WAJIB BACA - Pakatan PAS,DAP dan PKR Menang PRU13 Maka Siapa Perdana Menteri Malaysia?

Thursday, August 19, 2010


Mati sama lu olang!!!

Salam semua dan selamat sejahtera kepada yang bukan muslim. Hari ini Gomo nak jelaskan beberapa pekara yang kemungkinan ramai tidak mengetahui apa yang akan berlaku sekiranya Kerajaan Pakatan HARAM PAS,DAP dan PKR menang PRU ke 13 Kelak.

Umumnya sekarang ini kita semua mengetahui yang ketua Pembangkang di Parlimen adalah Anwar Ibrahim atas tiket PKR. Namun apakah kita lupa dan kabur bahawa kerusi Pembangkang yang paling banyak di dalam parlimen sebenarnya adalah milik DAP?

Jika ikut kebiasaanya parti politik yang memiliki kerusi pembangkang paling banyak dalam Parlimen akan di pilih secara Automatik sebagai ketua Pembangkang. Jelas di situ kerana sebelum ini tidak ada lagi Baik PAS ataupun DAP yang tidak memegang jawatan Ketua Pembangkang apabila kerusi mereka yang paling banyak di dalam parlimen.

Tapi kali ini nampaknya berbeda, mengapa?

Mungkin atas kesepakatan yang di capai oleh Pakatan Haram PAS,DAP dan PKR ini telah memberikan laluan buat Anwar Ibrahim memimpin mereka selaku ketua. Kesepakatan mereka nampaknya Utuh dan begitu di yakini oleh para penyokong mereka.

Tapi benarkah mereka bermuafakat dalam hal ini?

Harus kita semua sedar bahawa sekarang ini yang mereka miliki adalah kerusi Pembangkang dan bukan nya kerusi kerajaan Malaysia. Jika mereka PAS,PKR dan DAP menang pada PRU 13 akan datang apakah ianya akan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua mereka iaitu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru?

Tidak akan semudah itu PAS ataupun DAP akan memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk memimpin mereka. Jika PAS punya kerusi yang lebih maka tentunya Haji Hadi akan menuntut jawatan tersebut dari rakan mereka PKR dan DAP. Dan jika DAP pula yang punyai kelebihan maka merekalah yang akan memimpin Malaysia ini.

Ini jelas kerana mana mana negara sekalipun belum pernah lagi sebuah parti politik yang memang kerusi terbanyak memberikan laluan kepada rakan dari parti yang lain dalam menjawat jawatan Perdana Menteri mahupun Presiden.

Jika PAS yang menang kerusi terbanyak, kita orang melayu masih boleh menarik nafas lega, Tapi jika DAP yang punyai majoriti tertinggi?

Bila ianya berlaku maka Melayu akan menangis di bumi bertuah ini. Baik Ahli PAS, PKR mahupun UMNO sendiri pasti akan menyesali bahawa perpecahan orang orang Melayu telah menjadikan kita tuan punya tanah ini Merempat di bumi sendiri.

Sekarang DAP membiarkan Anwar Ibrahim mengambil posisi Ketua Pembangkang yang Jelas milik mereka. Tapi bila DAP memang pada PRU 13 kelak jangan di harap Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Sesal kemudian tidak berguna, maka renung renungkanlah ia.

Psssttt...Lee Kuan Yew sudah bertepuk tangan, satu lagi negara Melayu di MILIKKAN Bangsa Pendatang

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP