PAPADIVA - Ac Mizal Punya Cerita Dalam Kain Lah Pulak
Tuesday, December 7, 2010
Gambar Sewaktu Ac Mizal menjadi Duta kepada
Syarikat Edymium syarikat yang mana menjual
Gelang Magnetic.
ANDA MASIH INGAT?
Tuduhan Dan jawapan AC Mizal
1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000
Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.
2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.
4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.
Sumber Harian MetroGomo dah mengeluarkan 3 artikel sebelum ini berkaitan kemelut yang melanda Peniaga Melayu yang sedang meningkat naik iaitu Dato AC Mizal. Gomo juga dah nyatakan sebelum ini bahawa Perniagaan AC Mizal bukanlah satu perniagaan yang menjalankan penipuan dan juga merupakan Skim Cepat kaya sebagaimana yang telah di nyatakan oleh mereka yang sebenarnya mempunyai perasaan cemburu dan iri hati kepada para peniaga Melayu yang baru hendak Maju.
Ini jawapan yang di keluarkan dalam Harian Metro dan Gomo pinta kepada mereka yang masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan Ac Mizal untuk menghantar komen kepada Gomo dalam artikel ini.
Ops...sebelum itu Gomo juga nak maklumkan bahawa Gomo sudah pun mengetahui siapa saudara Muhd Aidid yang mula mula sekali mengeluarkan artikel Fitnah demi Fitnah yang telah di lemparkan ke atas Ac Mizal.
Buat Syarikat Lama yang menjadikan Ac Mizal Duta mereka Eydmium di harapkan agar menambah Elaun Fitnah kepada Blogger anda itu kerana tidak di nafikan Blogg Muhd Aidid berjaya menfitnah Ac Mizal dengan jayanya sekali.
Buat Edymiun juga Gomo mengucapkan Takziah kerana perniagaan anda yang juga menjual gelang Magnetic telah mengalami kerugian selepas Ac Mizal meninggalkan syarikat anda sebagai Duta. Jangan marah jika seorang Melayu hendak berniaga maju sikit janganlah di cantas.
Muhd Aidid sila minta lebih lagi elaun Fitnah anda dari Edymium jangan sama seperti Ac Mizal yang akhirnya kena Kencing bersepah oleh Majikan anda yang sama...huhuhu....
Buat Pembaca..emmm memang stail Gomo suka keluarkan artikel dan kemudiannya akan sambung di lain waktu. Dan artikel selanjutnya nanti akan Gomo dedahkan Siapa Muhd Aidid ini dan apa no keahlian nya dalam Edymium.
Opsss...tak lupa juga Gomo akan dedahkan bagaimana Blogg Muhd Aidid ini di bena bagi Menfitnah Ac Mizal.....he he he...
Edymium dan Muhd Aidid? Tragedi Oktober satu Sejarah!!!
Psssttt....Hebat juga Gomo buat penyiasatan...ha ha ha....masak masak
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com Read more...




