PANAS - Anwar Brahim Lakukan Sodomy Secara Paksaan

Wednesday, October 6, 2010

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.



Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.



Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.



Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.



Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.



Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.



Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.



Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.



Sumber Bernama!



Psssttt... Anwar Ibrahim di Luar Negara! Apakah dia akan pulang ke Malaysia bagi menjelaskan hal ini? Ataupun Anwar Ibrahim akan mendapatkan Suaka Politik dan seterusnya menjadi Thaksin 2 yang menghuruharakan Negara ? Moga Malaysia aman dan selamat!!!



Anwar Al Juburi Harus Bertaubat!!!

Read more...

GEMPAR - Laporan Polis Di Liwat Jam 3pm Di Balai Polis

Gomo baru mendapat maklumat menyatakan satu Laporan Polis akan di Buat di Balai Polis jam 3pm ini atas satu kejadian Seks Luar Tabii!



Pengadu merupakan pembantu Khas kepada seorang ahli Politik Pakatan Pembangkang!!!

Siapa kah Ahli Politik itu??? Di harapkan sesiapa yang terdekat dengan Lokasi dapat ke sana bagi mengikuti perkemgangan Laporan Polis yang akan di buat Jam 3pm ini!



Lokasi Balai Polis Jam 3 pm!!!



Anwar Ibrahim???
Habis lah kau Nuar!!! Batang tak jaga Habis Jahanam! Naya Kak Wan!!!

Read more...

Kamik Kinek Tok Di Sarawak Hua hua hua

Salam Perjuangan, Gomo agak sibuk sehari 2 ini memandangkan banyak aktiviti di perbatasan yang di lakukan di Kuching Sarawak. Kedatangan kali ini ke Sarawak adalah di atas jemputan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang mana menjemput beberapa orang di kalangan blogger semenanjung bagi membantu mereka dalam pilihanraya yang semakin hampir.



Dalam 2 hari Gomo berada di Sarawak ini banyak maklumat maklumat yang di perolehi oleh Gomo. Isu isu yang akan di mainkan oleh Pakatan Pembangkang bagi meracuni rakyat Sarawak dalam pilihanraya nanti juga sudah di ketahui dan ternyata isu isu Fitnah semakin melampau lampau di sebarkan di sini.



Ada beberapa cerita panas yang Gomo peroleh berhubung DAP dan juga PKR di Sarawak ini. Antara isu panas berkenaan Kem PKR ialah perebutan untuk menjadi Calon semakin hebat dan ada laporan yang mengesahkan kejadian Tumbuk menumbuk dalam hal ini. Gomo ingatkan di semenanjung saja yang berlaku hal tumbuk menumbuk dalam pemilihan Cabang PKR, rupanya dah merebak rebak pula sampai ke Sarawak ini. Fuh hebat PKR ni, kalau mereka Mentabdir Kerajaan agak agak macam mana??? Silap haribulan Berparang ni! Hehehe.



Ada juga maklumat Sulit berhubung DAP yang sekarang ini semakin Agresif menyebarkan isu perkauman dan Agama di Sarawak ini khusunya di kawasan majoriti Kaum Cina. Penyebaran ini seringkali di jalankan di aktiviti setempat seperti pasar pasar pagi yang mana memang menjadi tumpuan Rakyat sarawak dalam berbelanja.



DAP juga semakin agresif apabila melantik seorang Agen upahan mereka bagi di hantar ke kawasan penempatan rumah rumah Panjang yang di duduki kaum Iban, Melanau. Taktik ini jelas merupakan taktik meracuni rakyat Sarawak dengan menanam sifat kebencian terhadap kerajaan.



Banyak lagi maklumat maklumat panas sepanjang Gomo di sini dan biarlah gomo simpan dulu waktu ini bagi Membuat analisis dan semakan akan kesahihanya sebelum menyampaikan nya kepada anda semua.



Mungkin ramai yang bertanyakan bilakan Pilihanraya Sarawak akan di adakan. Emmm Kalau Gomo dah di jemput ke sini waktu ini apakah tidak jelas pilihanraya semakin dekat? Hehehe!!!



Pilihanraya Sarawak di jangkakan Hujung bulan November or Awal December. Itu yang Gomo di fahamkan di sini memandangkan jentera jentera semakin ligat menjalankan tugas. So harap Rakyat Sarawak akan menentukkan kerajaan mereka bagi menjamin kehidupan mereka di masa mendatang.



Psssttt...Cantik cantik aweks Sarawak ni! Hehehe, geram!!!!

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP