
(Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
KERAKUSAN
PILU
PENINDASAN
SEBAK
ZIONIS
SENGSARA
RASUAH
PEDIH
PENGHISAP DARAH RAKYATGUA MUSANG, 1 Nov – Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap lebih zalim daripada “Yahudi” atas tindak tanduk mereka berhubung masalah tanah yang membabitkan Orang Asli.
Ketua Kampung Pos Brooke, Abdul Rashid Akoh berkata pembangunan Ladang Rakyat di kawasan berkenaan yang kononnya untuk membantu Orang Asli hanyalah sekadar gimik politik dan janji palsu semata-mata.
Menurut beliau, janji yang ditabur kepada kepada masyarakat Orang Asli hanyalah sekadar janji dan seolah dipermain-mainkan oleh kerajaan negeri yang kononnya melaksanakan pentadbiran berteraskan Islam.
“Mereka yang menerima daripada hasil Ladang Rakyat hanya beberapa kerat sahaja dan kami bingung mereka yang tidak menetap di sini pun dapat dividen berkenaan.
“Sudahlah tanah kami dibangunkan tanpa kerelaan yang menjejaskan punca ekonomi kami, dividen pun tidak diagihkan sama rata. Tanah-tanah adat kami begitu rakus dibangunkan untuk Ladang Rakyat. Tanah kubur datuk nenek moyang kami langsung tidak diambil kira. Pendek kata mereka hanya pandang kami sebelah mata sahaja. Apakah ini yang Nik Aziz kata sebagai membangun bersama Islam,” katanya.
“Sudahlah tanah kami dibangunkan tanpa kerelaan yang menjejaskan punca ekonomi kami, dividen pun tidak diagihkan sama rata. Tanah-tanah adat kami begitu rakus dibangunkan untuk Ladang Rakyat. Tanah kubur datuk nenek moyang kami langsung tidak diambil kira. Pendek kata mereka hanya pandang kami sebelah mata sahaja. Apakah ini yang Nik Aziz kata sebagai membangun bersama Islam,”
Beliau berkata demikian dalam tembual ekslusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini. Artikel lanjut Klik Di Sini
GOMO: Emmm lihat gambar di atas dan cuba anda bayangkan bagaimana nasib anak anak Masyarakat orang Asli ini di masa 10 tahun akan datang? Bagaimana kehidupan mereka bila Tanah mereka di rampas dan mereka yang terpinggir ini terus di pinggirkan oleh Kerajaan PASRAEL yang sepatutnya menjaga kebajikan masyarakat Asli di sini.
PASRAEL Kelantan mengatakanmereka tidak mementingkan masyarakat orang Asli di sini kerana mereka masyarakat Asli tidak pernah menyokong PAS. PAS tewas di kawasan masyarakat orang Asli ini sejak bertahun lamanya. "Buat apa nak menjaga peti undi yang sudah tentu kita kalah" Itulah antara luahan seorang AJK PASRAEL yang di temui Gomo 2 malam yang lepas.
Kerajaan Barisan Nasional yang peka dan prihatin nasib rakyat tidak pernah pilih kasih dalam menjalankan sesuatu Pembangunan dan memberikan kemudahan kepada Rakyat Malaysia ini. BN juga tidak meminggirkan kawasan yang di tadbir oleh Pembangkang tak kira di mana sahaja.
Lihat contoh Bukit Bintang yang di kuasai DAP berbelas tahun lamanya. Sampai sekarang Kerajaan Pusat memberikan Bantuan dan merancakkan pembangunan dan Insfrastruktur kepada Parlimen Bukit Bintang itu. Jelas di sini kerajaan tidak pilih Kasih walaupun ianya bukan di tadbir BN.
Begitu juga Kelantan ini bila banyak Pembangunan yang telah di bangunkan kerajaan Barisan Nasional. Sekolah, Klinik, Hospital, Dewan serbaguna, Padang Permainan dan macam macam yang telah di jayakan kerajaan BN buat rakyat Kelantan. Walhal Kelantan adalah negeri PASRAEL dan bukannya BN.
Apa lah sangat kalau nak bantu masyarakat orang Asli di Dun Galas ni, bukannnya mereka nak duit berjuta mahupun Projek dan Tender balak pun. tapi mereka nak hidup aman dalam keadaan yang tenang. Tanah yang di rampas tu adalah warisan nenek moyang mereka. Tanah tu dekat di hati mereka.
Kelak bila besar anak cucu cicit mereka ini bagaimana lah hendak meneruskan hidup bila Tanah yang ada di rampas dan di gadai pada orang Asing. Bagaimana kehidupan mereka masyarakat orang Asli ini di masa mendatang?
Gomo agak sedih melihat gambar anak anak kecil ini yang sememangnya belum mengerti apa apa terhadap yang berlaku ini. Kalau lah mereka boleh bersuara dan faham apa yang berlaku waktu ini sudah pasti PASRAEL kecut perut.
Psssttt....Celako punya PASRAEL, Habis Harta rakyat di Songlap nya.
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com
Read more...