GEMPAR - SUPP Sarawak Keluar Barisan Nasional?
Wednesday, September 22, 2010
Mengikut dari laporan seorang pemimpin SUPP, Anwar Ibrahim telah menjanjikan jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada SUPP jika parti itu keluar dari komponen Barisan Nasional dan bersama menyertai Pakatan rakyat dalam pilihanraya Sarawak ini. Bukan sahaja kerusi KM yang di janjikan Anwar Ibrahim malah turut menawarkan beberapa kerusi Exco kepada SUPP.
Gomo nampak jika benar apa yang di katakan ini yang mana SUPP Keluar dari barisan Nasional maka Sah lah SUPP sebuah parti yang BODOH dan parti yang Dunggu sama sekali. Bagaimana sebuah parti yang sebelum ini punya pengaruh dan kuasa boleh Percaya dan sanggup menjadi Anjing suruhan Anwar Ibrahim? Kenapa perlu percaya pada Anwar Ibrahim yang sudah jelas dirinya pun masih belum tentu hala tuju politiknya?
Jika SUPP memikirkan tidak mengambil kira siapa Anwar Ibrahim dan tidak memperdulikan Anwar Ibrahim sekalipun, SUPP perlu memandang kepada DAP sekutu pakatan Rakyat yang ada. Apakah DAP akan memberikan laluan mudah kepada SUPP dalam pengagihan kerusi yang akan di pertandingkan? Bodoh sangatkan DAP yang sekarang ini mendapat tempat di hati rakyat Cina untuk menyerahkan Tengkuk kepada SUPP dalam hal ini?
SUPP mengalami masaalah dalam parti bila ada suara suara sumbang yang inginkan berkerjasama dengan Anwar Ibrahim. Suara suara yang sebenarnya ingin lihat SUPP hancur kerana suara suara itu sebenarnya datang dari Barua Barua DAP. Bukan pihak lain pun selain DAP dalam musuh politik SUPP. Dah lama dah....takkan lah ahli dan pemimpin SUPP tidak lihat lagi hal ini?
Ada juga pemimpin SUPP yang menghasut pemimpin pemimpin lain kononya SUPP sudah di anak tirikan oleh BN. Ada juga kata SUPP sudah menjadi boneka UMNO. Argh,...macam macam lah yang keluar dari mulut beberapa kerat pemimpin SUPP ni. Kalau benar nak keluar BN elok keluar sahaja buat apa nak tunggu dan tawar manawar dengan Barisan Nasional?
Anwar Ibrahim boleh menjanjikan Bulan dan Bintang kepada kita semua, namun dirinya sendiri pun kaki masih terikat dengan Keadilan undang undang Kes Liwatnya. Bagaimana Anwar Ibrahim hendak memberikan anda semua apa yang di janjikannya? Pakai Air Liur boleh lah.....
Sudahlah rakyat biasa di bawah di tipu oleh Anwar Ibrahim hidup hidup, Pemimpin pun senang senang di Perbodohkan Anwar Ibrahim. Ingat Puak PAS je yang bodoh di tipu Anwar, rupa rupanya ada juga parti SUPP yang ada kuasa dan pengaruh bakal di tipu Anwar Brahim.
Ingat ingatlah wahai Parti Cina yang ada di dalam Malaysia ini. DAP semakin kuat, semakin hari semakin berkuasa. Jika komponen parti parti Cina seperti MCA, GERAKAN, SUPP dan lain lain ingin keluar dari Barisan Nasional di harap Tidak usahlah bertindak sedemikian. Lebih elok sekiranya anda Membubarkan parti yang sedia ada dan masuk lah beramai ramai menjadi Ahli Parti DAP.
Jika MCA keluar Barisan Nasional pun yang menjadi pemimpin sudah tentu DAP, jika Gerakan keluar pun DAP juga yang memimpinya, Andaikata SUPP sudi keluar dari Barisan Nasional maka jadilah Anjing suruhan DAP. Semua sama sahaja, DAP tetap memonopoli anda semua. Jangan kata tidak mengapa kerana kusa Cina. Kerana Kuasa Cina lah Hong Kong keluar dari CHINA. Renung renungkanlah......
"Can I FUCK U Today"
U all nak jawap apa? he he he
Psssttt...Kenapa lah ada yang masih percaya dengan Pembohongan Anwar Ibrahim ni?
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT








