Isu Perkauman Mainan Siapa? Semuanya Untuk Pilihanraya Sarawak???

Sunday, September 12, 2010

Semakin hari semakin banyak isu perkaumnan yang di mainkan oleh Pakatan Pembangkang terutama dari DAP. Kenapa mereka bertindak sedemikian?

Apakah ini semua kerana Pilihanraya Sarawak yang akan di adakan pada Hujung Tahun ini atau awal tahun hadapan?

Gomo merasakan ada sahihnya yang mereka pakatan pembangkang ini sengaja mencetuskan isu perkauman dalam waktu ini. Ini semua merupakan Modal mereka dalam menghadapi Pilihanraya Sarawak. Modal buat mereka kepada bukan Islam dan Kaum Cina di sana dengan menyatakan kebebasan Berugama di sekat oleh BN dan orang Melayu ada RACIST.

Umum mengetahui isu isu sensitif Kaum dan Ugama ini telah berlaku sejak dulu lagi namun ianya terkawal dan tidak menjadi satu kekerapan. Tapi sekarang kita boleh lihat dari Isu Cikgu Puan Hajah, dan isu Guru di Kedah serta Pulau Pinang yang di katakan Racist. Tidak cukup dengan itu Namewee menambahkan lagi api perkauman dengan Video Biadapnya menghina Melayu dan Islam.

Pemimpin mereka pula memainkan sentimen Ugama apabila DAP Kafir menjejakkan kaki berceramah di rumah Allah dan bukannya sekali malah perbuatan tersebut di ulang ulang seolah olah mencabar umat Islam yang ada.

Ini lah yang mereka sebenarnya mahukan. Mereka inginkan orang Melayu dan Islam marah dan seterusnya menjadikan Modal kempem mereka berpolitik di Sarawak dalam menghadapi Pilihanraya yang akan datang.

Hasil permainan mereka ini berjaya membuatkan segelintir rakyat berlainan bangsa meluahkan kemarahan melalui percakapan, Media Cyber dan juga perbuatan. Contoh terdekat isu Simbah Cat Merah dan Botol Arak di Surau Seremban. Ini semua merupakan keinginan mereka Pakatan Pembangkang. Memang mereka berniat sedemikian.

Anwar Ibrahim bukan calang calang orang. Otak nya sentiasa ligat merangka Strategi dalam membuatkan negara kacau bilau dan menghasut rakyat agar memberontak kepada kerajaan. Tak di Nafikan ini merupakan kepakaran Anwar Ibrahim. Cuma yang menjadi tanda tanya Gomo dan ramai rakan yang lain apakah Pemimpin Kerajaan juga mempunyai Strategi dalam mematahkan serangan Anwar Ibrahim?

Dalam amatan Gomo ramai menteri yang ada hari ini sibuk dengan tugas dan mereka masing masing dok jaga INSURANS mereka sahaja. Tak nampak strategi yang ada. Bayang bayang pun tak nampak. Kalau zaman Tun Mahathir dahulu kita boleh lihat setiap pemimpin BN terutama UMNO suksess dalam Strategi mereka sehinggakan tak bernyawa di buatnya Pakatan Pembangkang ini. Tapi sekarang?

Harapan agar pemimpin UMNO khusunya bersiap sedia dengan Strategi yang paling ampuh dalam menepis serangan pembangkang. Dan sudah sampainya kita menyerang mereka ini dari segenap sudut! Jangan bagi mereka peluang walau seinci sekalipun.

Perjuangan Belum Selesai!

Psssttt...bila pilihanraya Sarawak? December???

Anwar Al Juburi Harus Bertaubat

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP