Penting Sangat ke Blogger Dan Facebookers Pada PRK Galas Dan Batu Sapi???
Saturday, November 6, 2010
Keberkesanan Unit Media Baharu UMNO…
Benda yang baik kita kena puji, antaranya kewujudan Unit Media Baharu (UMB) UMNO, sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini.
Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini.
Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk ‘counters’ serangan puak-puak UMB ini.
Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai ‘ground’ dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini.
Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan sapa 'hebat’ di Facebook dan juga Twitter.
Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO.
Katanya, di Batu Sapi pun serupa. Memang ada kekurangan itu ini, tapi siapa yang sempurna. Kita semua perlu belajar dan terus belajar. Well done bro !
Petikan Agenda Daily, Klik Di Sini Untuk Artikel Selanjutnya
GOMO: Memang tak dapat di nafikan Media Baru amat penting buat mana mana parti politik yang ada pada hari ini. Malah jika di lihat PRU12 yang lalu Pakatan Pembangkang menguasai seluruh medium Media Baru dengan secara Agresif dan teratur. Begitu juga sekarang ini yang mereka masih lagi menguasainya.
Pada Pilihanraya Kecil di Galas tempoh hari terdapat banyak Blogger yang membuat liputan di sana. Ada yang datang atas tiket UMB, ada yang datang secara Kumpulan dan ada juga yang datang secara persendirian. Malah ada juga Ketua Bahagian yang menghantar Blogger mereka ke PRK Galas seperti Dato Shafei Abddullah Ketua UMNO Wangsa Maju yang menghantar 3 orang Blogger dari Wangsa Maju dalam membantu jentera BN Media baru di sana.
Kalau nak di ikutkan memang benar lah apa kata Agenda Daily itu bahawa kita Media Baru UMNO menguasai pertarungan IT pada PRK kali ini. Ya memang benar dan tidak dapat di nafikan. Tapi apakah ianya lancar dan selaras dalam menjalankan tugas?
Gomo katakan TIDAK!!! Itu lah masaalah kita para pejuang Media Baru yang ada hari ini. Pejuang UMNO kelam kabut, Nak cari Maklumat, Nak Korek sana sini dan bila dapat sesuatu isu maka lain pula jadinya bila ada sekumpulan yang keluar macam ini. Ada kumpulan keluar macam itu. Jadi semuanya tidak teratur dan boleh Gomo katakan Haruk Piruk!!!
Tapi nasib baik lah isu di Galas itu tidak dapat di jawap oleh puak Media Pakatan Pembangkang. Kalau mereka mampu menjawapnya sudah pasti kita pula yang tidak cukup tangan nak menjawapnya.
Gomo pun taknak ulas panjang bab ni, cuma masih menunggu apakah selepas PRK Galas dan Batu Sapi ini pihak UMNO masih lagi seperti PRK PRK yang lalu yang mana selepas tamat Pilihanraya maka tidak ada tindakan susulan dalam memanggil semua pejuang Media baru baik dari Blogger dan facebookers dalam membincangkan apa kekurangan dan kelemahan kita dalam PRK kali ini.
Harap sangat lah kalau di panggil semua untuk menilai keberkesanan kita dalam peperangan di PRK Galas dan Batu Sapi. Ini penting bagi kita semua menilai sejauh mana keberkesanan peranan kita dan juga dapat membaiki kesilapan kita bagi menghadapi pertarungan yang seterusnya.
Walaupun menang kita Pejuang Media Baru kena duduk semeja dalam membuat Post Mortem akan keberkesanan tugas kita. Di sini juga kita boleh merapatkan silaturahim antara rakan Blogger dan Facebookers bagi memantapkan jentera Perang Media Baru ini.
Itu pun kalau ada lah pemimpin UMNO yang peka dengan cadangan Gomo ni. Kalau tak peka nak buat macam mana? Sendiri Fikir lah.....
Apa sekalipun Pilihanraya Kecil Galas adalah pilihanraya Minaq Jinggo. Semua Media, Blogger dan Facebookers tak mampu nak menyaingi Minaq Jinggo. Kerana Gambar Nik Ajis Bagi DUIT tu lah Hari Pengundian penuh serata pelusuk Poster yang mana memaparkan Gambar yang di ambil Minaq Jinggo.
Para Media, Blogger dan Facebookers turut mengulang Tayang gambar gambar Minaq Jinggo ini sehari sebelum Pilihanraya sampaikan Puak sebelah Pakatan terkedu dengan perbuatan Nik Ajis. Memang PRK Galas adalah PRK MINAQ JINGGO!!!
Psssttt...Kita kena duduk berbincang dalam perjuangan selanjutnya....PENTING!!!
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com Read more...
