Liputan Berita Terkini,Tepat & Benar - KLIK IMEJ

Keganasan BERSHIT 3.0 - RTM

"ELEK" Itulah Suara Rakyat Ampang Jaya Kepada Pakatan Haram Selangor

Saturday, March 19, 2011


Hari ini berlangsungnya Program Merakyatkan Seni Budaya Sukan Rakyat 2011 bertrmpat di Kg Melayu Ampang Jaya yang di rasmikan oleh Dato Seri Utama Rais Yatim.

Program yang di adakan hari ini mendapat sokongan dari semua komponen BN dan juga rakyat sekitar Ampang Jaya. Hadirin yang hadir menjangkau 700 orang.

Dalam ucapan Dato Seri Utama Rais Yatim beliau meminta rakyat di Ampang menilai sendiri apa kemajuan yang di capai selama mana kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor. " Apa yang ada di Ampang? Apa yang di bangunkan mereka selama ini?"

Hadirin yang hadir membalas dengan jawapan " Elek" Tidak ada satu pun pembangunan buat rakyat Ampang Jaya di bangunkan oleh mereka Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu Dato Ismail Kijo Penyelaras Parlimen Ampang Jaya melahirkan rasa terima kasih kepada hadirin yang hadir yang menunjukkan Bukti bahawa Rakyat di Ampang Jaya menyokong penuh Barisan Nasional.

Kahadiran pelbagai kaum juga membuktikan semangat 1 Malaysia. Wujud dengan subur di Ampang jaya dan dengan yakin Dato Ismail Kijo menyatakan BN akan rampas semula Parlimen Ampang Jaya dan Selangor pada PRU 13 akan datang ini.

Program berkenaan selesai jam 5 petang dengan penyampaian anugerah kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan juga penerima sumbangan dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Gomo amat tertarik dengan kenyataan Dato Seri Utama Rais Yatim apabila bulan lepas satu program Pakatan Rakyat Selangor di adakan di De Palma Hotel yang menjemput 500 orang hadir namun hadirin yang hadir pada program berkenaan hanya 60 orang sahaja yang membuktikan Rakyat Ampang dan Selangor menolak Kerajaan Pakatan Rakyat Haram Selangor!


Psssttt... Harap rakyat Malaysia sedar hakikat bahawa tidak ada pun yang di bangunkan oleh Kerajaan PR melainkan rompakan wang rakyat!

6 comments:

Anonymous,  March 19, 2011 9:56 PM  

klu bab kemajuan dan pembangunan tidak blh dinafikan BN mampu dr PR..kerna BN adalah kerajaan pusat..
cuma jika BN kembali berkuasa dharap tidak diulang kesilapan lalu..
politik wang.kronism,dll..

jgnlah lg mengamalkan politik untuk kesenengan anak beranak kita shj..
kerna politik begini dan kekayaan begini adalah untuk dua tiga kerat anak beranak kaun kerabat kt shj..

sedangkan kerugiannya mungkin selama2 sukar ditebus semula..cucu cicit keturunan kita lah yg akan jd melukut ditepi gantang..jika kita terus mengamalkan sikap sebegini..

yg untung sudah tentu tidak sanggup brkongsi kesenangan dgn anak cucu kita nnti..kerna bukan kesilapan tok nenek dorang..

Anonymous,  March 20, 2011 9:42 AM  

yang tu yang BN nak sangat tu bepuluh tahun bagi peluang bukan takat sapu pelan pelan samun rompak sampai tak sedaq diri macam KASIM BABA dengaq kata kalau bab projek sampai butang baju pun tak bagi kat kawan.aku rasa sakat PRU 13 ni hangpa UBN METEKEDAGHAH kuah lagi la.jgn nak mimpi sangat.kalau hangpa hebat awat dok takut sangat kat anuar tu.dia bukan ada apa tapi pakat dok jadi macam beruk hooo sana hooo sini apa hal.GAMIS la GAP la dan apa apa haramjadah tu sebenaq amno tu tak payah dok sembunyi di sebalik nama nama tu la babi woiii orang sapa hangpa.

Anonymous,  March 25, 2011 11:28 PM  

Kisah lawak dan benar wartawan dengan para demo desak DSAI serah DNA

Situasi : Tempat Demontrasi Serah DNA. Selepas penat berdemontrasi dan tunjuk perasaan oleh kaum wanita agar DSAI menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;

WARTAWAN : Boleh mak cik beritahu apa itu DNA ?

MAK CIK A : Tuala good morning.(penuh yakin)

MAK CIK B : Berus gigi.(Bersemangat)

MAK CIK C : Botol air mineral .(Sambil mengangkat lengan)

WARTAWAN : Pak cik pulak ( Kebetulan ada seorang lelaki agak berumur di sisi mereka)

PAK CIK : Mak cik kau ni yang ajak. Katanya dapat duit RM20 ringgit, lepas tu dapat makan nasi bungkus free.
WARTAWAN : Habis tu pak cik tak tau lah, apa itu DNA?

PAK CIK : Mak cik kau yang ajak...dia tak beritahu pun kedai DNA tu...Kat mana kedai tu.

Wartawan pening kepala, rasa kesian bercampur lucu mengenang peserta demontrasi itu.

Anonymous,  March 25, 2011 11:29 PM  

Mona Fendi, Rasul Melayu & Ayah Pin, semuanya geng Umno

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan maklumat tentang keahlian Umno Rasul Melayu yang baru-baru ini telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor,(JAIS) di rumahnya dekat Sungai Long, Kajang, Selangor.

Setelah pencarian secara online dilakukan, maka maklumat tentang Rasul Melayu itu telah mengesahkan bahawa dia adalah ahli Umno seperti berikut :

Nama Penuh : ABDUL KAHAR BIN AHMAD
No. Ahli : 00113339
Nombor MyKad : 500427105719
Nombor Kp Lama : 3297747
Negeri : SELANGOR
Bahagian : GOMBAK
Cawangan : KAMPONG KEMESAH
Status : AKTIF
Kategori :*

Jadi, tidak hairahlan jika Rasul Melayu ini baru dikenakan tindakan setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa negeri Selangor kerana sebelum ini Selangor dibawah pentadbiran Umno.

Ahli Umno yang mengikut ajaran sesat ini bukanlah asing bagi parti melayu ini.

Jika kita melihat VCD Ayah Pin. Maka kita akan dapat melihat bagaimana ada dikalangan pengikut Ayah Pin adalah ahli Umno dan Barisan Nasional.

Jadi, tidak hairan juga Ayah Pin masih bebas walaupun dia pernah didakwa sewaktu Terengganu dibawah pentadbiran PAS dahulu.

Begitu juga kes Mona Fendi yang telah membunuh bekas Adun Batu Talam dari Umno itu menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara pengamal ajaran sesat itu dengan pemimpin Umno.

Ini belum dicampur lagi dengan kes kumpulan anti hadis yang secara terang-terangan menolak hadis Rasulullah s.a.w.

Kerajaan pimpinan Umno juga telah membenarkan mereka menubuhkan Jemaah Al-Quran Malaysia dan tiada tindakan diambil kerana ketua mereka, Kasim Ahmad adalah ahli Umno.

Pelayar solo, Azhar Mansor yang diragui keIslamannya itu juga sering dilihat di dalam majlis Umno.

image widget

Oleh itu, tidak perlulah laman web Umno memaparkan banner bahawa perjuangan mereka mengikut Al-Quran dan Sunnah jikalau pengikut ajaran sesat dan anti hadis bertapak di dalam parti ini.

Malah, mereka sendiri adalah kumpulan yang paling kuat menentang untuk hukum Allah dilaksanakan dan memberi gambaran yang menakutkan kepada penganut bukan beragama Islam.

Tidak pula saya ketahui surah mana yang menjadi ikutan parti ini jikalau isteri dan anak-anak ramai pemimpin Umno masih tidak dapat menurut perkara asas sebagai seorang wanita muslimah seperti menutup aurat rambut dengan sempurna.

Perdana Mentari dan bekas Perdana Menteri dari Umno juga tanpa rasa bersalah masih lagi meneruskan upacara penyembahan Tugu Negara semasa Hari Pahlwan walaupun perkara itu telah difatwakan haram oleh Mufti-Mufti di beberapa negeri.

Anonymous,  March 25, 2011 11:31 PM  

KHAS buat Penyokong UMNO Pulau Pinang...

..........
Cuba korang baca.. siapa penyebab Melayu Pulau Pinang Terpinggir.. Siapa penyebab Melayu Pulau Pinang terkeluar dari Pulau Pinang.. Siapa juga yang menyebabkan Tanah orang Melayu Pulau Pinang semakin berkurangan...

Ini kali kedua kenyataan ini dinyatakan oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad..

Pastinya bukan DAP mahupun PAS ataupun PKR!!!Sila baca.. jangan jadi Buta Perut opps silap Buta maklumat.

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.

Anonymous,  March 25, 2011 11:34 PM  

Yang Haram Jadi Halal Kalau Anda Seorang Umno...

Bekas Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman sendiri mengaku bahawa beliau bermain kuda dan poker seperti dalam buku beliau “MEI 13, SEBELUM DAN SELEPAS”,

"Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan, bagaimana yang saya lakukan, maka ia boleh menjadi satu permainan yang menghiburkan hati.

Tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat kuda itu menang. Tidak siapa pun menjadi kaya dengan berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu seorang itu menjadi papa.

Sekiranya ia boleh mendapatkan hiburan dari permainan itu, dan mendapat keuntungan sedikit maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan kebaikan kepadanya.

lnilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka-ria dengan permainan poker bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Mereka ialah nsahabat-sahabat dan kawan-kawan baik saya, dan persahabatan kami ini tidaklah pernah disalahgunakan oleh mana-mana seorang daripada mereka itu.

Pada saya persahabatan tidaklah terbatas kepada warna kulit atau kaum. Saya menghargai kesetiaan kawan-kawan saya dan sebagaimana yang telah terbukti dalam masa ketegangan dan kegentingan mereka adalah orang-orang yang dapat membantu dan menghiburkan hati saya.

Saya menyifatkan poker sebagai satu permainan yang menghiburkan hati pada masa lapang, dan sebagaimana permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain dengan secara yang
kecil.

Kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja, melainkan dua ekor yang telah dihadiahkan kepada saya pada hari lahir saya, ialah seekor daripadanya tidak lagi dapat digunakan untuk perlumbaan.

Selain daripada menghiburkan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari, perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini adalah semata-mata untuk tujuan mendapatkan hasil daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapat-lah dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan"

Sekurang-kurangnya... Tungku dan Zaid Ibrahim mengakui akan kesilapan mereka, ini.... yang masih dok pegang jawatan Menteri dan pelbagai dalam umno dan barisan najis... dah la... tak mengaku dengan pelbagai perangai tak senonoh diorang, dah kantoi pun boleh lepas lagi...

Eloklah... dan akronim betul dengan nama BN - "Barisan Najis", sebab mereka suka bergelumang dengan benda2 kotor, ada sejenis binatang yang suka bergelumang dengan benda2 kotor dan bernajis ni... orang panggil apa ekkk...??

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

BREAKING NEWS - KLIK IMEJ

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP