Wajib Baca - Sepetang Bersama D.S. Nazri Aziz Dalam Isu Namewee Babi Tonyok
Thursday, December 2, 2010
Hari ini Gomo bersama rakan Blogger GAP, Keris Putra di bawa oleh saudara Armand ketua Wira Perkasa di bawa ketemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz di Parlimen.
Kunjungan julung kali bertemu Dato Seri Nazri Aziz adalah bertujuan untuk bertanyakan sendiri isu Namewee yang mana kenyataan D.S.Nazri pada minggu yang lalu nampaknya telah melepaskan Namewee secara bulat bulat tampa penghukuman yang sewajarnya atas kebiadapan Namewee.
D.S. Nazri dalam menjawap soalan kami para Blogger menyampaikan mukadimah yang amat jelas sama sekali bila beliau menyebut peranan beliau dan tugas tugas yang perlu di pertanggungjawapkan kepada beliau oleh Perdana Menteri yang mana tugas beliau berkaitan dengan Undang undang.
Dalam isu Namewee D.S. Nazri Aziz jelas menyatakan Video Klip Namewee yang mengkutuk dan menghina Pengetua Sekolah di Johor adalah satu bentuk serangan peribadi dan ianya bukanlah melibatkan serangan terhadap kerajaan mahupun orang Melayu. Dalam kes ini Pengetua Sekolah yang di hina Namewee juga tidak membuat sebarang laporan Polis ke atas Namewee dan apabila ini berlaku maka pihak Polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas Namewee.
Beliau D.S.Nazri menyatakan hal ini mengikut Undang undang dan bukanlah atas peribadi beliau. Jika di ikutkan hati sudah lama Namewee di tahan namun Undang Undang yang menjadi keutaman dalam apa cara sekalipun. Tiada guna menangkap Namewee dan menuduh di Mahkamah jika akhirnya tampa bukti yang cukup maka akhirnya Namewee akan terlepas. Dan bila ini berlaku maka Namewee akan menjadi lebih Popular dan tidak mustahil Namewee akan di angkat menjadi HERO kelak.
Gomo berpuashati dalam kenyataan yang di nyatakan oleh D.S.Nazri Aziz dalam isu Namewee ini. Benar jika di ikutkan hati nak saja kita Tangkap dan Sumbat Namewee ni dalam penjara. Namun jika tiada Bukti bila terlepas kita juga akan susah dan akhirnya Namewee akan menjadi Hero pujaan kepada yang lain dan akan menjadi Ikon bagi mereka yang baru pula dalam hal ini.
Blogger GAP bertanyakan isu mengenai Pengetua yang di gantung atas isu Namewee ini dan juga Guru di Kedah serta pegawai BPN yang juga di gantung tugas.
D.S. Nazri Aziz memberikan penerangan kepada kami untuk di sampaikan kepada semua rakyat bahawa Pengetua, Pegawai BPN dan Guru sekolah di gantung adalah kerana mereka merupakan penjawat awam. Iaitu mereka berkerja dengan Kerajaan dan menjadi kewajipan bagi mana mana kakitangan kerajaan yang menghadapi siasatan Tatatertib untuk di Gantung tugas Ataupun menukar mereka ke bahagian yang lain.
Untuk makluman juga dalam isu Pengetua sekolah di Kulai Johor satu panel penyiasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat isu yang di bangkitkan itu. Manakala Guru di Kedah pula di tukarkan ke bahagian Pejabat yang mana tidak melibatkan dengan para pelajar. Begitu juga dengan Pegawai BTN.
Blogger Keris Putra pula dalam soalannya meminta D.S.Nazri Aziz menjelaskan isu Namewee yang di biarkan mengadakan Konsert jelajahnya seluruh Malaysia.
D.S. Nazri Aziz menyatakan bahawa bidang kuasa berkenaan terletak di bawah kuasa KDN yang mana jika KDN mendapati Konsert Namewee itu memberikan satu Kententeraman Awam tergugat maka boleh di ambil tindakan. Dalam kenyataan itu juga D.S. Nazri Aziz menjelaskan bahawa Polis kita memang memantau segala yang di lakukan oleh Namewee dan jika terdapat kesalahan dan ianya boleh di tangkap maka Namewee akan di tangkap!
Pihak SKMM mempunyai bidang tugas yang besar dalam isu Namewee ini namun tampa laporan Terhadap Namewee bagaimana Kerajaan hendak bertindak? Itu lah sebab nya pihak kerajaan tidak berupaya untuk menangkap mahupun mendakwa Namewee. Melainkan Pengetua Sekolah yang di Hina Namewee membuat laporan Polis.
Selesai isu Namewee dan Kami para blogger berpuas hati dengan penjelasan isu Namewee ini kerana faham akan tugas D.S. Nazri Aziz yang menyatakan dengan jelas bahawa Jika Tangkap Namewee tampa mempunyai alasan dan bukti yang kukuh dan apabila di mahkamah nanti Namewee menang dan bebas apakah kita akan dapat berpuas hati? Maka elok lah juga kita membiarkan Namewee membuat hal nya sehingga satu masa dia akan melakukan kesilapan dan masa ini lah baru kita menggunakan setiap ruang yang ada dalam membawa Namewee ke muka pengadilan.
Banyak lagi isu yang kami para Blogger bincangkan bersama D.S. Nazri Aziz. Lebih kurang 2 jam sesi soal jawap kami tadi dan semuanya berjalan dengan lancar. Dalam sesi tadi juga ada satu elemen kejutan buat semua Rakyat khusunya Pakatan Pembangkang! Hehehe....
Nak tahu apa yang di katakan Nazri Aziz mengenai parti Pembangkang? Nantikan artikel susulannya di lain waktu.Gomo cuma boleh ulas sikit sahaja apa yang D.S. Nazri Aziz nyatakan:
" Kepala Wan Azizah Kilang TAIK LEMBU"
Hua hua hua.....
KEMPEN LUDAH NAMEWEE TETAP DI TERUSKAN
Psssttt....D.S. Nazri Aziz jujur dan terbuka dalam kenyataan nya! Nantikan artikel GAP dan Keris Putra pula.... Read more...





