Anjing Lebih Penting Dari Melayu

Thursday, September 23, 2010


ANJING LEBIH PENTING DARIPADA MELAYU. KATA RONIE LIU

KLIK LINK DI ATAS

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

GEMPAR - Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju Di Culik Bunian

Kuala Lumpur 23 Oktober, Satu laporan polis telah di buat oleh pemuda Umno Wangsa Maju di atas kehilangan Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju yang di percayai di Colek oleh Mahluk halus (BUNIAN). Kehilangan Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju ini sebenarnya telah lama namun baru pagi ini mereka pemuda UMNO Wangsa Maju mengesyaki yang Ketua Pemuda mereka telah Ghaib tampa berita.

Berita kehilangan KP UMNO Wangsa Maju ini juga telah di sahkan oleh Beberapa kenalan rapat beliau dan dari analisis hasil temuramah tersebut mendapati:

Mengikut Laporan dari salah seorang pemuda di Wangsa Maju ini, KP tersebut di percayai telah Ghaib setelah berputus asa apabila memenangi jawatan Ketua Pemuda Bahagian dengan Majoriti 2 undi sahaja pada pemilihan yang lalu. Dan kerana itu lah beliau KP Wangsa Maju telah merasakan dirinya tidak mendapat sokongan penuh dari seluruh pemuda Umno Wangsa Maju dan telah bertindak mengasingkan diri di kalangan pemuda tampa mengadakan sebarang program program yang berkesan dalam meningkatkan kerja Pemuda Pemuda UMNO Wangsa Maju.

Seorang lagi pemuda menyatakan setelah kekecewaanya yang Menang 2 undi itu, KP tersebut menyerahkan segala Program dan perlaksaan tugas kepada NKP atas alasan beliau akan tamat jawatan selaku KP Pemuda kerana akan Habis tempoh Usia. Malah ianya juga di sahkan oleh seorang Puteri yang menyatakan hanya NKP yang bertindak dalam melaksanakan Program program tertentu.

Seorang Veteran Politik turut memberikan pandangan dalam kes ini dengan menyatakan Beliau KP Wangsa Maju sebenarnya tidak perlu kecewa atas kemenangan 2 undi yang di perolehi. Kerana walaupun menang hanya 1 undi anda adalah pemenang dan wajib melaksanakan tugas dan tanggungjawap yang di amanahkan. Tidak timbul soal 1 undi atau 2 undi kerana Jawatan telah pun anda pegang. Menunaikan Janji janjiu untuk berkhidmat kepada Parti dan menjaga para pemuda itu adalah keutamaan anda.

Dalam pada itu seorang wanita di bahagian tersebut turut bersimpati atas kehilangan itu dan menyatakan kepada pihak Media, " Ini baru tahun 2010, Kalau pemilihan akan datang pun belum tahu lagi bila, mungkin 2012. Masih ada 2 tahun lebih kurang untuk beliau KP Melaksanakan tugas yang di amanhkan. Tak perlu lah hendak menyerahkan tugas yang di amanahkan kepada orang lain kerana matlamat sekarang untuk menang PRU 13. Sepatutnya beliau prihatin terhadap tugas yang di amanahkan dan bukannya menghilangkan diri tampa apa apa makluman kepada para pemuda yang ada."

Laporan Polis yang di buat pagi tadi di Balai Polis Setapak akan di selidiki terlebih dahulu kesahihannya dan ianya akan di siasat mengikut Orang Hilang. Pegawai Penyiasat yang di temubual tadi Inspektor Taufik menyatakan agar pihak media usah membuat spekulasi atas kehilangan KP Wangsa Maju ini kerana faktor Mistik. Siasatan masih berjalan dan ianya akan di umumkan kelak.

Dalam pada itu wartawan kami Papa Diva yang mengunjungi pejabat bahagian UMNO Wangsa Maju tidak di benarkan masuk bagi mendapatkan kesahihan berita ini. Namun Papa Diva memaklumkan pada waktu berkenaan pejabat bahagian sibuk dengan pengedaran Poster Wajah KP Wangsa Maju yang Hilang itu dan di percayai akan di tampal di sekitar Kuala Lumpur.

Papa Diva

Psssttt....Kalau ada Jawatan tu jalankan kewajipan jangan Abaikan pemuda yang ada. Kita nak kuatkan Pemuda dan Parti

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Angka 4 Yang Di Gemari PAS Tetapi Orang Cina Kata ............................


PAS FOR ALL

Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu

Abdul Rahim Sabri 22 Sep, 10 2:05pm

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

"Sejak dilancarkan pada 2 Syawal yang lalu, kita baru sahaja mendapat tidak sampai RM20 ribu... Kita akan bawa mereka selepas daripada musim haji. Sebaik sahaja visa umrah buka, kita akan pergi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Laman web rasminya www.munajatroyalti.com serta laman Facebook untuk kempen itu, Misi Munajat Royalti Rakyat melaporkan, kempen itu diwujudkan supaya semua rakyat dapat menyatakan sokongan terhadap usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata, pihaknya kini sedang mengedarkan dan menjual 'kupon penajaan rakyat' untuk diedarkan kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai sokongan kepada tujuan tersebut.

"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.

Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah

Selain itu, katanya, usaha sekretariat tersebut telah mendapat sokongan daripada beberapa NGO antaranya, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti (Gegar) dan Persatuan Anak-anak Darul Naim (PERSADA).

Menurutnya, pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat dengan di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

"Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut," katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Menurut Md Zulaimi lagi, perlancaran tabung di Lembah Kelang dijadual pada 14 November nanti di Stadium Bangi, Selangor yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini dilaporkan tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini. Jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

Berikutan itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu
Sumber Bernama

Apa yang molek dalam cerita di atas?Emmm cerita yang moleknya:

1) PAS akan membawa 40 orang ulama dan tok guru pondok ke mekah.
2) Memberikan Pahala kepada Penganjur
3) Gua Tak Nampak
4) Gua tak nampak
5) Lagi lah gua tak nampak

Yang tak moleknya:
1) Wang di belanjakan Rm400 ribu (bukan sedikit)
2) Membazirkan Wang Rakyat
3) Niat tidak Baik Kerana Mendoakan benda yang Buruk kepada seseorang
4) Mengabaikan Rakyat yang sedia ada di Kelantan
5) Unsur Penyelewengan Dan Rasuah akan berlaku dalam urusniaga berkenaan
6) Dan mana mana yang anda ada nak tambah _ _ _ _ _ _

Petikan dari Blogg YB Zulkifli Nordin:

"Isyk..isyk..isyk..tak boleh ke sembahyang hajat tu buat di Stadium Kota Bharu je yop! Atau kat Stadium Darul Aman Kedah ke, atau mana-mana masjid yang berlambak dalam negara ni. RM400,000-00 kalau bagi orang miskin buat rumah RM25,000-00 sebijik dah lebih 15 rakyat miskin dapat rumah. Kalau bagi fakir buat haji, 45 orang susah dah selesai tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Banyak boleh buat dengan RM400,000-00 tu yop!!"

Sama sama kita renungkan isu ini. Apakah anda Setuju? Apakah anda tidak setuju? ataupun anda merasakan ini semua hanya Gimik Politik PAS? Fikir fikirkanlah.......

Psssttt...Dulu untuk Blogger Rm 4 Juta, terbaru Untuk PAS Hasil Rasuah Rm 4 Bilion, sekarang Rm 400 Ribu. 444 Orang Cina kata MATI MATI MATI ooooo

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP