Malam tadi bertempat di Pusat Aktiviti Masyarakat Taman Ibu Kota Parlimen Wangsa Maju satu program Bahagian UMNO Wangsa Maju berjalan yang mana program ini menumpukan pendaftaran pengundi dalam Parlimen Wangsa Maju. Satu program yang di harapkan berkesan dalam mendaftarkan bilangan pengundi di Wangsa Maju ini.
Untuk makluman Barisan Nasional yang di wakili MCA pada pilihanraya ke 12 yang lalu telah tewas kepada PKR yang di wakili Wee Choo Keong yang sekarang ini MP Bebas. Kekalahan kerusi Wangsa Maju ini memberikan tamparan kepada seluruh jentera BN kerana sebelum ini Wangsa Maju tidak pernah tewas.
Menjadi iktizam seluruh jentera Barisan Nasional terutama UMNO Wangsa Maju dalam merampas semula kerusi Parlimen ini dengan mendaftarkan seberapa ramai pengundi baru bagi pilihanraya ke 13 akan datang.
Usaha yang di lakukan Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju Dato Shafei Abdullah ini di harapkan memberi impak kepada semua jentera BN yang ada dalam menyegerakan penambahan pengundi baru.
Untuk makluman semua sejak kekalahan BN pada PRU 12 yang lalu UMNO Wangsa Maju telah berjaya mendaftarkan pengundi baru yang akan membuang undi di parlimen Wangsa Maju seramai 3000 orang. Satu jumlah yang amat memberangsangkan dan satu kejayaan buat seluruh jentera BN Wangsa Maju.
Psssttt......Perjuangan belum selesai dan banyak tugas yang kita perlu laksanakan!!!!PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com
Read more...