Ketua Peguam Negara Double Standard

Thursday, December 9, 2010


Tajuk hadapan berita Harian yang mana di sertakan dengan gambar AG Tan Sri Ghani Patail dan gambar kecil Dato Seri Khir Toyo.

Gomo sebenarnya agak terkilan dengan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail yang mana mengeluarkan satu kenyataan Double Standard dalam kes Khir Toyo ini.

Umum mengetahui Dato Seri Khir Toyo telah pun di dakwa oleh Mahkamah oleh SPRM atas pembelian Rumah dan Tanah. Ok, itu memang kita tak boleh nak ulas kerana Kes dalam perbicaraan Mahkamah. Tetapi kenapa sebelum ini Ghani Patail tidak pernah SEKALI pun menegur Anwar Ibrahim?

AG seharusnya menegur si Anwar Ibrahim yang mana Kes Liwat nya habis di jaja bukan sahaja dalam Malaysia malah ke serata dunia. Malah campur tangan luar juga semakin menjadi jadi dalam kes Liwat Saiful Bukhari.

Apa AG Buta atau buat buat tak nampak apa yang si Anwar Ibrahim lakukan ke atas sistem Kehakiman negara?

Kalau lah si AG nak menegur Khir Toyo pun, sepatutnya lihat keliling dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Sekarang ini kan dah kena batang hidung sendiri.

Harap selepas ini AG keluarkan kenyataan agar Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi Pertuduhan Kes Liwat agar tidak menyalak ke sana ke sini dalam apa apa medium sekalipun. Itu pun kalau si AG ada Telor!!!

Lagi artikel mengenai AG yang Dauble Standard KLIK Blogg RBF

Psssttt.....Dengan Anwar Ibrahim AG Kecut, harapkan Blogger je Berani lawan Anwar Brahim ni!

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

YB Rembau Bakal Timbalan Menteri Keewangan???

Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno buat catwalk

Kecoh hari ni sana sini kata KJ Ketua Pemuda UMNO akan di lantik timbalan Menteri Keewangan. Emmm Timbalan Menteri Keewangan?

Ada yang marah? Ada yang Bising?
Harap Fokus PRU13
Tu matlamat kita
bukan nak BUNUH sesama kita.

Meh Baca Selanjutnya
KLIK DI SINI

Psssttt..Pergh..KJ juga boleh jadi Model....he he he

Lagi Gambar KJ bergaya Sakan
KLIK DI SINI

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

TOLONG!!! Bantu Pelajar M'sia Yang Sedang Merempat Di Mesir


http://2.bp.blogspot.com/_4aKWlVSwWKI/TP-Oifa04gI/AAAAAAAAACU/5CKGiQL9e8Y/s1600/icon+tabung2.jpg


Rentetan dari rungutan dan masalah kewangan tahap kritikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Islam seberang laut khususnya yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dengan pengkhususan dalam bidang professional seperti perubatan, farmasi dan pergigian yang gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa kerajaan.


Kebanyakan dari pelajar terbabit adalah pelajar-pelajar pintar Islam yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di IPTA didalam Negara.

Maka PPIM beserta badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak ketuanan Melayu dan Islam mengambil pendekatan drastik dengan menubuhkan TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN dibawah kendalian bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan NGO-NGO prihatin yang lainnya.

OBJEKTIF
I. Menubuhkan tabung dan mengadakan kutipan sumbangan dari semua sumber dimana dana yang terkumpul akan disalurkan untuk membantu pelajar-pelajar yang akan dikenalpasti oleh secretariat TABUNG KPI.

II. Memastikan pelajar yang berpotensi tidak terganggu pelajaran mereka disebabkan masalah kewangan yang dihadapi dalam masa proses pembelajaran mereka sedang berjalan.

VISI
I. Melahirkan ramai professional Melayu yang memiliki akhlak terpuji dan memiliki asas kukuh dalam pendidikan Agama.

II. Meramaikan professional yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu termasuk sains dan teknologi dan seterusnya mengimbangi bilangan professional bukan melayu yang ternyata lebih ramai dari professional Melayu yang ada dinegara kita buat masa ini.


DATA RASIONAL

Jumlah pelajar yang belajar di Universiti yang terdapat di Mesir kini ialah seramai 6440 orang.

Pecahan dari jumlah tersebut :-

Tajaan Jumlah

JPA 668 pelajar
MARA 936 pelajar
Amanahraya 52 pelajar
____
Jumlah 1656 pelajar
====
Baki seramai 4784 orang adalah pelajar persendirian tanpa tajaan mahupun biasiswa dan pinjaman kerajaan.

Dari sejumlah 4784 orang pelajar tanpa tajaan mahupun biasiswa kerajaan lebih dari 2000 orang pelajar mengambil jurusan dalam bidang professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi.




Berdasarkan carta yang diberikan ratio professional melayu dan bukan melayu ternyata tidak seimbang dan memerlukan remedi kalau perbandingan berdasarkan jumlah pecahan penduduk diambil kira.

Terdapat lebih dari 2000 pelajar melayu yang menuntut dalam jurusan Professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi dengan biaya persendirian pada masa kini bertaburan disekitar Universiti di Mesir.

DAN KEBANYAKAN DARI MEREKA INI YANG PADA AWALNYA DIBIAYAI OLEH KELUARGA DAN KINI BERADA DITAHUN KEDUA DIUNIVERSITI TERBABIT BERADA DALAM SITUASI KEWANGAN YANG AMAT KRITIKAL DAN MEMBIMBANGKAN.

Dari jumlah yang disebutkan seramai 500 pelajar dari jurusan professional berada pada tahap yang amat kritikal dan memerlukan sokongan kewangan dalam bentuk tajaan maupun pinjaman. Dimana sekiranya bantuan kewangan tidak dapat disalurkan pada kadar segera mereka ini terpaksa berhenti belajar dan pulang ketanah air dengan perasaan hampa dan kecewa. MEREKA AKAN PULANG KENEGARANYA BUKAN KERANA GAGAL DALAM PELAJARAN TETAPI BANGSA DAN KERAJAANNYA GAGAL MEMBANTU MEREKA. DIKALA ITU DIMANA MARUAH KITA.


APAKATA PERLEMBAGAAN KITA?

1: TUNTUTAN PERLAKSANAAN WAJIB PERKARA 153(1); 161A(4).

Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak …
i) Di bawah 153(2)..mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, dan..

ii) mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya..

iii) atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan;

iv) 153(3) bagi menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain ke istimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas;

v) Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud itu;

vi) kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan…atau;

vii) kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu…

viii) hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna…
(Nota: Perkataan Cina dan India tidak ada dalam Perlembagaan).

ix) BAHAWA khususnya Biasiswa yang berkaitan adalah dibawah kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai pemilihara dan pemegang AMANAH/KASTODIAN menjaga kepentingan ketuanan KE RAJAAN Melayu.


RUMUSAN

Selepas diteliti dengan begitu rapi dan diperhalusi dengan hati budi yang luhur kita dapati orang melayu seperti menumpang ditanah air sendiri. Bakat dan minda yang baik bukan lagi jaminan untuk memastikan kejayaan mendatang. Tanpa sokongan kewangan yang kukuh kita tidak akan kemana-mana.

Walaupun perlembagaan kita jelas akan hak keistimewaan melayu yang perlu dipertahankan. Tetapi tanpa sokongan dan dokongan dari mereka yang diamanahkan ianya tidak akan kemana.


Kita semakin hampir menjadi Negara maju, tetapi jarak kita dari segi ilmu dan pendidikan dengan bangsa lain semakin ketara dan tertinggal.

Justeru itu, tiada lagi jalan pintas bagi kita, yang diamanahkan membela bangsa leka dengan kejayaan dan kekayaan diri. Hingga lupa peranannya menjaga pewaris bangsa. Yang tinggal hanyalah segelintir melayu yang sayangkan bangsa dan sayangkan Negara tetapi tiada berharta. Namun digagahinya jua demi maruah dan martabat yang ada.

Maka menyedari kelemahan itu, bangkitlah bangsaku, bersatulah kita membantu anak-anak kita yang bijak yang berada diluar Negara menuntut ilmu. Mereka perlukan bantuan kita. Sumbanglah seberapa yang ada ke TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN. Biarlah anak-anak kita disana menuntut ilmu dengan tenang dan balik dengan segulung ijazah. Mereka adalah pewaris kesinambungan ketuanan melayu. Biarlah kita berhabis dahulu agar bangsa kita tidak merempat ditanah air sendiri.

Sumber Persatuan Pengguna Islam Malaysia

GOMO: Semalam Gomo bersama Armand Ketua Wira Perkasa berjumpa dengan wakil PPIM ini yang mana menceritakan permasaalahan yang di hadapi oleh para pelajar kita di Mesir. Perbualan kami semalam banyak berdasarkan Fakta fakta seperti di atas yang mana menunjukkan bagaimana sengsara nya para pelajar kita ini yang ingin menuntut ilmu.

Gomo tidak mahu ulas panjang akan hal ini cuma apa yang Gomo pinta pihak Kerajaan segeralah tampil dalam menyelesaikan kemelut para pelajar kita di Mesir ini. Bantuan dan sokongan amatlah di harapkan sama sekali dan perlulah di segerakan.

Untuk makluman semua juga pada jam 2 petang ini satu sidang Media di adakan di antara Saudara Armand Abu hanifa Ketua Wira Perkasa dan juga PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) bertempat di Cafe Sembang LG The Mall.

Jam 2 petang ini juga akan di adakan Pelancaran Tabung Kecemasan untuk 2000 Pelajar Mesir yang tidak mendapat sebarang tajaan dalam melanjutkan pelajaran mereka dalam Perubatan.

Gomo mengharapkan agar kita umat Islam di Malaysia ini membantu semampu yang boleh dalam meringankan beban para Pelajar kita di Mesir ini.

SEGERAKAN BANTUAN

Psssttt.. Kata dah Ok tapi Pulusnya tak sampai macam mana?


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP