
Dato AC Mizal
Pengarah Syarikat AC Mizal Konstorium
Khamis malam jumaat Gomo di jemput untuk menghadiri sesi Teh Tarik bersama dato AC Mizal di NZ Garden Kuala Lumpur yang mana sesi Teh tarik di adakan bagi menjelaskan kepada rakan rakan FB, blogger dan juga rakyat akan isu yang melanda AC Mizal di kebelakangan ini.
Kita mengetahui bahawa AC Mizal sekarang ini menjual Gelang Magnetic yang sehingga menarik ramai di kalangan artis menyertai bidang penjualan Gelang Magnetic ini.
Malam itu juga AC Mizal menjelaskan segala kekeliruan yang selama ini di lemparkan keatasnya sehingga menyebabkan perniagaan Halal yang di usahakannya terjejas. Banyak soalan yang di ajukan juga berjaya di jawap oleh AC Mizal dengan bersertakan bukti yang sahih dalam menangkis Fitnah pihak tertentu yang iri hati akan kejayaan Syarikat nya.

Saudara Armand Abu Hanifa Ketua Wira Perkasa Malaysia
Saudara Armand Abu hanifa yang mana kita tahu seorang NGO Bebas dalam membela hak hak orang Melayu dan Bumiputera juga hadir pada malam tersebut dan turut memberikan penerangan akan isu yang di bangkitkan oleh media media kebelakangan ini terhadap peniaga peniaga Melayu yang baru maju setapak seperti AC Mizal.
Armand pada itu turut menemplak akan sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak boleh lihat orang melayu lain lebih maju, dan bila lihat orang sesama bangsa lebih sedikit maka cepat cepatlah hendak di kapankan perniagaan tersebut. Itu lah sikap orang Melayu.
Armand dalam pada itu telah membuat semakan menyeluruh akan Tomahan yang di lemparkan ke atas Syarikat AC Konstorium yang di katakan melakukan Skim Piramid dan Skim Cepat kaya. hasil semakan yang di buat tidak langsung menunjukkan bahawa Syarikat AC Mizal menjalankan Skim Penipuan mahupun Kekayaan segera.
Syarikat AC Konstorium merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan Jualan iaitu menjual produk Gelang Magnetic yang mana ini merupakan perniagaan yang sememangnya jauh dari Tomohan yang di lemparkan iaitu skim MLM.

Dato AC Mizal juga turut mempamerkan surat daftar Syarikatnya yang di luluskan dan tidak sebagaimana Tomohan yang di lemparkan ke atasnya yang mengatakan Syarikat AC tidak berdaftar dan di jalankan secara Haram.

Ini juga satu lagi penjelasan AC Mizal berkenaan Darjah kebesaran yang di terimanya dari Negeri Pahang yang mambawa gelaran Dato. AC Mizal memberikan tontonan surat penganugerahan tersebut kepada hadirin yang hadir dan berkata beliau tidak mempercayai pada mula mula menerima surat Rasmi berkenaan namun setelah merujuk kepada SUK Negeri maka di sahkan bahawa Penganugerahan tersebut adalah benar dan bukan satu omongan Kosong.


Antara hadirin yang hadir dalam sesi Teh Tarik berkenaan meminta AC Mizal sendiri membuat Demonstrasi akan Gelang Magnetic yang menjadi isu hangat tersebut.
Gelang tersebut menipu kita?
ternyata tidak sama sekali, AC Mizal dalam waktu itu juga menjelaskan bahawa sihat dan sakit itu datangnya dari Allah SWT, kita yang hidup ini hanya berusaha dan menggunakan apa sahaja alternatif yang ada dalam melakukan rawatan.
Ternyata selesai demo berkenaan semua yang hadir menpercayai bahawa dalam Tomahan dan Fitnah yang di lemparkan ke atas AC Konstrium ini adalah satu hal yang berniat jahat dalam menjatuhkan usahawan yang baru menapak selangkah ke hadapan.
Untuk makluman semua sebelum AC Mizal dok sibuk jual gelang Megnetic ini Gomo dah 4 tahun jual Gelang ini di Uptown Danau Kota. Bermula dari Stainless Steel, Titanium, Tungsteen, Locket Steel malah sampai batu Gunung Berapi pun Gomo jual. Gomo tahu kebenaran barangan Megnetic tersebut dan Gomo yakin akan produk berkenaan.
Selepas Gomo berniaga dalam setahun maka muncullah satu syarikat Bumiputera yang menjual produk yang sama. Syarikat E-Dymium telah menjalankan perniagaan Magnetic ini sehingga waktu itu syarikat ini berjaya meraih kutipan jualan mencecah RM55 Juta.
Dan Syarikat E-Dymium ini lah juga yang melantik AC Mizal menjadi Duta mereka dalam meluaskan pasaran Gelang Magnetic tersebut. Di Sini ada petikan Akhbar AC Mizal di lantik Duta Syarikat E-Dymium
KLIK DI SINITapi mengapa semua yang menyerang AC Mizal dan melemparkan Fitnah ke atasnya tidak pernah bertanyakan akan hal yang serupa kepada Syarikat E-Dymium waktu perniagaan mereka mengaut keuntungan Jutaan ringgit? Mengapa bila sekarang ini AC Mizal pula yang menjual produk yang sama maka AC Mizal di labelkan sebagai Penipu?
Gomo akan cerita panjang lebar lagi dalam isu E-Dymium ini di lain hari kerana terus terang Gomo katakan AC Mizal meminta Gomo menolong beliau dalam menjelaskan kepada mereka yang berfikiran negatif ke atas Syarikat AC Mizal ini untuk membuka mata dalam melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Gomo bukan nak Kencing sana sini menegakkan benang yang basah namun Pengalaman Gomo dalam meniaga Gelang megnetic ini lebih lama dari E-Dymium dan juga AC Mizal Konstorium. Atas sebab pengalaman Gomo lah maka Gomo tahu mana yang benar dan mengapa isu ini timbul.
Apa yang pasti ini lah DENDAM orang Melayu yang mana dulunya menagih sumbangan AC Mizal dalam melariskan perniagaan mereka dan bila AC Membuka sendiri perniagaan tersebut maka pihak itu lah juga yang menabur fitnah bagi menghalang AC Mizal dari berjaya.
Papa Diva
Psssttt.....Busuknya Syarikat lama Ac Mizal.....isy isy isy.....PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com
Read more...