentuk logo Selangor Shines ini tidak peka dengan isu berbaur politik dan sensitif atau sememangnya di atas arahan pihak tertentu mahu melakukan provokasi dan memanipulasi pemikiran rakyat (mind control).

GWM sudah memberi pandangan dan bukti dari segi teknikal memang benar logo Selangor Shines mengandungi anasir anasir komunisme.

Apa yang lebih musykil adalah para pemimpin Melayu dari kalangan PKR dan PAS yang kelihatan buta mata dan buta hati mengenai fakta sejarah. Adakah para pemimpin Melayu pakatan pembangkang ini telah lupa fakta sejarah, lupa bagaimana bentuk logo 3 bintang Parti Komunis Malaya...

Atau sememangnya buat buat lupa demi menjaga hati rakan kongsi besar dalam DAP dan PKR yang berbangsa Tionghua sehingga sanggup mengkhianati bangsa sendiri!

GWM tidak berniat mahu membangkitkan emosi yang meremukkan dan menyiat nyiat hati para pejuang Kemerdekaan dan para nasionalis Melayu.

Namun, kita tidak pernah lupa dan tidak akan lupa bagaimana Parti Komunis Malaya atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah mengambil pemerintahan di Malaya selama 2 minggu (setelah Tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945) dan membunuh ramai orang orang Melayu atas alasan mereka ini Talibarut Jepun.

Kerajaan Negeri Selangor dan pakatan haram pembangkang perlu memberi penjelasan siapakah yang meluluskan rekabentuk logo berkenaan walaupun telah diputuskan di dalam MMKN.

Kerajaan Negeri wajib mengharamkan penggunaan logo tersebut dan menukar kepada logo yang lain. Logo yang sedia ada sememangnya cukup jelas kelihatan sama dengan logo Parti Komunis Malaya.

GWM mendesak supaya Kerajaan Negeri Selangor membuang penggunaan logo Selangor Shines yang sama identiti dengan logo Parti Komunis Malaya.

GWM meminta supaya kesemua Blogger Pembela Negara (BPN) dan para blogger pro Kerajaan untuk sebarkan artikel ini kerana jelas sudah ada anasir anasir komunisme cuba diterapkan ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan dibawah pemerintahan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

MELAYU ATAS PAGAR

Nah itu lah Bukti dan Fakta yang di dedahkan oleh Blogger dari Gelombang Wangsa Maju akan pendedahan dan bukti bahawa Selangor sedang di KOMUNISKAN oleh Pakatan Rakyat DAP,PAS dan PKR.

Namun apakah dengan pendedahan ini Orang Melayu di dalam Pentadbiran Selangor akan mengambil sikap:

"Argh peduli apa aku dengan Komunis, Aku sudah boleh berdikari sendiri. tak kisah semua ini"

@

" Jelas Komunis masih bertapak di kalangan Rakyat Malaysia. Darah yang mengalir di Bunuh Komunis masih lagi terasa kepanasaanya. Kita mesti tentang Agenda Komunis ini."

@

" Komunis ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke, UMNO ke semua sama je. Politik politik politik, Tak habis habis"

Masing masing punya akal dan kewarasan maka fikirkanlah dengan Kebijaksanaan anda semua. Pada Gomo ianya amat mudah, Darah yang mengalir akibat di bunuh Komunis masih segar dalam ingatan kita orang Melayu semua.


Psssttt...Ni dah bagi bukti, Rakyat Selangor tunggu apa lagi?

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP