Mari Baca Kebodohan SPRM, PDRM,KDN, KDRM, UPP,KPDN Di Sarawak
Monday, December 13, 2010
Gula merupakan satu barangan penting dalam kehidupan masyarakat baik di mana sahaja. Malah isu Gula yang sering berlaku di Malaysia ini juga tertumpu mengenai kenaikan harga Gula dan Kehabisan bekalan Gula di pasaran.
Gomo tinggal di Kuala Lumpur dan rasanya setakat ini tidak pernah mengalami ketiadaan bekalan Gula. Namun lain jadinya di kawasan kawasan pendalaman dan negeri negeri tertentu, masaalah kehabisan Gula menghantui para penduduk di kawasan tersebut.
Bila Gula naik harga maka Kerajaan Barisan Nasional di persalahkan, Malah bila Gula kehabisan bekalan pun kerajaan BN di persalahkan walhal hakikatnya tidak sebegitu. Namun itulah risiko yang perlu di tanggung kerajaan Pemerintah.
Isu Penyeludupan Gula juga merupakan Faktor utama dalam Ketiadaan Bekalan Gula dalam pasaran dan kali ini Gomo ingin mendedahkan satu laporan yang Gomo terima akan Penyeludupan Gula yang berlaku di pintu masuk (CIQ) Tebedu Sarawak.
Di laporkan setiap hari kira kira Lima Kontena Gula di bawa keluar dari Sarawak masuk ke Indonesia oleh syarikat Lian Ham Seng Sdn Bhd yang merupakan pemegang Lesen pembekalan Gula dan Beras dengan harga Subsidi dari Kerajaan. Purata Lima Kontena setiap hari di seludup masuk ke Indonesia dengan jumlah purata Hasil penyeludupan kira kira RM5.25 juta sebulan yang mana setahun meraih keuntungan RM63 Juta.
Bagaimana pihak penguatkuasa speerti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri boleh terlepas pandang akan penyeludupan Gula yang berlaku di Tebedu Sarawak ini? Apakah tiada laporan mengenai kegiatan tersebut?
PEMBOHONG jika pihak KPDN tidak menerima sebarang laporan mengenai Kegiatan penyeludupan Gula ini kerana apa yang Gomo di fahamkan sudah berpuluh Laporan akan penyeludupan ini di sampaikan kepada pihak KPDN baik secara Lisan, Talifon ataupun surat rasmi. Namun tidak ada langsung tindakan susulan dari Menteri yang bertanggungjawap dalam memastikan aktiviti penyeludupan ini di Gagalkan.
Bukan sahaja KPDN Gagal dalam melaksanakan tugas membanteras penyeludupan Gula ini malah pihak KDRM yang sepatutnya menghalang perbuatan penyeludupan Gula ini juga terbabit sama dan boleh Gomo andaikan pihak Kastam juga bersubahat dalam aktiviti penyeludupan Gula ke Indonesia ini. Mana mungkin penyeludupan sampai Lima Kontena setiap hari boleh Lepas begitu sahaja?
Macam mana bekalan Gula tak kurang di pasaran apabila sebuah Syarikat yang mendapat lesen pembekalan Gula dengan harga Subsidi Kerajaan telah melakukan Pengkhianatan dengan Menyeludup keluar Gula ke Indonesia. Rakyat Malaysia yang sepatutnya mendapat nikmat dari Subsidi kerajaan dan bukannya Rakyat Negara Indonesia.
Siapa dalang penyeludupan Gula di Pintu masuk Tebedu Sarawak? Agak memeranjatkan bila nama pihak Polis di kaitkan dengan orang utama di belakang Tabir penyeludupan Gula ini. Seorang pegawai Polis berpangkat SUPT bernama Henry Chua Chiaw Soon lah merupakan Mastermind dalam aktiviti Haram ini yang mana turut di bantu oleh Leonard Sabu yang bertindak sebagai Runner.
Laporan mengenai salah laku Pegawai Polis ini dalam aktiviti penyeludupan Gula juga telah di hantar kepada PDRM namun sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan di buat oleh PDRM dalam menyiasat pegawai Polis berpangkat SUPT ini. Kenapa tidak di jalankan siasatan ke atas mereka?
Jangan lah kerana Tebedu di Sarawak merupakan satu pendalaman maka pihak Berwajib yang sepatutnya melaksanakan kewajipan dalam membanteras penyeludupan ini membiarkan ianya berleluasa tampa sebarang tindakan. Ini jelas merupakan satu pengkhianatan kepada negara Malaysia.
KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan perang ke atas semua pihak yang menyumbang kepada masalah kekurangan gula di pasaran dengan tindakan menarik lesen serta-merta jika mereka termasuk pemborong menyorok bekalan atau bersubahat dengan penyeludup.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pihaknya tidak mahu lagi berkompromi memandangkan isu kekurangan gula tidak sepatutnya timbul.
Antara langkah yang telah diambil ialah meminta Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) memperketatkan kawalan sempadan untuk menyekat stok gula dijual di negara lain.
“Kita memang serius. Sesiapa yang terlibat (menyorok atau menyeludup gula), tidak ada ampun.
“Bila kita tangkap, kita tarik lesen. Siapa yang telah menyusahkan rakyat, bagi saya dia tidak ada hak untuk merayu,” tegasnya selepas merasmikan penutupan majlis Memperkasakan Integriti Untuk Menentang Rasuah di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, pada Isnin lalu, pihaknya telah mengadakan satu mesyuarat bersama UPP dan KDRM dan hasilnya ketiga-tiga pihak akan bekerjasama mengelak stok gula diseludup ke luar negara.
“Kita tiada kuasa kawal sempadan, sebab itu KDRM dan UPP bersetuju untuk membantu,” katanya.
Petikkan dari AKhbar Kosmo bertarikh 8 Ogos 2010:
Emmm Tu kenyataan Tegas Menteri KPDN..... Dalam isu penyeludupan Gula di Tebedu ini Gomo tidak mahu menyalahkan Pak Menteri kerana isu berkenaan melibatkan dengan semua pihak dan Agensi. Cuma kita pinta Pak Menteri mengkotakan Janji nya yang akan menentang Penyeludupan Gula ini habis habisan.Gomo akan susuli artikel mengenai Penyeludupan Gula di Tebedu Sarawak ini di lain waktu. Dan di kesempatan ini Gomo pinta pihak SPRM yang telah menerima aduan berkenaan penyeludupan Gula dan Rasuah mereka yang terlibat ini menjalankan tugas dengan lebih cekap dan bertanggungjawap.
Pihak KDN,SPRM,KPDN dan PDRM sepatutnya menjalankan siasatan ke atas pegawai Polis berpangkat SUPT dalam aktiviti penyeludupan gula ini. Jangan cuba melindungi mereka yang menjadi Pengkhianat kepada negara.
Pihak KPDN sewajarnya membatalkan atau menggantung lesen pembekalan Gula syarikat Lian Ham Seng Sdn Bhd di atas penglibatan syarikat berkenaan dalam aktiviti penyeludupan Gula. Pihak KPDN usah berdolak dalih jika menyatakan tidak menerima sebarang laporan dalam penyeludupan ini kerana sudah setahun aktiviti penyeludupan ini di laporkan.
Akhir sekali buat Kerajaan Barisan Nasional, Ingatlah anda merupakan parti yang mentadbir Malaysia ini dan termasuklah juga di Tebedu Sarawak yang mana BN merupakan Pentadbir. Isu Gula merupakan satu hal yang sensitif waktu ini dalam kehidupan rakyat Malaysia dan bila kita sebagai Kerajaan Malaysia GAGAL menghalang penyeludupan Gula ke negara Indonesia maka rakyat di kawasan yang mengalami kehabisan bekalan Gula tidak akan menyalahkan mana mana pihak lain selain dari Kerajaan Barisan Nasional.
Gomo nak berkongsi sedikit cerita berkenaan GULA yang berlaku di sebuah pendalaman. Cerita ini di sampaikan oleh rakan Gomo yang ada di tempat kejadian:
Seorang peniaga kedai makan mengeluh di depan para pelanggan nya akan ketiadaan Gula di pasaran. Dalam waktu keluhan itu juga seorang pelanggan nya berkata:
"Gula Naik BN punya kerja, Gula takda pun BN lah jugak punya kerja"
Para pelanggan yang ada di dalam kedai hampir kesemuanya mengganguk tanda setuju dengan pendapat lelaki tadi. Malah Tuan punya kedai yang mengomel akan kehabisan Gula beredar dengan caci maki kepada BN kerana ketiadaan Gula.
Walhal hakikat yang sebenar akan ketiadaan Gula di pasaran ini adalah kerana Penyeludup yang menjadi Pengkhianat kepada Negara Malaysia ini. Itu lah yang sepatutnya kerajaan Barisan Nasional lakukan dengan mengerahkan segala kekuatan yang ada dalam membanteras penyeludupan seebegini.
Harap Tindakkan susulan dalam isu Penyeludupan Gula di Tebedu Sarawak dapat di ambil SEGERA oleh SPRM, KDN, PDRM, KPDN, UPP dan juga KDRM
Psssttt...Rasuah dapat Rm50 ribu si Tauke penyeludup untung berjuta juta, tak ke BODOH tu namanya...
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com Read more...


