PANAS - Sekolah Satu Aliran, Apa Reaksi Anda?
Wednesday, October 20, 2010
KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan UMNO hari ini mencadangkan sistem persekolahan dalam negara hanya mempunyai satu aliran, dengan Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar, bagi memupuk perpaduan di kalangan pelajar.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Khamsiyah Yeop, berkata bahasa lain termasuk Bahasa Mandarin, Jepun atau Jerman boleh diajar sebagai bahasa pilihan atau elektif yang secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pelajar apabila mereka dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
"Kalau ini dilaksanakan barulah slogan 1Malaysia, 1Bahasa, 1Negara; berjaya," katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sementara itu, Khamsiyah berkata Program Anak Permata Negara (PAPN) perlu diperluaskan lagi agar lebih ramai kanak-kanak dalam negara dapat didedahkan dengan pendidikan canggih ala pusat kecemerlangan Peen Green di England itu.
Beliau berkata, lebih baik lagi sekiranya program itu dapat diwujudkan di sekolah, pejabat dan institusi pengajian tinggi untuk kemudahan pegawai wanita yang memerlukan penjagaan sempurna untuk anak mereka terutama selepas beberapa kes kecuaian di pusat asuhan swasta dilaporkan di media sejak kebelakangan ini.
"Pada hemat saya program ini cukup baik serta lengkap dengan tujuan mewujudkan insan yang seimbang, harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
"Kajian oleh sebuah universiti tempatan mendapati 80 peratus daripada kanak-kanak yang menjalani program ini boleh menggunakan ayat dengan baik, pandai mengurus diri serta bersifat mesra, mudah mengikut arahan, juga amat berdisiplin," katanya.
PAPN adalah inisiatif isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung program itu.
GOMO: sokong 100% akan isu Sekolah Satu Aliran ini bagi seluruh Rakyat Malaysia. Ini penting bagi kita seluruh Malaysia meresapi Budaya kita seluruh rakyat Malaysia.
MCA dan MIC bagaimana? Setuju atau tidak? 1 Malaysia ma........ Mesti sokong ini cadangan! Jangan Lawan!!!!
Psssttt...Apa reaksi pembangkang?