Meet Uncle Hussin & Black Mentor Bikin Raja Drama Kecut Sampai Ke Telor

Wednesday, November 24, 2010



Syukur.....Akhirnya ada juga rakan yang membantu Gomo untuk membuatkan Video klip ke atas lagu RAJA DRAMA ini. Kiranya Gomo ambil kesempatan ke atas lagu ini yang jika anda semua amati liriknya maka anda akan ketahui maksud sebenar lagu ini di buat.

Ini adalah lagu dari kumpulan Meet Uncle Hussin dan penyanyi nya pula Black (Mentor). Dan sememangnya lagu ini memberikan satu maksud tersirat yang penuh mendalam sama sekali. Untuk makluman semua, sebelum PRK Galas Gomo telah beberapa kali mendengar lagu Raja Drama ini. Bila Gomo amati betul betul liriknya ternyata JELAS ada sesuatu yang menggairahkan Gomo untuk sentiasa mendengar lagu ini.

Bila di PRK Galas, Gomo maklumkan kepada rakan rakan lain akan makna lagu Raja Drama ini dan hasilnya mereka rakan rakan Blogger yang lain juga menyetujui akan Lirik lagu ini yang penuh makna.

He he he.....

Gomo mengharapkan kepada semua yang pandai menggunakan Video Maker atau apa sahaja yang berkaitan dengan Video untuk membuat seberapa banyak lagi Video Berprofilkan Anwar Ibrahim yang mana menggunakan lagu RAJA DRAMA.

Anwar Ibrahim Memang RAJA DRAMA

Terima Kasih Meet Uncle Hussin dan Black atas lagu ini.


Psssttt....Sebarkan video ini....Raja Drama Anwar Al Juburi

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

UMNO Kedah Bukan Kerajaan Tapi PEMBANGKANG, Hangpa Lupa Ka?



Salam semua pembaca blogg Papa Gomo. He he he........

Gomo sekarang sibuk bercuti di Langkawi bersama anak isteri, biasalah dah lama tak bercuti bersama kerana sibuk dengan perniagaan dan juga politik yang tak berkesudahan ni. Ini lah peluang yang Gomo ada dalam masa hujung tahun untuk bercuti.

Walaupun Gomo bercuti dan cuba nak rehatkan kepala di Pulau Langkawi yang cantik ni kalau dah Taik Politik apa pun tak boleh elak. Dan hasilnya Gomo terjebak juga bila cuba membuat siasatan di Pulau Langkawi ini berkenaan pentadbiran PAS Kedah.

Sungguh malang penduduk di Langkawi ini bila kerajaan yang ada di tadbir oleh PAS yang semenjak mereka menang di Kedah satu apa pun tidak di lakukan oleh kerajaan PAS Kedah pada pembangunan Pulau Langkawi ini. Malah Majlis Perbandaran yang sepatutnya melaksanakan tugas yang berkesan dalam Langkawi ini GAGAL sama sekali.

Pulau Langkawi ini juga merupakan sebuah Pulau yang bernilai, Para Pelancong juga banyak menginap di sini. Ini juga merupakan salah satu punca pendapatan Rakyat Langkawi di sini. Jika sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir banyak Promosi di lakukan bagi menarik Pelancong untuk datang ke Pulau Langkawi. Tetapi sekarang ini? Satu haram apa pun kerajaan PAS Kedah tak buat.

Banyak isu yang ada di Langkawi ini, memang banyak isu panas dan kalau di mainkan dalam Media Cyber seperti Blogg, FB dan medium lain pasti seluruh Malaysia tahu bahawa Pulau Langkawi kini sudah tidak terurus oleh Pentadbiran PAS Kedah.

Antara isu yang Gomo rasa menarik untuk di ketengahkan adalah isu Timbalan PKR Langkawi yang ntah nama apa telah pun meletakkan Jawatan nya pada baru baru ini. Sebab apa perletakkan jawatannya dalam PKR pun Gomo tidak mendapat maklumat lengkap kerana hal berkenaan hanya di ketahui oleh UMNO Langkawi sahaja.

Nak korek lebih lanjut pun agak sukar buat Gomo kerana tidak ada kaki UMNO di sini melainkan kenalan Twitter saudara Sameer Khan. Itu pun banyak yang tidak di ketahui oleh Sameer Khan secara lanjut kerana beliau hanya Ahli UMNO biasa.

Gomo harap sangat jika UMNO Kedah terutama UMNO Langkawi dapat menyalurkan sebarang Maklumat akan Kepincangan, Kegagalan, Penindassan yang berlaku dari pentadbiran PAS Kedah dan juga PKR Kedah yang dah nak Pupus ini.

Kami para Blogger yang ada mengharapkan agar Pembangkang KEDAH iaitu BN untuk sedar diri bahawa segala maklumat yang di berikan oleh anda kepada kami para pejuang Cyber adalah amat penting dan ianya sedikit sebanyak dapat menyedarklan rakyat agar mengetahui Kegagalan Kerajaan PAS Kedah.

Tak salah kalau SMS, or kirim sebarang Gambar yang menarik untuk kami kongsi bersama. Zaman dah semakin Canggih ni bang oiiii........Harap berubah, Sebelum REBAH kali ke DUA!!!

Psssttt...Pulau Langkawi Memang BEST!!!

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

Bila Politik Menjadi Agenda Utama Maka Melayu Menjadi Mangsanya

Leka rebut kuasa hingga lupa tingkat ekonomi bangsa akibatnya agihan kekayaan tak sekata.

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 membuktikan dengan jelas perbezaan sistem nilai antara bangsa Melayu dengan kaum lain. Walaupun kedua-dua bangsa mendominasi kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat ia menterjemahkan sistem nilai yang berbeza.

Bangsa Melayu sinonim dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan tradisi muafakat sejak berkurun. Bangsa Cina pula sentiasa berusaha dan tekun untuk membangunkan ekonomi dan menggunakan kuasa politik untuk kepentingan perusahaan.

Melayu dalam UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diyakini masih tebal dengan jiwa tradisional walaupun terpaksa bertindak untuk melegakan perasaan rakan mereka dalam gabungan siasah. Jika adapun Melayu yang sanggup menuturkan sembah derhaka, tindakan mereka sekadar melunaskan kemarahan peribadi apabila hajat siasah tergendala.

Ada juga Melayu yang memegang kuasa sanggup meleburkan bahasa dan adat resam sendiri kerana memikirkan rakan gabungan yang sentiasa mengharapkan sikap terbuka sebelah pihak, sedangkan pihak lain begitu rakus memainkan isu perkauman. Keterbukaan Melayu ada masanya merugikan bangsa sendiri.

Kelemahan ketara bangsa Melayu adalah terlalu ghairah mengumpul pengikut, sedangkan pihak lain bertindak mengambil kesempatan siasah untuk mencipta peluang perniagaan dan perdagangan. Keghairahan mengumpul pengikut juga menjadi dorongan seseorang Melayu untuk kekal berkuasa, mencari pengaruh dan mengumpul penyokong yang kian bertambah.

Pada masa sama mereka lupa untuk membantu pengikutnya mempunyai nilai ekonomi, menyebabkan agihan kekayaan bangsa Melayu tidak merata. Hanya segelintir Melayu berjaya dan yang terbanyak adalah Melayu yang masih mengharapkan subsidi dan naungan pemerintah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Kesannya, lahirlah Melayu yang berfikiran jumud, taklid dan pengikut pendapat lain tanpa sebarang pertimbangan akal.

Kesibukan mengumpul pengikut juga mendorong Melayu bergeser sesama sendiri kerana menggunakan formula siasah untuk berkuasa atau mengekalkan kekuasaan. Pergeseran sesama Melayu mendorong pihak lain mengambil kesempatan seperti berlaku pada pilihan raya umum lalu.

Sejak Parameswara membangunkan kesultanan Melayu Melaka pada 1403, tradisi mencipta pengikut dan pengaruh begitu tebal dalam sejarah Melayu. Pihak istana mendapat laba daripada kesetiaan rakyat. Raja dibantu Bendahara dan Temenggong menguruskan pentadbiran. Rakyat yang setia sentiasa tidak mampu berfikir dan mendapat peluang ekonomi. Kesannya, segelintir mencapai kejayaan dan terbanyak menerima kegagalan hidup.

Berbeza kaum Cina tidak kira MCA, GERAKAN, DAP sistem naungan ekonomi berpaksi sejak abad ke-19 ketika penjajah British membawa mereka ke kawasan perlombongan di Tanah Melayu. Pendatang dari selatan China diarah bekerja di kawasan lombong dan bijak mempelajari nilai tempatan menyebabkan mereka selesa untuk terus tinggal di negara ini walaupun penjajah kembali ke British menjelang 1957. Keturunan mereka bijak memanfaatkan kesempatan daripada golongan pekerja kepada pencipta pekerjaan.

Kejayaan mempelajari dan menerima nilai tempatan serta diadunkan dengan cara hidup positif, membantu bangsa Cina membina sistem kongsi yang mengutamakan kepentingan kecinaan sehingga kini.

Mereka mungkin bergaduh dan bergasak mengenai ideologi politik, namun mustahil untuk mereka meninggalkan perusahaan dan mencipta peluang ekonomi untuk kaum sendiri. Isu pendidikan dan peluang ekonomi sentiasa mendominasi pemikiran kaum Cina kerana mereka sedar kedua-duanya mempunyai paksi untuk menaungi siasah pada masa panjang.

Kita jarang menemui kaum Cina yang kandas perniagaan kerana sukar menyediakan modal. Sistem kongsi memberi peluang sesiapa saja mencipta kekayaan asalkan rajin berusaha dan tidak segan menerima strategi pengurusan perniagaan yang berjaya.

Berbeza dengan Melayu, isu politik sering menjadi kerenah yang merenggangkan, subsidi baja padi menjadi duri dalam daging di kawasan pertanian. Bantuan mangsa banjir dinafikan kerana perbezaan fahaman. Pentadbir negeri berbeza dengan Pusat menimbulkan kekalutan sesama sendiri. Isu pengaruh dan kekuasaan peribadi sentiasa menjadi belenggu yang melelahkan. Melayu bergaduh sesama sendiri, hatta di dalam sesebuah pertubuhan pun mereka tidak sekata dan melompat parti.

Perseteruan demi perseteruan sesama Melayu menjadi opera lunak yang dipertontonkan pihak lain. Melayu bergelut mencari pengaruh dan pengikut, Pihak lain lenang mengaut laba ekonomi kerana kebersamaan berfikir dan bertindak.

Emel Kiriman Pembaca

Psssttt....Kerana Kuasa Politik Melayu di LACURKAN...tanya lah PAS dan PKR apa yang mereka telah lakukan!!!

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP