
Dato Seri Noh Bin Omar
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
Dan
Ketua Pemuda UMNO Gua Musang
Bazlan Baharuddin

Pelepasan Benih Ikan




Antara Peserta Kaum Cina Yang Hadir


Seronok mendengar Ucapan Dato Seri Noh Omar
Yang bersahaja dan mencuit hati


Petang semalam bertempat di Lepan Jaya Galas Gua Musang, satu program anjuran lembaga Pertubuhan Peladang di jalankan bertempat di balai Raya Lepan Jaya. Dato Seri Noh Omar hadir dalam meraikan majlis berkenaan di temani Pengarah pengarah Peladang dan agensi yang berkaitan.
Program berkenaan melibatkan penyampaian sumbangan kepada para peserta Peladang yang berjaya dan juga menyampaikan bantuan Pertanian kepada Penduduk Lepan jaya dalam meningkatkan hasil pertanian mereka.
Dato Seri Noh Omar dalam ucapannya juga menemplak pihak pakatan Pembangkang terutama PAS yang hanya bercakap lebih berbanding membuat kerja. Tiap dasar kerajaan di perlekehkan malah di fitnah dengan bermacam macam cara dalam menghalang kemajuan yang ingin di bawa kerajaan kepada Rakyat Malaysia.
Jika PAS benar peka kepada Pertanian sudah pasti banyak bantuan dan penggagihan pertanian yang di hantar kepada penduduk Kelantan dan bukannya hanya menggagihkan kekayaan negeri ini kepada keroni keroni nya sahaja
Dato Seri Noh Omar meminta agar para peserta Peladang agar membuktikan keyakinan kepada kerajaan Pusat dengan memberikan hadiah yang istimewa pada 4hb November ini. Kita mesti keluar dari Kemiskinan dan pembangunan perlu kita pergiatkan dalam meneruskan dasar dasar kerajaan yang ingin melihat masyarakat di luar bandar juga maju dan berjaya.
Pada sebelah Malah pula satu Program TEKUN telah di jalankan di Dataran KESEDAR Galas Gua Musang yang mana program yang di adakan ini bertujuan memberikan Cek Pinjaman TEKUN kepada mereka yang berjaya dalam permohonan mendapatkan bantuan perniagaan.
Seramai 95 orang pemimjam TEKUN layak dalam mendapatkan Pinjaman ini dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka. TEKUN waktu ini juga tidak hanya menumpukan kepada Kaum Melayu sahaja malah kaum kaum lain seperti Cina, India dan juga Siam layak mendapat pinjaman melalui syarat syarat yang di tetapkan.
Calon BN bagi PRK Galas saudara Aziz Yusof sempat hadir malam tadi dan sempat membuat ucapan kepada hadirin yang hadir agar turun mengundi pada 4 November ini serta memangkah Barisan Nasional bagi kejayaan Gua Musang yang seterusnya.
Program Dato Seri Noh Omar di Galas hari ini selesai kira kira jam 12.00 malam.

" Saya meminta pihak PAS membuktikan mereka tidak
hanya bercakap sahaja dari membuat kerja"

Antara Pemimjam TEKUN

Cek Pinjaman TEKUN
berjumlah 857,500



Kaum Cina yang menerima Pinjaman TEKUN

Kaum India yang layak

Calon BN yang sentiasa bertenaga dalam
Kempen Pilihanraya Kecil Galas kali ini.

Beramah Mesra bersama Hadirin yang hadir

Saudara Aziz Yusof calon BN di temani
KP UMNO Gua Musang Saudara Bazlah Baharuddin
bersalam salaman dengan hadirin
Sekian Program Malam tadi, Fuh...semakin dekat hari pembuangan Undi maka semakin banyak tugasan yang perlu Gomo lakukan. Namun itulah tugas yang terpaksa kita jentera BN hadapai dengan tabah dan semangat yang kental.
Sudah 3 hari berturut turut Gomo hanya nyenyak sekitar 4 jam sehari.
Tapi calon BN saudara Aziz Yusof???
Berapa Jam tidor satu hari?
Moga Allah menjaga kesihatan calon BN kita
saudara Aziz Yusof bagi meneruskan
pejuangan membela nasib rakyat GALAS.
Psssttt....Ada cerita panas bila Nik Ajis merasuah Orang Asli...he he hePAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com
Read more...