Siri 3 - Blogger Pro Kerajaan Di Larang Masuk Walaupun Dalam Kubu Sendiri

Friday, March 11, 2011




Sambungan dari Siri 1 dan Siri 2 .....

Siri 3 ni lebih kurang sama je dengan siri 2 yang mana isu Pas media masih lagi menjadi masaalah kepada kami para Blogger. Untuk makluman semua pada hari pengundian ramai di kalangan pembaca Blogg, Tweeter, Facebook dan juga rakan rakan di dalam BBM dan juga rakan di luar Kerdau bertanyakan dan menunggu nunggu laporan terkini dalam proses pengundian.

Jika kita ingat di dalam Tweeter, Blogg dan juga Facebook pihak Blogger Pembangkang menyampaikan maklumat peratusan pengundian lebih cepat dan awal dari pihak SPR. Kenapa mereka awal? kenapa SPR lambat dan kenapa kita di sebelah BN juga lambat?

Apakah anda masih ingat bagaimana di PRK Hulu Selangor dan Sibu bila pihak Pembangkang melalui Blogger mereka menyampaikan perastusan dan pengundian lebih cepat pada kita sehinggakan ramai yang percaya dengan penipuan mereka dalam keputusan pengundiaan yang berlangsung.

Mereka pihak Pakatan pembangkang pasti akan melaporkan Undi kepada mereka telah melebihi Barisan Nasional. Malah Malaysiakini portal besar mereka juga melaporkan yang Barisan Nasional kurang undi dari Pembangkang. Walhalkan keputusan yang sebenar BN terus mendahului undi.

Itu lah yang Pakatan pembangkang mainkan kerana apabila tewas sahaja dan keputusan sudah tidak menyebelahi mereka maka mereka akan memainkan sentimen BN Menipu dalam Pilihanraya dengan mengaitkan Undi Pos dan Pengundi Hantu membantu kemenangan BN. Ini lah yang kita para Blogger ingin lakukan, iaitu memberikan maklumat terkini pengiraan undi yang Sahih dan terkini kepada Rakyat.

Berbalik kepada Pengiraan undi, Pas media menjadi keutamaan dalam membenarkan kami untuk masuk dan membuat liputan secara langsung keputusan demi keputusan peti undi yang keluar di Skrin SPR. Tapi tampa Pas Media?

Gomo sebenarnya malas dah nak cerita dalam Siri 3 ni. Kerana makin lama Gomo cakap dan makin banyak Gomo keluarkan mahu mengamok pulak rakan rakan Blogger seangkatan. Isu Pas Media ni merupakan masaalah besar dan memang merupakan keperluan kami para Blogger dalam menjalankan liputan sepanjang Pilihanraya.

Sebenarnya ada lagi benda paling Terok dan Gampang yang berlaku masa PRK Kerdau. Namun biarlah Gomo dan rakan rakan Blogger lain simpan di dalam hati dan bercerita kepada mereka yang bertanyakan hal tersebut. Memang Mengaibkan betul Blogger Blogger Pro Kerajaan BN. Isy.....dasyat.....

Betapa Hina nya Blogger Pro Kerajaan BN sampaikan dalam Kubu sendiri di Coman Centre pun di larang Masuk! Fuh Memang Dasyat, semoga apa yang berlaku di Kerdau dan pilihanraya piliihanraya yang lain menjadi pengajaran kepada BN terutama UMB untuk memperbaiki diri masing masing.

Ingatlah kami para Blogger bukanlah musuh mahupun lawan, kedatangan kami dalam dunia politik hanya ingin membantu Barisan Nasional menang dan terus menang. Jangan di hina kami para Blogger, kerana perjuangan kami Agama Bangsa dan Negara.

Pada Gomo UMB harus di Rombak dan di berikan Nafas Baru agar lebih berkemampuan dalam menjalankan kewajipannya di bawah Sayap Pemuda UMNO ini. Jangan di biarkan hal ini berterusan kerana Buruk akibatnya kelak.

Ada yang kata kenapa isu UMB ni sekarang baru timbul, Gomo nak jelaskan sebenarnya masaalah UMB ni wujud sejak Pilihanraya Hulu Selangor lagi, namun di diamkan oleh kami para Blogger. Dan di Kerdau membuatkan kami sudah tidak tahan dengan karenah UMB yang boleh di katakan Lembab dan kurang Bijak ini. Maka eloklah kami menegur sebelum terlambat.

Ada baiknya UMB di tegur sekarang daripada akan datang. Bayangkan lah jika hampir PRU 13 baru isu UMB ini meletop apa akan jadi? Sudah pasti waktu itu segala galanya kucar kacir dan kelam kabut. Maka Elok sangatlah sekarang ini di Hebahkan agar menyedarkan pihak pihak yang berkenaan di dalam UMB.

Kita para Blogger Berjuang Demi UMNO dan Barisan Nasional. perjuangan kami Ikhas sejak kami menulis di dalam Blogg artikel yang pertama lagi. Bukan kami Lapar dengan Wang Ringgit tapi kalau siapa yang bagi Kami Sapu. Ingatlah Blogger ini tidak bertuan, kami Hantu Raya yang tak bertuan. Namun Matlamat kami satu iaitu memastikan Barisan Nasional kekal sebagai Kerajaan yang Sah.


Psssttt...Elok Bubar atau Rombak Strukturnya?
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

22 comments:

Anonymous,  March 11, 2011 at 4:02 PM  

dah orang tak mau tu sudah2 la. ko igt ko ni blogger besar sgt ke. blog penuh fitnah pastu nak harap government approve. piiiirahhhh. tak sedar2 diri lagi ka. ko tu syok sendiri je

Anonymous,  March 11, 2011 at 4:13 PM  

kahkahkah... perasan lah lagi lain kali.. ko tu bukannya sapa2 pon... sekor nyamuk yang bawa pelbagai jenis penyakit saja..

Gabok,  March 11, 2011 at 4:19 PM  

jangan putus asa Gomo. Teruskan perjuangan, biarkan orang lain nak kata ape..yang penting ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran.

Anonymous,  March 11, 2011 at 4:24 PM  

Aku sokong kau Gomo. Teruskan perjuangan. Senang2 buat pertubuhan sendiri. Banyak lagi YB-YB kat luar tu yang nampak pengorbanan korang. Kalau ada PRK lagi lepas ni, pegi direct je ke Pengarah Pilihanraya BN yang dilantik.

GTPuteri March 11, 2011 at 4:36 PM  

itu kami pun kena juga tapi yg menarik kami juga tak dapat pas di PWTC walaupun pro UMNO. terang terang Pro UMNO tapi kami tak dibenarkan buat liputan sewaktu persidengan UMNO yg lalu. bknblog ini ,blog kami yg pro umno juga.

Anonymous,  March 11, 2011 at 4:39 PM  

lepas ni akan ada lagi election so tak yah pegi la ..monitor dari jauh la.. k..dah belagak sangat ..akupun naktgk dari jauh je..

Anonymous,  March 11, 2011 at 4:57 PM  

Kalau peraba buntut boleh jadi duta mesti UMNO.

HHalem March 11, 2011 at 5:38 PM  

Haahh, :-)

Hantu Raya tak Bertuan.

Bukan setakat Duit sakau,

Telur Ayam pun boleh..hehe

Penyimpan Telur-telur Ayam Umno.>>

kah kah kah...MCA kencing 12 billion...kah kah kah,  March 11, 2011 at 5:57 PM  

kah kah kah...kata hebat blogger nyamuk...kah kah kah

pom sana pom sini...kah kah kah

fitnah sana tipu sini...kah kah kah

takan ketua pemuka YAHUDI lu orang tak recognize lu orang lagi? kah kah kah

ini musti dah angin ni penat-penat buat fitnah habuan CIPUT...warghkakaka

popegomo tak backup bik mama ke...hua hua hua

Anonymous,  March 11, 2011 at 6:02 PM  

Teruskan berjuang Gomo.. teruskan.. aku menyokong ko Gomo.. sebab blogger ni la yang banyak membantu BN di alam siber.. menyerang dan menahan setiap tomahan puak haram2 tersebut.. kalau tak de blogger2 nyamuk ni.. kompom da abes da BN..

Anonymous,  March 11, 2011 at 6:16 PM  

AKU SOKONG MU GOMO..AKU NI SYAITAN..AKU SUKA GOMO FITNAH ORG..SENANG NANTI MU MASUK NERAKA HA HA HA

Anonymous,  March 11, 2011 at 6:31 PM  

heheheehehehhe

ini team blogger takde cop halal

hehehhehhheehhehehehe

blogger halam

heheheheheehhehehe

bukan takat sentuh,nak baca entry pon puak2 gomen tak kesior

heheheheehehehehehhe

Anonymous,  March 11, 2011 at 6:32 PM  

bijan luluskan bible bahasa melayu

mca adalah komunis sejati malaysia

umno telah diliwat oleh mca

mic cuma jadi tukang tgk n rakam

Anonymous,  March 11, 2011 at 6:33 PM  

jom makan rasuah

adun lenggeng boleh ajari


hom main liwat2 dan raba2 dada

saiful boleh ajari

Anonymous,  March 11, 2011 at 6:44 PM  

alalalalalaalalal..gomo merajuk yee???

gomo tak puas hati yeee??

jom ngadu kat bijan sama bik moma

saiful boleh buat,takkan team daki rakyat x boleh??

bersama berjuang demi kesejahteraan perut,upah dan glamouriti

a s a m @ w k j March 11, 2011 at 8:16 PM  

gua sokong lu Gomo..gi mampos ngan UMB ni..ada ker takda ker sama jer!

asam

Anonymous,  March 11, 2011 at 11:48 PM  

Gomo
Yang memekak2 komen tak puashati dalam ni semua spesis sampah masyarakat. Dahlah takde blog. Kerja mereka mengutuk apa saja orang lain buat. Kuatkan mental dan teruskan perjuangan.

Anonymous,  March 11, 2011 at 11:53 PM  

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..

peribahasa ni sesuai untuk kau!!!

Anonymous,  March 11, 2011 at 11:56 PM  

anon 11.48,

hebat sangat ke kalau ada blog...
satu sen tarak guna...

Anonymous,  March 12, 2011 at 6:12 PM  

gomo.. Gomo...
Nie aku nk citer pengalaman aku bekerja sbg pengira undi spr semasa pru 12.. Disetiap peti undi ada wakil calon yg akan lihat apa keputusan kertas undi yg dikira oleh pengira undi.. Setiap peti undi wakil calon dh ada keputusan tak rasmi & keputusan inilah yg dilaporkan kpd cc masing2.. Drp situlah pengiraan keputusan undi tak rasmi..
Itu la gomo tak nak keja dgn spr dulu br ada pengalaman bagaiman proses pengundian dikira..
Pembangkang dpt maklumat brp undi yg mrk dpt drp info wakil calon disetiap peti undi.. Mcm tu la yg berlaku di kerdau mcm mana undi tk rasmi pkl 5.30 dh kuar & prk2 lain...
Ko ni gomo nmpk sgt bodohnya...

Anonymous,  March 12, 2011 at 10:46 PM  

PERJUANGAN UNTUK BANGSA TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG IMBUHAN,IA ATAS KESEDARAN...TERUSKAN PERJUANGANMU WAHAI GOMO.BIAR TANPA IMBUHAN DAN YG KAU TEMUI HANYA CEMUHAN,TERUSKAN..BERJUANGLAH DENGAN CARAMU,JANGAN BIAR MELAYU TERUS HILANG DI DUNIA..

Anonymous,  March 14, 2011 at 8:51 PM  

Isu UMB Melaka selesai, agenda blogger jahat untuk rosakkan imej UMB gagal
Alhamdulillah, isu Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Melaka yang kononnya hendak dibubarkan telah selesai dan agenda blogger jahat Flyingkick dan Parpukari untuk merosakkan imej UMB telah dipatahkan.


Semalam (12 Mac 2011) saya telah turun ke Melaka untuk menghadiri pertemuan dengan Datuk Akbar Ali, Ketua Pemuda Negeri Melaka, sdr Karim Yaakob, Pengerusi UMB Melaka sdr Abdul Kadir Mohd Idris, Timbalan Pengerusi UMB Melaka, sdr Shahnor dan beberapa orang penggerak PMM. Perbincangan telah dimulakan pada pukul 1155 malam dan berakhir pada jam hampir 3 pagi.


Dalam pertemuan itu sejumlah kekeliruan, salah faham dan silap komunikasi telah dileraikan. Masing-masing bersetuju untuk meneruskan perjuangan dan merapatkan saf untuk menghadapi pilihan raya.


Saya memahami semasa pilihan raya masing-masing penat bekerja. Salah faham yang sedikit akhirnya akan menyebabkan kekeruhan hubungan dalam UMB Melaka. Menceritakan salah faham ini kepada orang luar tidak akan menyelesaikan masalah, apa lagi jika orang luar seperti blogger jahat mempunyai niat jahat dan kepentingan peribadi. Akhirnya institusi musnah dan blogger jahat yang ada kepentingan diri akan ketawa melihat kita bergaduh sesama sendiri.


Blogger jahat sanggup memfitnah dan mereka-reka cerita.


Contoh sikap suka memfitnah blogger flyingkick terbukti melalui kenyataan "apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!


......sebahagian
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/03/isu-umb-melaka-selesai-agenda-blogger.html



Jawapan dari T Faisal.
hehe..tingkat 4 kata. Gua nak pencerahan dari gomo juga...
nanti bukan apa takut kena kencing dengan budak sekolah

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP