PANAS - Haji Hadi Puji Melambung MAHA 2010 Yang Di Anjurkan Kerajaan
Wednesday, December 1, 2010
Tapak Khemah Yang Di Sediakan
Bas PERCUMA juga di sediakan buat pengunjung
Pengunjung Luar Negara Yang Hadir
Kaum India juga tidak ketinggalan mengunjugi MAHA kali ini
Dato Seri Noh Bin Omar
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Dato Sohaimi Shahadan
EXCO Pemuda UMNO Biro Ekonomi
Tun Abdullah Badawi dan Isteri Tun Jane
Apa yang di bualkan oleh Tun Abdullah Badawi Mantan Perdana Menteri
kepada Dato Seri Noh Omar
Demonstrasi Mengoreng Goreng Pisang
dengan hanya menggunakan Tangan
Seketeriat bergambar kenangan bersama Tun Abdullah Badawi
dan Dato Seri Noh Omar di hadapan pintu masuk MAHA
Dalam lawatan semalam juga Gomo terserempak dengan Haji Hadi Awang Presiden PAS yang turut hadir bersama isteri beliau. Malah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa juga turut hadir dalam MAHA International ini.
Gomo sempat bertanya kepada Tuan Haji Hadi Awang apa komen mengenai MAHA yang di anjurkan ini dan ternyata satu jawapan yang positif telah di berikan oleh Haji Hadi bila menyatakan:
" bagus ekspo sebegini rakyat banyak mendapat pendedahan dalam pertanian"
Gomo juga di fahamkan bahawa Haji Hadi yang hadir amat kagum dengan setiap genap penerangan pertanaian yang telah di sampaikan melalui Kiosk Kiosk agensi Kerajaan. Masakan tidak Haji Hadi sanggup melawat ke Ekspo MAHA ini jika tidak mengkagumi keberkesanan kerajaan Malaysia dalam membantu Rakyat Malaysia.
Terima Kasih Haji Hadi dan Ustaz Nasha atas lawatan ke Program Kerajaan BN.
Tun Abdullah Badawi juga hadir dalam MAHA kali ini bersama isteri beliau Tun Jane Abdullah. Banyak juga gerai perniagaan yang di kunjungi Pak Lah dan isteri dengan di temani Dato Seri Noh Omar.
Dalam lawatan tersebut juga rata rata para peniaga yang menyewa Kiosk di sana amat berpuas hati dengan hasil jualan malah ada gerai yang sudah kehabisan barang jualan mereka walaupun tempoh terakhir perniagaan disana adalah pada 5 hb Disember ini. Masyukkkk...he he he
Dato Seri Noh Omar yang ada di sana juga amat berpuas hati dengan para pengunjung yang hadir. Malah Dato Seri Noh Omar juga menyatakan bahawa MAHA International ini berjaya menghasilkan minat yang mendalam buat orang orang muda menyertai bidang berasaskan pertanian yang sememangnya mendatangkan keuntungan kepada mereka yang benar benar berusaha.
Dalam siri lawatan semalam Gomo juga sempat singgah di Kiosk Aduan Biro Ekonomi Dato Sohaimi Shahadan. Kiosk yang di wujudkan oleh Biro Pemuda ini sungguh efektif sama sekali kerana membantu para usahawan yang mengalami masaalah menyuarakan aduan secara terus kepada Biro Pemuda UMNO.
Gomo pulang dari MAHA kira kira jam 8 malam dan ternayata satu pengalaman menarik dalam kunjungi MAHA ini. Ternayata Kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat Malaysia tampa mengira Kaum dalam menghasilkan usahawan yang berjaya dalam bidang yang di ceburi.
Gomo juga sempat mengikuti penerangan yang di sampaikan oleh Jabatan Perikanan dalam menjadi usahawan Ternakan Ikan Hiasan. he he he...ada lah minat sikit dengan Ikan Arowana tu..huhuhu...
Apa sekalipun MAHA International 2010 yang di anjurkan ini adalah satu penganjuran yang SUKSESS dan Terima kasih buat kerajaan Malaysia yang peka kepada Usahawan dan juga bakal Usahawan.
MAHA International akan tamat pada 5hb ini dan masih ada lagi kesempatan buat kita rakyat Malaysia untuk hadir kesana. Gomo juga akan ke sana membawa keluarga jika tiada apa apa tugasan. Jom kita ke MAHA 2010 bertempat di UPM Serdang.
LAGI GAMBAR GAMBAR MENARIK KLIK DI SINI
Psssttt....Memang sempoi MAHA ni....Patut Hadir bersama Keluarga.
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com