Melaka Wujudkan Sekolah SEKS Pintar?

Friday, September 17, 2010

MELAKA, 15 Sept — Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.


Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ‘‘sekolah harapan’’, berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).


Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.


“Kita telah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar,” katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.


Mohd Ali berkata setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.


“Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur  meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.


Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.
Sumber Bernama


Gomo ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Melaka yang prihatin terhadap isu pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak mendapat liputan. Usaha yang sungguh murni dan wajar di ikuti mana mana negeri yang mempu untuk membina tempat sebegini.


Kita kena waras dalam hal ini memandangkan usaha ini adalah mencegah para wanita yang telah keterlanjuran pada masa lepas untuk kembali kepada masyarakat dengan lebih elok dan menjauhi hal hal yang di lakukan terdahulu. Ini juga dapat menjadikan mereka ini lebih prihatin dengan keadaan sosial dan juga menjadi contoh kepada remaja remaja yang lain agar tidak mengikut jejak langkah mereka.


Namun demikian Gomo merasakan sedih apabila melihat gelagat pemimpin Pakatan Pembangkang yang memandang sinis usaha yang di lakukan oleh Kerajaan Melaka ini. Malah ahli pakatan pembangkang juga melakukan kutukan yang melampau melalui media cetak dan elektronik dengan menyatakan usaha yang di jalankan ini adalah satu bentuk penggalakan kepada para remaja melakukan Zina dan akan meningkatkan gejala Sosial.


Bagaimana pula mereka boleh berfikiran sebegitu ungkal dalam hal ini? Jika tanya kepada pemimpin pakatan pembangkang apakah usaha yang terbaik bagi membanteras gejala sosial ini langsung mereka tidak membantu. Sedikit idea pun mereka tidak ada. Jika punyai Idea yang bernas sudah pasti di laksanakan di negeri yang Pakatan Pembangkang terajui. Tapi???


Oh ya, negeri Selangor ada menlaksanakan satu Program dalam membanteras gejala Sosial ini. Tapi apakah perlaksanaan nya berkesan? Program Kempen Anti Zina yang di laksanakan kerajaan Negeri Selagor hanya di buat pada Malam 31 Ogos sahaja. Dan ianya tidak di jalankan secara berterusan dalam membanteras gejala sosial ini. Bagaimana boleh di katakan suksess Program mereka?


Sudah lah hanya di laksanakan pada 31 Ogos sahaja, malah salah seorang AJK dalam Kempen Anti Zina ini merupakan Adun yang pernah mengegarkan Dunia dalam isu Keruntuhan Moral apabila Gambar Bogel nya tersebar di sekitar ceruk yang ada. Malah lebih memalukan Adun ini mengaku Berkesedudukan dengan seorang Lelaki Muslim.


Bagaimana pula kesan sebegini pada pandangan masyarakat? Eli Wong ratu Bogel PKR menjadi AJK Kempen Anti Zina sedangkan dia sendiri melakukan Penzinaan dan juga Berkesedudukan. Ini semua sebenarnya telah menjadikan Eli Wong Ikon kepada para Remaja wanita untuk melakukan tindakan yang serupa di lakukan oleh Eli Wong.


Jadi rakyat boleh menilai antara program yang benar benar Ikhlas dalam membantu para remaja yang bermasaalah ini dengan program yang sebenarnya Menghina rakyat Malaysia khusunya di negeri tersebut.

Jika Pemimpin sudah mengalami keruntuhan Moral, Bagaimana kesan penerimaanya kepada masyarakat? Renung renungkanlah!!!


Psssttt...Syabas Kerajaan Negeri Melaka! Syabas Dato Seri Ali Rustam.

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP