Patik Berhak Bertanyakan Nya - Tuanku Ismail Petra Semakin Sihat Bagaimana Pula Gelaran Baginda Sultan Kelantan?
Friday, November 26, 2010

semakin sembuh dan semakin Sihat.
Gomo sebenrnya berminat akan isu kemelut Sultan Kelantan ini yang mana kes tersebut juga sedang di bicarakan di mahkamah. Di sini petikan Akhbar akhbar perdana sebelum ini yang ada menceritakan serba sedikit akan kesihatan Baginda Sultan:
Tuanku Ismail Petra kelihatan berada dalam keadaan sihat ketika disorong dengan kerusi roda menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Hamid Hamad berkata, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra telah memperkenankan supaya ayahanda baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota.Juga menarik ialah apabila doktor peribadi Sultan Kelantan, Dr Amir Ramli menegaskan, penilaian tahap kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dilakukan oleh panel perubatan dikuatiri tidak tepat kerana ia dijalankan dalam keadaan tertekan.
Beliau mempertikaikan kewibawaan 10 pakar perubatan yang menggotai panel itu berkata, ini kerana pemeriksaan berkenaan dilakukan secara mengejut selepas beberapa insiden yang berlaku sejak Selasa lalu.
Panel terdiri 10 pakar perubatan dilantik Kerajaan Negeri Kelantan dengan perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra buat pertama kali berpeluang melakukan pemeriksaan kelmarin terhadap kesihatan Sultan Kelantan sejak dibawa pulang ke negeri ini pada 4 Mac lalu.
"Pemeriksaan yang dibuat secara mengejut itu tidak kena pada masanya ketika baginda masih berada dalam trauma.
"Dari segi etika memang tidak boleh buat laporan perubatan tanpa kerelaan dan keadaan pesakit yang tertekan, saya dapat tahu baginda tidak dapat rehat yang cukup sejak dua tiga hari lalu," kata Dr Ramli.
Selain itu Dr. Amir yang juga pakar perubatan dalaman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pada masa ini tahap kesihatan Sultan Kelantan semakin menurun jika dibandingkan sebelum ini iaitu sejak pulang pulang menjalani rawatan di Singapura.
"Sebelum ini Tuanku okay, rasional, sentiasa senyum dan gelak.
"Sekarang pasukan pakar perubatan di Istana Mahkota mengajar tuanku untuk bangun dan berjalan, boleh saya katakan perubahan dalam peringkat 80 peratus," kata doktor peribadi Sultan Kelantan sejak baginda pulang dari Hospital Mount Elizabeth.
Sultan Kelantan juga telah memfailkan satu writ habeas corpus berhubung penahanan yang didakwa dialami oleh baginda. Ia difailkan melalui enam peguam mewakili baginda.
Permohonan itu merupakan kes pertama seumpamanya yang akan didengar di Mahkamah Khas sejak ditubuhkan pada 1993.
Raja Aziz Addruse yang mengetuai barisan peguam berkenaan berkata, permohonan hanya dapat difailkan setelah mereka berjaya mendapatkan arahan daripada ahli keluarga diraja itu.
Lima pihak yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu termasuk Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian.
Juga dinamakan ialah Ketua Pengarah Kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan juga Kerajaan Malaysia.
Sehubungan itu, kerajaan juga dituntut supaya membuat penjelasan berhubung layanan yang diberikan ke atas Sultan Kelantan yang didakwa telah dinafikan hak dan kebebasannya.Ditanya sama ada Pemangku Raja,Tengku Muhammad Faris Petra akan dinamakan sebagai reponden, peguam kanan Raja Aziz Addruze menolaknya dan menuding tanggungjawab itu ke atas kerajaan persekutuan dan polis, beliau berkata: "Bagi kami, Pemangku Raja tidak relevan dalam perkara ini.
Pihak yang aktif adalah polis dan kerajaan persekutuan - mereka adalah pihak yang menghalang sultan,” katanya.
Peguam Param Cumaraswamy, yang juga hadir pada sidang media itu berkata kerajaan persekutuan perlu menjawab banyak soalan.
Pada sidang media sama, seorang lagi peguam, Datuk Param Cumaraswamy berkata pihak polis perlu membuat penjelasan segera dalam isu melibatkan penahanan baginda tuanku.
"Kedua-dua ketua polis negeri Kelantan dan ketua polis negara ada banyak penjelasan yang perlu dibuat, mengapa sultan diperlakukan sebegitu rupa. Mereka bertanggungjawab (untuk jelaskan) kepada rakyat dan perlu bertanggungjawab atas segala tindakan yang telah diambil," katanya lagi.
Amat jelas kini kemelut istana Kelantan tidak berkisar dalam istana semata-mata kerana ia kini menjadi kes yang dibicarakan di mahkamah.
Gomo sebenarnya mempunyai pandangan yang mana boleh di katakan BIADAP keatas Tengku Farish Petra yang mana waktu ini telah pun di tabal selaku Sultan Kelantan yang baru.
Belum pernah lagi Gomo selama hidup ini mendengar ataupun mengetahui bahawa Seorang Sultan baru di lantik sebelum Bapanya meninggal dunia. Ini lah juga yang berlaku di negeri Kelantan negeri kelahiran Gomo yang mana Gomo juga berhak mempertikaikan mengapa Tuanku Ismail Petra yang masih lagi Hidup di nafikan haknya sebagai Sultan Kelantan?
Tuanku Ismail Petra masih hidup dan semakin beransur pulih dari penyakit yang di alami baginda. Mengapa perlu tergesa gesa untuk melantik Sultan baru? Kerajaan Negeri iaitu PAS beriya iya untuk mentabalkan Tengku Farish Petra sebagai Sultan Kelantan. KENAPA???
Dalam isu berkenaan juga Gomo tertanya tanya di mana Hak Sultan Kelantan yang termaktub dalam Perlembagaan yang menjelaskan Kerajaan Persekutuaan perlu menjaga Kuasa Sultan itu sehingga AKhir hayat baginda. Tetapi dalam kes Tuanku Ismail Petra ini?
Hal yang paling menarik pula bila Gomo juga di fahamkan bahawa Tan Sri Musa Hassam bekas Ketua Polis Negara Malaysia sekarang ini telah di lantik sebagai Penasihat Sultan Kelantan yang baru Sultan Farish Petra. Tahniah atas perlantikan tersebut, namun penjelasan isu Serangan UTK ke atas kenderaan Sultan Ismail masih belum terjawap dan waktu itu Tan Sri Musa Hassan lah Penyelia kepada Pasukan POLIS. Apa penjelasan nya?
Bukan nak menderhaka ke atas Sultan Farish Petra namun Gomo sebagai rakyat Kelantan ingin penjelasan sewajarnya di berikan ke atas isu ini. Tuanku Ismail Petra belum Meninggal Dunia, dan di mana kewajaran nya Baginda Tuanku di lucutkan Gelaran Sultan Kelantan?
Psssttt.... Lepas ni Gomo nak tanya pula PDRM apa keputusan siasatan Bekas Pengawal yang mati di tembak itu...senyap sunyi...pasal apa? game???
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com Read more...

