TERKINI - 5 Orang Di Sahkan Meninggal 11 Orang Lagi Belum Di Temui
Saturday, May 21, 2011
"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.
Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.
Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
Setakat ini, lima penghuni maut dan lapan pula cedera parah. Manakala 11 orang lagi belum di temui.
Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.
"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.
"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH
Sehingga waktu ini Gomo di fahamkan segala bantuan misi menyelamat terus di jalankan. Semoga 11 orang yang belum di temui selamat hendakNya. Amin
Published with Blogger-droid v1.6.7





7 comments:
Saya berdoa agak kesemua 11 dapat diselamatkan dan dalam keadaan sihat.
Apa jenis bantuan yang diperlukan sila email danielmrw@yahoo.com
Innalillahi Wa Inna Ilaihirojiun....
Jom Tengok :
5 Kaki Game Perempuan Tercomel Asia!!
Ni semua salah UMNO!
InnalillahiWaInnalillahirojiun. Saat ini sama-samalah kita berdoa yang terbaik buat semua...
Bangang ke Dino ni?Janganlah musibah pun nak dipolitikkan!
Ni semua salah PR!
alfatihah..
allah lebih menyangi anak2 yatim yg terkorban..syukur yg terselamat..setiap musibah dan ketentuan itu ada hikmahnya..
Post a Comment