PRK GALAS - Diari 8 Hari 7 Malam

Sunday, October 31, 2010

Sudah 8 hari 7 malam Gomo berada di Gua Musang ini bagi menjalankan tanggungjawap sebagai petugas media Baru Umno untuk melaporkan perkembangan semasa Pilihanraya Kecil Dun Galas N45 ini.

Gomo sampai 24hb Oktober jam lebih kurang 1.00 pm, sebaik sahaja memasuki Daerah Gua Musang ini Gomo lihat begitu banyak bendera dan Pondok pondok PAS di sepanjang jalan dan sekitar bandar Gua Musang ini. Dalam hati kecil ini bertanya "mana bendera dan pondok BN?"


Selepas selesai pengumuman calon pada hari itu bertempat di Markas BN di Bukit Cekati barulah kita semua mengetahui Calon yang mewakili BN iaitu Saudara Aziz Yusof.Orangnya bersahaja dan cukup sempoi dengan hadirin yang hadir pada hari tersebut. Ternyata Tengku Razaleigh memilih Seorang calon yang berjiwa Rakyat buat penduduk Dun Galas.

Esoknya pada 25 hb Calon BN saudara Aziz Yusof datang ke Pusat Operasi BN bagi melawat jentera yang bertugas dan dalam kesempatan ini Gomo dan beberapa rakan Blogger lain menjemput Calon BN Aziz Yusof untuk singgah sebentar ke dalam Bilik UMB kami bagi menemubual serba sedikit apa yang cuba di sampaikan Beliau buat Rakyat Galas.

Calon BN yang tidak sombong dan Angkuh saudara Aziz Yusof ini. Ternayata banyak maklumat yang kami perolehi sepanjang lawatan Beliau berjumpa kami di Galas ini.

Selepas dari pengumuman Calon itu barulah Gomo melihat Bendera BN dan pondok Pondok BN di dirikan merata rata tempat dan semua lokasi pondok pondok tersebut adalah bersebelahan dengan Pondok PAS. Itu lah kelebihan Kelantan, tiada masaalah jika Pondok parti hanya bersebelahan sahaja.

Pada 27hb kami beberapa orang petugas UMB mengikuti program Tan Seri Dato Hj Muhyiddin yassin TPM di Post Brooke yang mana merupakan kawasan penempatan masyarakat Orang Asli di Galas ini.

Sebaik sampai kami tidak menyangka yang para petugas BN amat di senangi oleh orang Asli yang hadir pada hari tersebut. Kira kira 1000 orang masyarakat Asli hadir dalam meraikan majlis bersama TPM ini. Sebaik TPM sampai maka lagi lah bersorak mereka ini dengan laungan " Orang Besar no 2 kami sudah datang" Ternyata mereka amat gembira dengan kedatangan Timbalan Perdana Menteri kita yang mana sudi hadir ke penempatan mereka.

Dalam sibuk sibuk itu Gomo ada bertanyakan kepada beberapa orang Asli di situ
"apakah Menteri Besar Kelantan Nik Aziz tidak pernah datang melawat penduduk di sini?

Mereka semua menjawap "TIDAK" Tok Guru tak pernah datang!

Gomo tidak menyangka selama 20 tahun Nik Aziz menjadi MB Kelantan maka 20 tahun itulah juga Nik Aziz tidak pernah turun melawat mereka di penempatan Orang Asli di sini. Walhalkan 90% daripada masyarakat Asli di sini adalah berugama Islam.

Selesai lawatan TPM maka kami pun beredar ke Loging yang mana lokasi Ladang Rakyat yang menjadi Bualan dan sebutan penduduk seluruh Kelantan dan juga Malaysia. Kami ingin membuat penyiasatan sendiri dan ingin melihat apakah benar dakwaan masyarakat Orang Asli di Sini bahawa kerajaan PAS merampas tanah milik mereka.

Apabila sampai maka kami semua terkejut dengan apa yang berlaku. terkejut kerana Habis bukit bukit di tarah dengan rakus dan kejam. Malah di hadapan penempatan orang Asli di situ juga di ratakan dan di letakkan bag Simen, baja dan peralatan Kebun Sayur berkenaan. Ini lah hasil pemerintahan Kerajaan PAS selama 20 tahun. habis harta turun temurun nenek moyang orang Asli di rampas.

Dalam tinjauan itu banyak rungutan dan masaalah yang menimpa masyarakat Orang Asli akibat dari pengambilan tanah turun temurun mereka itu. PAS juga cuba menyogok mereka dengan merasuah Rm200 seorang bagi menutup mulut isu Tanah Rampasan tersebut. Namun Masyarakat Orang Asli di sini tidak Bodoh dengan sogokan PAS sebaliknya PAS di halau dari memasuki penempatan mereka.

Tidak ada satu pun Pondok PAS di seluruh perkampungan orang Asli di situ, malah Bendera PAS pula hanya di pasang di tempat tempat yang tidak sepatutnya seperti di Bahu jalan dan bukannya di penempatan orang Asli. Jelas PAS sebenarnya takut akan isu Ladang Rakyat tersebut.

Sepanjang Gomo di Galas ini terdapat satu masaalah utama yang Gomo hadapi, iaitu masaalah Air. Masaalah ini bukan sahaja di alami oleh Gomo malah ianya di hadapi oleh seluruh penduduk Gua Musang dan juga Kelantan. Air KERUH, dan kadang kala air tiada. Masaalah ini juga di alami oleh Jemaah yang bersolat di masjid dan surau dalam Parlimen Gua Musang.

Air kecil, dan selalunya tiada air bila paip di buka. Malah di Markas Besar PAS Pusat sendiri pun masaalah air ini berlaku sehinggakan kerajaan PAS membawa bergelen gelen Air ke markas mereka bagi menutupi AIB kerajaan PAS Kelantan ini di hadapan para petugas mereka dari luar.

Pernah satu hari Gomo membuang air besar dan bila hendak mencucui hadas tersebut air paip tidak megeluarkan air. Fuh..waktu itu tak tahu nak buat apa, mujur lah ada rakan di luar dan membawa kan air dari bekas takungan untuk Gomo. Kalau tidak alamatnya emmmm sendiri Fikirlah...he he he

Jalanraya pun begitu juga, 30 hb bukan main ligat Kontraktor kontraktor PAS menurap jalan sekitar Galas ini. Namun yang di turap hanya kawasan tertentu seperti di hadapan markas mereka, Jalan utama kawasan Puak puak mereka namun kawasan kawasan lain tidak di turap. Pendek kata mereka menurap jalan bila waktu pilihanraya sahaja. Projek Mee Segera katakan.

banyak lagi sebenarnya yang berlaku sepanjang 8 hari Gomo berada di sini. Kalau nak ceritakan segala galanya mahu panjang berjela nanti orang muak pula nak baca Artikel ini. Jadi Gomo pendekkan setakat di sini sahaja bagi menutup Diari 8 hari Gomo berada di Galas ini bagi Tugasan Pilihanraya Kecil N 45 ini.

Cuma ada sedikit penambahan yang cuba Gomo nak sampaikan di sini. PAS sebenarnya sudah di tolak rakyat Gua Musang ini. Gomo bercakap bersandarkan bukti yang ada di depan mata. Antara sebab yang membuktikan PAS di tolak rakyat Gua Musang ini adalah seperti berikut:


LADANG RAKYAT - Isu ini merupakan isu terbesar dalam kempen pilihanraya N45 ini. Walaupun PAS menafikan Ladang Rakyat ini bersangkut paut dengan mereka namun seluruh rakyat sudah mengetahui bahawa Ladang rakyat ini merupakan satu rampasan Tanah Milik Orang Asli dan juga merupakan satu bentuk penyelewengan Keewangan Kerajaan negeri dengan Memajak kepada tauke Cina dari Singapura. Pendek kata Rakyat Telah Menolak PAS dalam hal ini.


PEMBANGUNAN - Selama 20 tahun PAS mentadbir Kelantan tidak ada satu pun pembangunan yang boleh di banggakan oleh penduduk Galas ini. Semua yang di bangukan dalam bandar Gua Musang ini adalah hasil usaha Kerajaan Pusat BN melalui KESEDAR dan semua rakyat Gua Musang dan GALAS ini sedar bahawa pembangunan yang ada pada hari ini adalah hasil dari usaha Ku Li bila KESEDAR memainkan peranan dalam membangunkan Gua Musang ini. PAS hanya berjanji itu ini namun tidak pernah menunaikan segala yang di janjikannya sehingga 20 tahun berlalu. RAKYAT sudah muak dengan janji PAS.


CERAMAH - Siri ceramah ceramah PAS yang di adakan sekitar Galas ini sungguh hambar dan murung sama sekali. Tidak langsung mendapat sambutan walaupun dengan kehadiran Nik Aziz sendiri. Malah Penceramah Jemputan tersohor Anwar Ibrahim juga gagal memberikan impak kepada Rakyat Galas ini. Pada malam ceramah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim hadirin yang hadir sekitar 500 orang sahaja. Itu pun jika di hitung pengundi Galas di dalam lingkungan 300 orang sahaja, yang lain merupakan petugas dari Luar kawasan dan bukannya pengundi. JELAS Ceramah Nik Aziz telah di tolak rakyat.


JENTERA - Gomo merasakan ini lah pertama kali jentera BN telah menguasai seluruh peti undi yang ada di Galas ini. Strategi Ku Li ini nampaknya berkesan dan amat elok di lakukan dalam negeri seperti Kelantan ini. PAS menjadi tidak keruan apabila jentera BN berkampung di setiap peti undi yang ada manakala PAS masih lagi terkial kial mencari modal dalam menawan hati pengundi. JENTERA PAS Sudah tewas pada kempen kali ini.


Akhir sekali yang kita semua mengetahui dan memang sering mengikuti perkembangan nya!!!


CALON - Calon PAS Dr Zul sudah pernah tewas 2 kali dalam pilihanraya, merupakan Calon yang datangnya luar dari Gua Musang ini dan bukan lah Anak tempatan sebagaimana Calon BN saudara Aziz. Dalam kempen pilihanraya ini juga Calon PAS Dr Zul menghilangkan diri selama 3 hari apabila berada di Kuala Lumpur dan bukannya berkempen di Galas ini. Tidak seperti calon BN yang sentiasa berada di Galas. CALON di tolak rakyat atas Faktor Latar belakang yang BURUK dan tidak peka pada Rakyat Galas.

Itu sahaja Ulasan Gomo sepanjang 8 hari berada di sini, InsyaAllah Gomo akan maklumkan apa apa perkembangan dan isu semasa buat tatapan semua. Dalam pada Gomo memberikan laporan terperinci ini sebenarnya Gomo masih risau akan keupayaan BN yang sebenar. Gomo risau akan pengundi CINA. Harap MCA dan GERAKKAN akan dapat membawa pengundi cina ini ke pangkal jalan dengan menyokong BN. MCA dan GERAKAN perlu kerja lebih kuat dalam hal ini jika inginkan BN menang di GALAS.

Sama sama kita mendoakan kejayaan Barisan Nasional. Amin......

Psssttt....Ada beberapa isu yang Gomo tak sebut, simpan dalam kain dulu..he he he

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

PRK GALAS - Calon BN Aziz Yusof Masuk Hospital













Calon Barisan Nasional mengadakan lawatan demi lawatan ke seluruh pelusok Galas ini tampa mengira waktu. Dari pagi sampai lah ke Pagi saudara Aziz Yusof ini bersama rakyat. Semalam Lawatan ke Hospital bagi menziarahi rakyat Gua Musang yang berada di sana.

Di waktu calon Barisan Nasional sibuk dalam melakukan tugas nya sebagai calon dalam Pilihanraya kecil dun Galas ini di mana pula calon PAS Dr Zul? Kemana menghilangnya calon PAS ini? Ada perkhabaran yang mengatakan calon PAS sibuk di Kuala Lumpur atas sebab urusan yang belum selesai. Urusan apa yang belum selesai? Urusan KHALWAT?

Bagaimana nak memimpin Rakyat kalau dah asyik keluar kawasan dan susah nak di hubungi? macam mana nak peka dengan masaalah rakyat kalau dok sibuk dengan orang orang yang lebih penting dari Rakyat kawasan sendiri?

Jelas calon PASRAEL ini tidak layak menjadi wakil Rakyat Dun Galas. Calon PAS ini calon yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mementingkan rakyat!!!

TOLAK CALON PASREAL!!!

Psssttt...Calon PAS Khalwat!!! Kantoi........

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

PANAS - Video Karaoke Dikir Nik Ajis Dan Lee Kuan Yew




Khas buat Anak Anak Kelantan
sama ada yang ada di Kelantan ini
Mahupun yang berada di Luar Kelantan

Psssttt....Steady lah suara Rio..ha ha ha

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

PRK GALAS - Nik Ajis Punya Pasal Aku Tengah Buang nAjis Air Tiada






Air air air......
"Dah penat mengadu dan penat jumpa Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengadu isu Air yang kadang kadang ada, kadang kadang tiada, kalau ada sekalipun Air keruh dah macam Air Milo."

Luahan di atas merupakan luahan seorang penduduk Galas saudara Ismail bin Ibrahim yang menetap di Tanah Putih.

Gambar di atas pula merupakan Gambar yang Gomo ambil di dalam asrama yang mana Gomo sedang menginap. Lihatlah air yang ada dalam bekas tersebut. Warna apa?

Kami yang menetap di sini terpaksa menggunakan sumber air yang ada memandangkan itu sahaja lah sumber terdekat kami untuk membersihkan diri, berwuduk, dan berhadas. Nasib badan lah........

Dalam Rumah, Bangunan semuanya mengalami masaalah sama iaitu masaalah air. Sampaikan di Masjid pun masaalah air ini berlaku. Fuh....Macam mana ni kerajaan PASRAEL? Air nak berwuduk pun tak boleh nak Tadbir! Kalau tadbir negara macam mana?

Ini lah masaalah rakyat Kelantan! Ini lah masaalah Rakyat yang sebenar! Tapi adakah Kerajaan PASRAEL sedar? Adakah mereka Peka? Khak Ptuih........ Mereka sikit pun tak membantu. Kalau Bab Duit laju je!!! Celako punya Nik Ajis!

Pakat pakat lah fikir!!!!

Air Sumber Terpenting




Psssttt...Nasib baik ada geng dalam rumah tolong Bawakkan air dari luar!!! fuh....



PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

GEMPAR - Tantawi Mengetuai Pemuda PASRAEL Menahan Bas Yang Membawa Penyokong Bolasepak Kelantan



Tahniah kepada Pasukan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia malam tadi dengan menewaskan N.Sembilan dengan jaringan 2 gol berbalas 1.

Tahniah juga buat Tan Seri Anuar Musa UMNO yang membawa pasukan Bola Sepak Kelatan ke arah Era Gemilang dan tak lupa kepada jentera pasukan Bolasepak kelantan dan para penyokong nya yang memang kita ketahui Setia tidak berbelah bagi kepada pasukan Kesayangan ini.

Namun ada sedikit kekecewaan bila Satu isu Baru akan timbul dek kerana Perlawanan Bola sepak ini! Isu yang sengaja di reka oleh PASRAEL dalam mendapatkan simpati rakyat serta Pengundi Dun Galas!

Gomo dah seminggu dapat maklumat bahawa Nasarudin Tantawi dan Seluruh Pemuda PAS akan menahan Bas Yang akan pulang dari menyaksikan perlawanan Bolasepak Piala Malaysia di Bukit Jalil pagi ini!!!

Mereka akan menahan Bas Bas yang membawa penyokong Kelantan ini kerana ingin mencetuskan Provokasi terhadap UMNO yang mana Tantawi akan menuduh Kerajaan BN telah membawa Pengundi Hantu melalui Bas Bas penyokong Bola Sepak Kelantan ini.

Rakan rakan Facebook telah menyatakan isu ini akan timbul! Ianya tidak mustahil memandangkan PAS waktu ini terdesak untuk menang PRK Galas ini ekoran penolakkan rakyat terhadap Kerajaan Negeri yang Merampas Tanah milik umat Islam masyarakat Orang Asli.

PASRAEL KEJAM

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP