TERKINI - Satu Lagi Mayat Di Temui Di Bawah Runtuhan
Saturday, May 21, 2011
HULU LANGAT: Satu lagi mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal dikeluarkan dari tapak kejadian tanah runtuh kira-kira jam 6.15 petang tadi.
Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.
Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.
Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan bedah siasat.
sementara itu pasukan DBKL telah menghantar 2 pasukan penyelamat ke tempat kejadian namun setakat ini juga kerajaan negeri di bawah PR masih belum bertindak dalam membantu mangsa yang terperangkap.
3 comments:
AL-FATIHAH KEPADA SEMUA MANGSA,TAKZIAH KEPADA KELUARGA SERTA SANAK SAUDARA MANGSA.SETIAP KEJADIAN ITU ADA HIKMAHNYA.BANYAK - BANYAK BERSABAR DAN BERSERAH HANYA KEPADANYA.Takziah...dari hamba sesama islam
AlFathihah.......Turut bersimpati..
Jom Tengok :
5 Kaki Game Perempuan Tercomel Asia!!
bencana alam diharap jgn DI POLITIK KAN...
Post a Comment