PRK Tenang - Belum Lagi Kebumi Dah Sibuk Cerita Siapa Nak Jadi Calon!!! Khak Ptuih!
Saturday, December 18, 2010
Sekadar Gambar Hiasan
16 Hb Khamis malam kecoh dalam Twitter, FB dan Blogg yang mengesahkan kononnya Adun Tenang Datuk Sulaiman Taha telah meninggal dunia. Desas desus ini di mulakan oleh si Sam Ketot atau nama samarannya Shamsul Iskandar.
Kecoh malam itu dan Gomo yang tidak ada kena mengena dalam isu Kematian ini pun mendapat tidak kurang dari 50 panggilan talifon dari rakan rakan malah ada pihak akhbar juga bertanyakan soalan yang sama. Fuh...Letih nak menjawap.
Namun akhirnya Gomo pergi sendiri ke Hospital Ampang Puteri bagi melihat dengan jelas apa yang telah tersebar di medium Maya dan juga buah mulut seluruh rakyat Malaysia. Jelas sekali bila Gomo sampai Adun Tenang Datuk Sulaiman Taha belum lagi meninggal dunia namun keadaannya tenat.
Gomo berada di sana dari jam 12.15 pagi, dan pada jam 1.15 pagi sewaktu Gomo sedang berada di Luar Hospital sedang menghisap ROKOK(Nik Ajis Kata Haram) Dato Nasir Safa yang waktu itu bersama dengan Gomo dan yang lain telah mendapat panggilan talifon dari kenalan yang sedang berada di Wad bahawa Dato Sulaiman Taha baru sahaja menghembuskan Nafasnya yang terakhir jam 1.10 pagi.
Gomo tidak mahu ulas apa yang berlaku mengenai Blogg blogg dan rakan rakan yang mengeluarkan cerita Adun Tenang meninggal dunia. tapi Gomo amat tertarik selepas jam 2 pagi yang mana bukan main kecoh Juak Juak Pakatan di dalam Facebook lobi melobi siapa yang layak bertanding di Dun Tenang.
Arwah belum lagi di Kebumi dah sibuk cerita siapa layak jadi Calun!!!
Ada perdebatan di antara Juak PAS dan PKR yang masing masing mahukan pemimpin parti mereka bertanding di Tenang. Bukan main kecoh juak PAS dan PKR ini masing masing tidak mahu kalah.
Penyokong PAS kata kerusi Dun Tenang adalah milik mereka manakala PKR pula dengan sinis kata Kalau letak PAS asyik kalah buat apa. Fuh memang lain maca lah depa ni. PAS nak PKR pun nak. Jadi siapa yang layak? PAS atau PKR?
Gomo pun takda mood sangat nak menulis tapi kalau tanya Gomo apa pendapat dalam menentukan calon yang layak untuk Dun Tenang maka Gomo akan Sokong Calon PAS di letakkan di situ bagi menentang calon UMNO. Sebab PKR tak layak bertanding di situ kerana tidak punya pemimpin yang berkaliber.
Ops...Tapi ada syarat!!! he he he, Gomo mahukan Mazlan Aliman presiden ANAK yang selama ini bukan main hebat menentang FELDA!!! Mazlan Aliman ini juga merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Johor dan Sekarang ini merupakan Ahli Majlis Tertinggi PAS Pusat. Kira kuat lah pengaruhnya tu dalam Komposisi PAS.
Si Mazlan Aliman ni pulak anak buah kepada Din Pudu, So ada lah harapnya si mazlan Aliman ni dapat bertanding di Dun Tenang!!! Selama ini pun yang si Mazlan Aliman dok keluar dalam Paper dan TV semata mata nak jadi Calon PRU13. So tak payah tunggu sampai PRU 13 nanti PRK Dun Tenang ni si Mazlan Aliman dah boleh bertanding.
Emmm Tu pendapat Gomo lah kalau pihak PAS dan PKR nak dengar. He he he, Apa apa pun kena tunggu apa jawapan SPR dalam isu kerusi Dun Tenang ini. Ada PRK atau Tidak? Sama sama lah kita tunggu.
Yang Pasti kalau benar ada PRK maka Gomo mahu Mazlan Aliman Calon PAS bagi menentang Calon UMNO. Ada Berani???
Psssttt.....Mazlan Aliman? Amacam? Aku tahu kau baca blogg aku, Komen lah sikit! he he he
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com Read more...



