PAS Sesat Atau BN Yang Kafir?

Friday, October 29, 2010

PAS DULU DAN KINI
LUDAH KELANGIT JATUH ATAS MUKA SENDIRI

1. Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)



KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.

APA KATA ANDA?!



2. Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.



KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

APA KATA ANDA?!



3. PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”



KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

APA KATA ANDA?!



4. PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? ”



KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

APA KATA ANDA?!


5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.



KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

APA KATA ANDA?!



6. Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”



KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

APA KATA ANDA?!



7. Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.



KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

APA KATA ANDA?!



8. PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”



KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.


APA KATA ANDA?!



9. PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.



KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

APA KATA ANDA?!



10. PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.



KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)

APA KATA ANDA?!



11. PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.



KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

APA KATA ANDA?!



12. PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.



KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

APA KATA ANDA?!





13. Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.



KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

APA KATA ANDA?!



14. PAS kata : UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara



KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?


5. PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”



KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

APA KATA ANDA?!



16. PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”



KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

APA KATA ANDA?





17. PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.

APA KATA ANDA?



18. PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).



KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

APA KATA ANDA?!....................

SAYA KATA PASPISPUS ADALAH BAPAK HIPOKRIT TERBESAR SEANTERO MALAYA

Read more...

WAJIB LIHAT - Video Umat Islam Masyarakat Asli Di Tindas Oleh PASREL



Ini lah bukti yang Gomo serta rakan blogger lain keluarkan bagi
tatapan rakyat malaysia khususnya pengundi Dun Galas Gua Musang ini.

Hayati Video temubual Ekslusif ini yang mana Luahan Hati sebenar
seorang umat Islam masyarakat orang ASLI yang mana
tanah Nenek Moyang mereka usahakan di rampas
oleh Kerajaan PASREL!!!




Kekejaman yang tidak berhati perut dan berperikemanusiaan
berlaku di dalam sebuah negeri yang Kononya kerajaan PASREL
ini memperjuangkan Islam dan Slogannya
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Tetapi hakikatnya PASREL menindas umat Islam itu sendiri!!!

Hayati dan Fikirkan Apa akan jadi pada anak anak
mereka ini 10 tahun akan datang!!!

Jika Nasib Kita Bagaimana?

Psssttt.....Ini rakaman Sahih dan bukan Palsu...
suara Gomo yang tanya soalan tu! he he he



PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

PRK GALAS - Gelagat Pengutip Derma Ahli PAS Berkopiah Di 7 Eleven




29 Oktober Gua Musang:
Aktiviti mengutip derma semakin hari semakin rancak di lakukan oleh PAS baik melalui ceramah ceramah mega mahupun ceramah Kelompok. Dari satu tabung yang kosong sampailah tabung itu penuh ianya sentiasa bergerak ke mana sahaja dengan di usung wakil PAS yang berkopiah ini.

Semalam sewaktu Gomo dan Blogger DET di Bandar Baru Gua Musang terjumpa 2 orang Ahli PAS yang mengutip derma dengan tabung nya ke hulu ke hilir di hadapan kedai 7 eleven. Bila sampai sahaja di hadapan Gomo mereka berkata:

" Asalamamualaikum, minta sedikit sumbangan derma buat Tabung Jihad Islam"

Gomo pun kata kepada wakil PAS tersebut:
" Perjuangan Islam hok mano? Islam ko Isle?"


Bila dengar Gomo cakap macam tu mereka terus beredar dengan perlahan mendengar kata mereka kepada Gomo:
"Bengong, set umno tu"


Hua hua hua....Gomo dan DET gelak bagai nak gila bila dengar 2 orang wakil PAS dengan tabung tu cakap macam tu. Mana tak gelaknya bila depa kata kita Bengong bila tak derma. Isy isy isy....

Gomo nak tanya kepada semua ahli PAS yang menderma dalam tabung tu. Tahukan anda ke mana wang tersebut pergi? Tabung perjuangan Islam? Perjuangan mana yang mereka buat? Nak kata bantu rakyat Palaestin pun tak juga. Nak kata bantu rakyat dengan hasil wang tabung tu pun tak juga. Habis tu Bantu perjuangan Islam mana?

Agaknya itulah wang yang di gunakan bagi pembelian Bangunan milik Zaid Ibrahim yang bernilai RM4.5 Juta di Kota Bharu tempoh hari. Takpun buat depa bayar Wang muka Kereta Toyota Alphard yang mana kita semua tahu itulah kenderaan kegilaan pemimpin PAS.

Hebat.....Berkopiah, Kutip derma atas nama perjuangan Islam tapi yang sebaliknya hanya Allah yang tahu......

Psssttt.....Hebat puok PAS ni....kutip dermo semacam, Hasil balok lagu mano?

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP