Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.
“Banyak sebab mungkin mendesak mereka mahu menjatuhkan saya, (antaranya) sebelum saya ke Mekah, dua tiga orang PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) yang dilantik Umno terbuka hati untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS.
“Lebih 100 ahli Umno di Selising bersama bekas ketua pemuda Umno (Selising) menyertai PAS sebelum saya ke Mekah, dua tiga hari ini saya diberitahu (bahawa) beberapa PPM dan pemimpin Umno tempatan menyerahkan borang sertai PAS,” ujarnya lagi.
Bahkan katanya, fitnah yang dihadapinya itu mungkin disebabkan krisis dalaman dalam Umno Bahagian Pasir Puteh sendiri.
“Umno (cawangan) Selising sendiri mungkin resah dan melenting apabila pemimpin masyarakat tempatan menolak perjuangan Umno sehingga mereka terpaksa import pemimpin luar (bahagian Umno) Pasir Puteh untuk menjadi ketua bahagian dengan beberapa pindaan perlembagaan (Umno peringkat bahagian),” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.
“Umno tak habis-habis fitnah PAS, kemukanlah bukti jangan sekadar buat dakwaan ‘kosong’,” ujar Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Kata Adun Temangan ini lagi, tindakan Umno itu adalah strategi mahu membunuh imej pemimpin-pemimpin PAS setelah mereka percaya bahawa ideologi perkauman parti mereka tidak mampu mengalahkan ideologi Islam yang dipopularkan PAS.
“Itulah strategi Umno, termasuk membunuh karakter individu dalam PAS kerana mereka tak boleh nak lawan ideologi kita, maka mereka pilih jalan fitnah untuk memburukkan wakil rakyat kita (PAS) dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri,” katanya.
Melihat pada tindak tanduk tersebut, kata beliau, PAS negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali Umno Online dan beberapa pihak yang akan dinamakan kemudian jika wajar.
“Kita sedang meneliti beberapa pendedahan itu, kalau ada asas untuk dibuat pendakwaan kepada (pengendali) blog Umno itu, kita akan umumkan kemudian... nama-nama yang lain pun akan diumumkan kemudian selepas kita mengenal pasti mereka yang terlibat,” ujarnya.
Petikan The Malaysian InsiderGOMO: Emmm Gomo dah merahkan ayat ayat yang telah di jawap oleh Adun PAS Selising si Saiful Bahri dalam isu Khalwat yang di bangkitkan oleh kami para Blogger dan Facebookers Nadi Rakyat. Mari kita Ulas.....
PAS Menyalahkan UMNO bila terdedahnya isu Adun Selisisng yang di laporkan oleh SAKSI Ustaz Saidi bahawa Saiful Bahri Adun PAS Selising telah di tangkap Khalwat sebelum PRU12 yang lalu di dalam Koch VIP1 Kereta Api Tanah Melayu berlokasi di Kuala Krai.
Ustaz Saidi juga menyatakan bahawa dalam penagkapan itu bukanlah hanya dirinya seorang tetapi ada 6 orang kesemuanya termasuk lah Suami kepada Wanita yang di tangkap Khalwat bersama Adun PAS itu.
Siapa Yang Buat Kerja? UMNO? Mari kita lihat Komen dari pembaca Gomo:
Make it Simple...
Q: siapa yang menceritakan hal ini ?
A: Ahli PAS
Q: Siapa yang menagkap perbuatan ini ?
A: Ahli PAS
Q: Siapa yang fitnah siapa ?
A: Ahli PAS
Q: Siapa yang terlibat ?
A: Ahli PAS
Q: Siapa yang Arif hal-hal perundangan Agama Islam ?
A: Parti Islam SeMalaysia. (PAS)
Q: Siapa yang Asobiyyah ?
A: PAS (Parti Islam Semalaysia).
"Setiap Undi Kepada PAS Bermakna Anda Asobiyyah"
ZINA IBARAT 1 IBADAH "FOR ALL
PADI JANTAN
Benarkan kami yang mendedahkan isu Khalwat dan Zina ini bertujuan untuk membunuh Karier Politik pemimpin PAS?
Gomo nak tanya kepada semua, Jika kita mengetahui seorang pemimpin melakukan perbuatan terkutuk dan salah di sisi Undang undang malah Ugama Islam sendiri pun melarang hal sedemikian apakah kita akan membiarkan pemimpin itu untuk terus berada di tampuk kekuasaan?
Isu Khalwat oleh adun Selising ini bukanlah satu isu yang remeh sebagaimanaNik Ajis Boleh nyatakan bahawa Allah Swt telah memaafkan Saiful bahri. Ini isu Beat yang di lakukan oleh seorang pemimpin Islam. Imej Islam dan adalah menjadi kewajipan kita untuk menyampaikan kepada rakyat untuk menolak pemimpin sebegini.
Tapi bila di katakan PAS bahawa pendedahan ini adalah untuk membunuh Adun Selising maka Gomo agak hairan kerana apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Ustaz Saiful bahri Saksi yang menangkap Adun Selising ini Berkhalwat dalam Koch Kereta Api telah mengalami 2 kejadian yang mana hampir hampir meragut Nyawa nya. Satu kejadian di mana Keretanya di langgar dengan Niat MEMBUNUH manakalan satu lagi 3 lelaki Berparang Menetak beliau dengan Niat MEMBUNUH.
Jadi Siapa yang mempunyai niat untuk MEMBUNUH?
(Artikel Sebelum Ini Isu Cubaan BUNUH KLIK DI SINI)
Lagi yang Gomo naik Hairan apabila PAS menyatakan akan MENGKAJI isu yang kami keluarkan ini dan kemudiannya akan di Fikirkan sama ada Tindakan Undang Undang akan di ambil mahupun tidak ke atas Saksi, Blogg dan sesiapa sahaja yang mengeluarkan isu Khalwat Adun Selising ini.
Nak KAJI apa lagi? Saiful Bahri sendiri mengakui bahawa isu ini telah lama dahulu di gembar gemburkan dan sekarang ini keluar lagi. Tapi kenapa dari dulu tidak pula Adun Selising ini membuat laporan Polis bagi mempertahankan dirinya?
Kata PAS "Kalau Ada Asas Kita Akan Umumkan" Nak Asas apa lagi? sekarang dah kecoh satu Malaya isu ini malah sudah pun keluar di Muka depan Akhbar Utusan Malaysia. Nak tunggu Asas apa lagi?
Gomo dan Team Nadi Rakyat serta para Blogger yang ada MENCABAR Adun Selising untuk mendakwa SAKSI Iaitu Ustaz Saidi ke Mahkamah!!! Kita lihat Apakah anda berani tampil ataupun anda ingin lihat Apa yang berlaku sewaktu anda di Tangkap bersama Isteri seorang Guru bernama
Kak Na di dalam bilik VIP 1 KTM.
KAMI CABAR ANDA Adun Selising Saiful bahri!!!
Berani Kerana Benar, takut Kerana Salah!!!
Undur Segera Dari Jawatan Dun Selising. January Kami BONGKAR!!!Psssttt...Jawap lah saiful bahri..jawap...PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...