Dato Seri Noh Omar Pembohong???

Wednesday, November 17, 2010

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya dakwaannya mengenai kos penganjuran majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor mencecah RM800,000 terbukti tidak benar.

Katanya beliau juga bersedia memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai perkara itu, dengan syarat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN tertentu yang mempertikaikan kesahihan dakwaan itu memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.

Menurutnya beliau sanggup menyahut cabaran Menteri Besar untuk mendedahkan semua butiran mengenai perbelanjaan itu, dan jika apa yang didedahkan nanti tidak betul, dia sanggup disaman Khalid.

"Saya sanggup hadapi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan alat tulis kepada pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang.

Majlis sambutan itu mulai mendapat perhatian Jumaat lalu apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos mengadakannya amat tinggi.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkannya.

Laporan sebelum ini menyebut perbelanjaan bagi mengadakan sambutan itu ialah RM300,000, termasuk untuk majlis jamuan tengah hari dan 90 peratus daripada jumlah itu dibayar terlebih dahulu kepada sebuah syarikat pengurusan acara.

Sementara itu, bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki berkata dakwaan Abdul Khalid yang mengatakan Akaun yayasan itu tidak diaudit sejak empat tahun lalu adalah tidak benar.

Beliau berkata segala prosedur kewangan di Yayasan Selangor diikuti sepenuhnya sehingga persaraanya pada Ogos tahun lalu.

"Semua akaun Yayasan sudah diaudit sepanjang tempoh saya menjadi Pengurus Besar Yayasan Selangor. Barangkali, mungkin ada satu dua lewat disebabkan masalah teknikal melibatkan Universiti Industri Selangor dan Kolej INPENS," katanya.

- Bernama

GOMO: Hua hua hua.... Gua dah kata banyak kali bab isu Duit yang di gunakan secara boros oleh kerajaan Pakatan Selangor ni. Gua dah cakap banyak kali kat Puak PKR untuk buat laporan Polis terhadap Dato Seri Noh Omar kalau betul lah kenyataan Beliau adalah satu Pembohongan! Tapi???

Sampai hari ni Khalid Gagap malah seluruh kepimpinan Pakatan Haram Selangor takut membuat laporan Polis apatah lagi menyaman Dato Seri Noh Omar berhubung isu Wang Yayasan Selangor!

Lebih jelek si Khalid Gagap menggantung Tugas Timbalan Yayasan Selangor atas pendedahan Dato Seri Noh Omar ini! Kenapa Khalid tak gantung Tugas Pengerusi Yayasan? Kenapa Khalid Gagap sendiri tidak menjelaskan bahawa segala kepincangan yang berlaku Ini adalah di sebabkan oleh dirinya selaku MB Selangor?

Hehehe......Apa apa pun Rakyat Selangor melihat hal tersebut dengan cukup dalam! Dan masih menunggu apa tindakan Khalid Gagap seterusnya!

Kalau Teoh Beng Hock di adakan siasatan Suruhanjaya kerana MAMPOS Di Bunuh DAPig! Apakah Kes Pembaziran Wang Rakyat berjumlah RM800 Ribu ini juga akan di tubuhkan suruhanjaya Siasatan oleh Khalid Gagap selaku MB Selangor?

Psssttt.....Berani ke Khalid nak berdepan dengan Dato Seri Noh Omar? Huhuhu

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP