









Syukur Alhamdullilah apabila program Futsall Wangsa Maju yang di anjurkan oleh Kepimpinan Pemuda UMNO Wangsa Maju di kepalai Saudara Taufik KP UMNO Wangsa Maju suksess dengan jayanya malam tadi bertempat di S7 Futsall Sek 1 Wangsa Maju.
Program yang di anjurkan pemuda UMNO ini telah di rasmikan oleh Dato Shafei Abdullah selaku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju/ Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju.
Untuk makluman semua Pertandingan yang di adakan ini merupakan pertandingan Futsall Tertutup yang hanya merangkumi Peserta dari sekitar Parlimen Wangsa Maju sahaja.
Sebanyak 25 Pasukan berentap dalam Pertandingan Futsall ini yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka. Jumlah peserta Pasukan Lelaki paling ramai apabila di sertai sebanyak 18 pasukan manakala Wanita pula hanya melibatkan 7 pasukan.
Pertandingan Futsall yang bermula jam 8 malam tadi telah berlangsung sehingga Jam 2 pagi yang mana pelbagai Adengan Ganas dan Brutal telah di tunjukkan oleh para Peserta yang bertanding. Walau demikian pertandingan tersebut berjalan dengan lancar dan tampa sebarang insiden yang tidak di ingini.
Perlawanan yang mendebarkan sampai ke kemuncaknya apabila perlawanan Penentuan tempat pertama di antara Pasukan The Stallion Sek 2 dan Gombak 1 A (1) akhirnya telah di menangi Pasukan The Stallion Sek 2 dengan penuh gaya. Tempat ketiga pula berjaya di Raih pasukan Gombak A (2).
Keputusan Perlawanan antara pasukan Lelaki menjadi tumpuan ramai apabila Pasukan Melati FC United menumpaskan JGK FC dalam perlawanan Akhir melalui sepakan penalti yang penuh mendebarkan. Manakala Pasukan Puah FC sekadar meraih tempat ketiga.
Atas keputusan Perlawanan tersebut menjadikan Pasukan Wanita The Stallion Sek 2 dan Pasukan Lelaki Melati FC United layak mewakili Parlimen Wangsa Maju dalam pertandingan Futsall Wilayah Persekutuan yang akan di adakan hujung tahun ini.
Para pemenang pertandingan Futsall ini telah berjaya membawa pulang Sijil Penyertaan,Hamper dan Wang tunai yang telah di Sampaikan sendiri oleh Dato Shafei Abdullah Ketua UMNO Wangsa Maju.
Gomo yang agak lambat sampai ke Program Pemuda UMNO Wangsa Maju Tadi mengucapkan Syabas kepada Para Pemuda UMNO Wangsa Maju di atas Program yang Suksess dan amat berjaya tadi. Malah program sebegini di harapkan dapat di adakan pada masa mendatang bagi menghimpunkan Anak Anak muda dekat kepada UMNO.
Amat berbangga bila di Maklumkan Program Futsall yang di adakan malam tadi adalah di bawah Kepimpinan Saudara Taufik KP UMNO Wangsa Maju. Syukur bila KP UMNO Wangsa Maju telah kembali bergiat Aktif dalam menganjurkan Program sebegini dan di harapkan selepas ini akan ada lagi Program program yang berfaedah buat Rakyat Wangsa Maju khususnya buat Golongan Muda di anjurkan oleh KP Saudara Taufik.
Tahniah buat Saudara Taufik dan di bantu NKP Saudara Azhar serta barisan kepimpinan Pemuda yang lain. Perjuangan Kita belum selesai dan masih banyak agenda yang perlu kita laksanakan dalam membawa Wangsa Maju ini kembali ke Barisan Nasional.
Psssttt...Nasib baik Bunian lepaskan! Huhuhu
Read more...