UDA Holdings Tamak Bila Melantik Syarikat Negara China Dan Bukan Syarikat Bumiputera?

Monday, June 6, 2011




PEMBANGUNAN TAPAK PENJARA PUDU (Bukit Bintang City Centre)

Latar Belakang

· UDA Holdings Bhd adalah pemilik tanah yang terletak di kawasan utama perniagaan dan pelancongan, bercadang untuk membangunkan tanah seluas 19.4 hektar menjadi pusat komersil bercampur bertaraf antarabangsa.

· Perbelanjaan Kasar Pembangunan (GDC) untuk projek ini dianggarkan bernilai sekitar RM3.5b hingga RM4b, dengan anggaran tempoh pembangunan selama 5 hingga 6 tahun. Oleh kerana itu adalah penting bagi UDA untuk berkerjasama dengan pemaju atau pelabur lain yang mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan pengalaman yang luas bagi meminimumkan risiko pembangunan/kewangan.

· Lokasi tanah yang amat strategik iaitu berdekatan dengan cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka dan Projek Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) serta mempunyai sambungan terus kepada perkhidmatan Monorail dan LRT yang membuatnya sangat menarik bagi pelabur tempatan dan juga antarabangsa.

Jalan Penyelesaian

  • UDA Holdings Bhd mengeluarkan surat jemputan kepada 15 syarikat tempatan dan luar negara yang sudah dan pernah menyatakan minat untuk menyertai projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu pada Januari lalu.
  • Pada 7 dan 8 Mac, 11 syarikat membentangkan kertas cadangan mereka kepada Lembaga Pengarah UDA.

  • Daripada 11 syarikat terbabit, dua adalah syarikat asing iaitu AsianPac Holdings Ltd dan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC), dua syarikat adalah usahasama tempatan dan asing, iaitu Jetson Construction Sdn Bhd dan LKJ Construction Sdn Bhd manakala bakinya, adalah syarikat tempatan.
  • Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd menggariskan 3 terma rujukan yang perlu dipatuhi semua syarikat ketika membentangkan kertas kerja mereka dalam memastikan UDA Holdings Bhd mendapat pulang maksima serta terus menunaikan tanggungjawab agenda Bumiputera dalam pelaksanaan projek ini.
  • 3 Terma Rujukan ini ialah:

- UDA Holdings Bhd mahu memiliki kompleks beli belah dari Basement 1 hingga Tingkat 5 yang reka bentuknya perlu inovatif, terkini serta mampu bersaing dengan kompleks beli belah sedia ada

- UDA Holdings Bhd mahu memiliki semua tempat letak kereta.

- Terminal Bas yang mempunyai 180 petak dan ia perlu diintegrasikan dengan stesen monorel dan LRT sedia ada.

  • Objektif utama terma rujukan adalah: -

a) Untuk meminimumkan risiko kewangan dan pembangunan kepada aset UDA termasuklah:-

· tanah tidak dicagarkan.

· penyiapan aset UDA didahulukan dan

· memilih rakan kongsi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta pengalaman yang luas.

b) Memastikan aset yang diberi kepada UDA mempunyai nilai pasaran yang maksima.

c) Memastikan pendapatan tahunan yang maksima dari aset tersebut bagi memastikan kesinambungan UDA pada masa akan datang.

d) Sebagai pengukur dan panduan bagi menilai semua cadangan pembangunan yang diterima.

Keputusan

  • Mesyuarat Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 28 April 2011, bersetuju terhadap pemilihan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) bagi membangunkan bekas tapak Penjara Pudu yang dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC).
  • Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) adalah pilihan yang paling sesuai sebagai pelabur Turnkey kepada UDA Holdings Bhd dalam pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu. Syarikat ini, sepenuhnya memenuhi keperluan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan UDA dengan beberapa tawaran utama mereka adalah seperti berikut:-

a) Tidak mengenakan bayaran ke atas tanah.

b) GDV tertinggi bagi aset UDA sebanyak RM2.1 bilion.

c) Pendapatan berulang tertinggi pada RM426 juta pada setahun.

d) Nisbah tertinggi aset UDA kepada GDV keseluruhan pada 29%.

e) Pulangan tertinggi nilai tanah lebih daripada 3 kali atau 300%.

f) Pelabur menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan jelas mengenai pecahan aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur. Ini juga memastikan penyerahan aset UDA Holdings Bhd sebelum aset pelabur.

g) Kertas cadangan juga meliputi akses jaringan jalan masuk bertingkat yang akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

h) EICEC berjaya 100 peratus mematuhi syarat-syarat dengan menawarkan aset tambahan iaitu Pusat Konvensyen.

i) Menyediakan taman sebagai kawasan hijau yang juga bertindak sebagai zon penimbal antara aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur.

j) Pembiayaan projek dari luar negara akan membawa FDI ke negara ini.

  • Profil syarikat EICEC adalah seperti berikut: -

a) Menerima anugerah syarikat paling inovatif di China untuk tahun 2010.

b) Salah satu dari 10 syarikat teratas tanggungjawab sosial di China.

c) Diletakkan sebagai ‘An Outstanding Enterprise’ di Hong Kong untuk tahun 2010.

d) Memiliki / mengurus salah satu jambatan kabel terpanjang (1.2km) di dunia.

e) Telah menyiapkan lebih dari 1000 projek pembinaan di seluruh dunia termasuk Moscow China-Town bernilai USD1 Billion.

f) Antara beberapa syarikat yang diluluskan oleh Menteri Pembinaan China untuk beroperasi di luar negara.

g) Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh, kerana 100% dimiliki oleh Kerajaan China, seperti risiko kegagalan dianggap minimum.

h) Mendapat sokongan kewangan yang dijamin CCB (China Construction Bank) sebanyak USD1.3Billion untuk projek tapak bekas Penjara Pudu. Memiliki kredit AAA.

i) Mendapat kemudahan kredit dari China Development Bank sebanyak USD 4.0 billion bagi pembiayaan projek di luar negara.

j) Kerjasama asing (seperti kerajaan dengan kerajaan) dianggap kaedah yang terbaik untuk kejayaan menyiapkan projek.






Ini merupakan intipati dalam kemelut yang di canang sana sini oleh pihak yang tak bertanggungjawap kerana Syarikat mereka tidak mendapat Projek Mega yang akan di bangunkan di tanah Penjara Pudu.

UDA Holdings merupakan syarikat GLC yang mesti membuat keuntungan dan dalam hal ini tidak ada cacat celanya pihak UDA Holdings melantik syarikat dari Negara China yang mana di miliki oleh Kerajaan China dan mempunyai keewangan yang kukuh dalam membangunkan tapak penjara Pudu.

Malah jika anda lihat UDA Holdings menetapkan syarat yang mana TANAH TIDAK DI CAGARKAN yang jelas pada kita jika apa apa yang berlaku seperti krisis Ekonomi 1998 UDA Holdings tidak mengalami kerugian dan segala kerugian ataupun Kos akan di tanggung oleh Syarikat Kerajaan China.


Ini lah yang perlu kita imbas apabila Dato Seri Najib membuat lawatan bertemu Perdana Menteri China dan kunjungan Balas Perdana Menteri China ke Malaysia. Kerjasama antara dua negara yang di jalankan dalam pembangunan Tapak penjara pudu ini.

Dengan pelaburan dari negara China masuk berbilion bilion sudah pasti negara negara lain tidak senang duduk dan akan berlumba lumba untuk masuk ke Malaysia dan ini menguntungkan Malaysia sama sekali.

Mungkin orang Melayu ada yang marah kerana Uda Holdings tidak memberikan Pembangunan Tanah Pudu ini kepada Syarikat Bumiputera. Gomo pun pada awalnya bertanya kenapa tak bagi syarikat Bumiputera?

Tapi ini lah hakikat yang kita harus terima dan kita harus renungkan. Pembangunan Tanah Penjara Pudu ini akan menelan Kos sekitar 7 Bilion yang mana mengambil masa 5 ke 6 tahun. Dan dalam hal ini Kos Keewangan dalam membangunkan Projek ini amatlah tinggi sama sekali dan UDA mesti mencari potensi terbaik dalam membuat keuntungan bagi menampung projek projek lain yang juga melibatkan banyak syarikat Bumiputera.

Naza TTDI syarikat Bumiputera juga tidak berjaya kerana tidak mampu memberikan tawaran yang terbaik kepada UDA Holdings bagi projek ini apatah lagi dengan syarikat syarikat yang lain termasuk lah juga Syarikat ALI BABA yang di canang sana sini oleh Dato Musa Syeikh fadzir.

Susulan artikel ini akan di jelaskan dan Gomo juga tidak lah hebat atau pun pandai dalam bab Projek ataupun tender ini kerana Gomo tak berminat. Namun dari segi logik akal kita sendiri pun boleh Berfikir mengapa UDA Holdings memilih Syarikat Negara China yang mempunyai Modal dan Keewangan yang kukuh dalam membangunkan Projek Mega ini.

Buang buang lah mentality Orang Melayu yang bila tak dapat Projek maka dia lah menyalak ke depan konon dia lah Jaguh orang melayu. Sendiri punya tempat pun tak jaga ada hati nak jadi Jaguh!


Psssttt..... Sebarang Komen akan di Jawap...InsyaAllah


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

37 comments:

Anonymous,  June 6, 2011 at 3:21 PM  

amboi bro ....sokong UDA nampak ..

tak pa la bagi kayakan syarikat dari China ...hahah

Anak Jati Perak,  June 6, 2011 at 3:33 PM  

ai...sokong UDA dalam menjamin pulangan masa depan pun salah ke?

ini lah mentaliti orang melayu kita. bila le kita nak bangun and hadapi persaingan dari orang lain baik dari negara sendiri ataupun luar. jangan asyik-asyik nak harap dapat kontrak semata-mata kerana kita orang melayu le...bumiputera le...

go papagomo....kitaorang sangat sokong keputusan UDA.

Anonymous,  June 6, 2011 at 4:14 PM  

Sebab itulah saya sokong gomo dilantik menjadi Managing Director (MD) UDA yg baru.

Kalu dah jadi MD, bulilah gomo pakai baju kot. Mata keli, misai dan baju kot. Puh! pasti gomo kelihatan hensem. Masa tu pasti ramai cina doll yg tergila2kan gomo.

Silap2 Elizabeth Wong dgn Teoh Nie Cheng pun minat kat gomo

Anonymous,  June 6, 2011 at 4:33 PM  

Hai Gomo makin hari makin ada bau duit hang punya posting ni... kata nak perjuangkan kebenaran.

Percaya sangat ke pada syarikat dari China tu...

Cuba buat research tentang apa yang berlaku pada project bakun yang diberikan pada syarikat dari China yang mengakibatkan Cost Overun hingga "The Bakun hydro project was given to Sime Darby and Chinese partner at RM1.8 billion. ... of cost overrun in the Bakun project amounting to RM900 million. ... I think the people are entitled to know when a public company ... "(excerpt from CheDet), yang menyebabkan Sime Darby Kerugian.

Aku ni penyokong UMNO tegar tapi kalau dah entry ada bau-bau duit aku tetap akan sanggah.

Sah sah le si "PULAI" tu pro China sebab mak dia keturunan China, tak payah le kau nak bela...

Anonymous,  June 6, 2011 at 4:34 PM  

hehehehehehehehehe

sokong cina?

hehehehehhehehe

sokong chiandoll?

heheheheheheheheeh

memang geng2 keparat pandeykuti suka geng2 mata sepet..

heheheheheheheheehehehhe

jom sokong bini gomo mata sepet..wat tuuuuuuut..depan skrin komputer

heheheheeheheheheheheh

Anonymous,  June 6, 2011 at 5:21 PM  

Bila pelaburan asing tak masuk, kita bising, bila pelaburan asing masuk, kita bising jugak, apa nak jadi dengan bangsa Melayu ni??? Penjelasan Nur Jazlan dalam Utusan Malaysia hari ini 6/5/2011 ada logiknya. UDA kena perkukuhkan kedudukan kewangannya dulu, barulah dapat nak bantu Bumiputera. Sekarang ni hutang melebihi pendapatan, geran kerajaan tak ada, macam mana???

Anonymous,  June 6, 2011 at 5:40 PM  

Masaalahnya, bukan menghengtam kemasukan Pelaburan Asing, tapi pelaburan asing dari mana? Jangan baca berita "window dressing" dalam akhbar aje, buat research dan baca tentang fakta lalu tentang kontraktor dari China, contohnya kes Bakun...

Bak kata "Sungai Rapat Online", senangnya jadi Pengerusi UDA, jual tanah dan dapatkan funding...

Memang patut Kerajaan tak bagi funding lagi, biar tahu langit ni tinggi rendah, kalau tidak semua kerja ambil mudah...

Pergi tenguk cara pentadbiran UDA kat bukit Bintang Plaza tu.. Kerjanya asyik asyik nak naik sewa, tapi "facilities" macam hampas, hingga tempat solat dan ambil wudhu pun diambil ringan tentang kebersihannya..

Kerja dia orang hampir saban waktu pergi buat Jamuan kat Din Cafe kat HeadOffice UDA kat Bukit Bintang tu..

Elok pun MD dia dah resign, buat perabis Boras aje kalau ada pun..

Anonymous,  June 6, 2011 at 5:44 PM  

topik yg borink, tu sbb sket aje comments..

ko cakap pasal syarikat alibaba tak dapat kontrak, tu sbb dia bising..tunjuklan bukti..ape kaitan individu2 yg bising ini dgn project2 ni..shareholder ka, director ka, abg and adik or family punye family ka etc?

kalu syarikat china yg dapat kontrak, takkan suma supplier dari negara china? tgk project MMC atau gamuda, pasti ade list2 kontraktor bumiputera yg terlibat..tunjukkan la faktanye..

skrg xde byk sgt fakta,susah nak digest..

bila melibatkan project kerajaan, mane2 kerajaan didunia ni pun kebyankan tak bagi tanah project dicagarkan, lg2 oleh org asing..itu standed mended term la gomo..

overall, borink!

Anonymous,  June 6, 2011 at 5:49 PM  

PAS dah berubah....jom sokong PAS tak kan nak jadi bebal sampai mati...Melayu mesti berani berubah dan menerima perubahan....

Anonymous,  June 6, 2011 at 5:58 PM  

PAS DAH BERUBAH? kelalar la kau ni... Berubah jadi Keldai KAFIr HARBI ada la..

Ulamak pun di Caci...

Tak "PAS" SPM pun boleh jadi YB...

Tak "PAS" UITM pun boleh jadi timbalan presiden..

Islam itu SYUMUM..tapi kata HADI AWANG tak ada negara Islam disebut dalam Al Quran...

Berubah apa bende?... berubah masuk longkang ada le..

Anonymous,  June 6, 2011 at 6:05 PM  

APA NI GOMO. SUDAH KENA BOM ATOM KA ? APA YG NGKO CUBA RECTIFY NI ? PASAL APA INTI2 DARI POSTING 1 HINGGA POSTING 3 TAK SYNCRONIZE NI ? KALU ASYIK MISTAKE MANJANG, PAYAH NAK PROMOTE NGKO TO 'SENIOR BALACI'. JGN MARAH YE. TEGURAN DARI KAWAN2.

Anonymous,  June 6, 2011 at 6:15 PM  

Itulah tandanya perjuangan menegakkan kebenaran 'Boleh Di Jual Beli"... gomo ni akhir-akhir ni dah boleh dibaca apa yang tersirat... bak kata pepatah "SeKilas Ikan di Air dah tahu jantan betinanya"..

Ada duit semua boleh jadi...

Anonymous,  June 6, 2011 at 6:51 PM  

hehehe gomo

kau pergi sekolah baliklah nak defend uda holding

nurjazlan tu penyamun, anak bapak penyamun

ini ke yg kau kata blogger umno bebas

nampak sah kau dibeli cheap2 oleh nurjazlan.

cukup tak beli coklat anak2?

Anonymous,  June 6, 2011 at 6:53 PM  

KATA BENCI CINA..

LAST2 AMIK JUGAK CINA..

BAHALOL JUGAK JUAK2 PENCACAI NAJIS 1UMNOPORNO YAHUDI APCO NIH..

CAKAP MACAM TAIK..BETUL2 PANDIKUTTY

Anonymous,  June 6, 2011 at 7:05 PM  

GOMO, DLM BLOG NGKO ADA LINK KE "NEGARAWANKU DR MAHATHIR MOHAMAD".

OHHHH GOMO, BETUL KE NEGARAWAN MU ???

Anonymous,  June 6, 2011 at 7:06 PM  

Hoi Bangang, kita orang ni tengah condem pemimpin yang tak betul tak kira le UMNO ke Pembangkang..

tak le macam kau orang pencacai dan keldai DAP dan PKR yang jadi pak pak turut walaupun dia orang suruh terjun masuk lombong... itu beza akal yang waras tengan "Kote yang keras" bila berfikir..

PAPA GOMO June 6, 2011 at 8:21 PM  

Tu lah mentality yg jumut. Ni kerajaan bawa pelabur asing pun hangpa bising. Kerajaan bawa ekonomi pun hangpa bising. Bila aku backup uda kata aku di bayar. Si hussam bayar kickdeffela rm350 ribu hangpa tak bising pulak.

Ni isu pasal pembangunan negara yang perlu. Takkan nak kata bawa pelaburan asing maka tak bagus buat ngara pulak?

Anonymous,  June 6, 2011 at 8:50 PM  

Woiiii GOMO sebelum aku buka crita aku mau tanya, hang ada paham kaa maksud 'Turn-key Project' ? dalam melayunya 'Projek Serah Kunci', keterangan mudah hang sedia tapak & duk diam2 aku kasi develope.

Meh aku terang kat hang, contoh paling mudah jangan plak kata tak paham budak darjah 3 pun boleh paham.

OK contoh turn-key project, hang ada 1 lot tanah dalam bandar, lot tanah hang boleh buat bangunan 3 tingkat dengan 10 pintu tapi hang tadak duit jadi hang oper sapa mau buat, maka aku sanggup buat semua blanja aku kuar hingga bangunan hang siap hang tak perlu kuar satu sen pun, bila siap turn-key atau serah kunci hang dapat 4 pintu aku dapat 6 pintu, 4 pintu aku jual kat sedara aku lagi 2 pintu aku simpan sendiri guna, aku melayu/bumi tentu tadak isu tapak tanah melayu stiil dpat kat melayu juga.

OK skang crita UDA kesayangan hang, Turnkey Project nilai 7 ribu juta atas tanah 19.4 (48 ekar) sikit punya besar tanah pusaka melayu tu, tanah 1st class ni kajaan sedekah pree kat UDA lama dulu atas dasar jaga kepentingan melayu.

Baik, Datuk Jazlan kata UDA akan dapat nilai aset semasa atau harta dari projek tu sebanyak 600 juta, ok 7000 - 600 = 6.4B cuba hang habaq mai kat aku 6.4B akan jadi milik melayu kaa ??? Cina kuar duit 7B buat melayu dapat tang mana ???? UDA hanya dapat nilaian projek 600 juta saja didirikan diatas sebahagian ciput tanah, oiiii gomo hang paham kaa ????, 6.4B dapat kat developer cina diatas sebahagian tanah yang lebih besar, senang crita tanah 48 ekar tu jual kat cina dengan nilai rega 600 juta, Bangunan yang bakal jadi aset UDA tu kasi wayang saja supaya nampak konon adanya projek milik UDA.

OK skang masuk bab proses tender plak aku nak habaq mai, projek kurang 300juta menteri kewangan II boleh putuskan, tapi projek nilai 300juta & keatas kuasa memutuskan terletak pada 'Menteri Kewangan' so apa crita yang Jazlan baru takeover UDA memandai main putuskan dalam board director sapa ajaq, akai ada kaa ????

GOMO kalau hang masih tak paham @ hang masih kelabu, hang pi semak di kementerian kewangan jangan pi aku ulang jangan pi UDA, Jazlan ni memang kutu lahanat kedarah duit memang licik dulu jaman dolah duk pakat sama berok hitam sama kalimullah tibai Tun Mahathir pasai depa mau hantam pojek gelap, hang sudah lupa kaa ????

Gelang AC tu kasi buang lah, tadak boleh bantu ilang penyakit pun, buat berat saja.

Anonymous,  June 6, 2011 at 9:20 PM  

Brovo Anon = June 6, 2011 8:50 PM

Gomo ni main lama makin gelap mata...ingat kita orang ni semua bodoh..

Cit cakap tak serupa bikin...

Aku ni memang penyokong UMNO tegar tapi setakat si PULAI, Si Kitol dan si semberong tu boleh kirim salam tahi ayam aje la...

Anonymous,  June 6, 2011 at 9:44 PM  

GOMO...OHHH GOMO, AKU TANYA NGKO TADI, NEGARAWAN KU TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TU BETUI KA NEGARAWAN MU GOMO HOOIII ? NGKO BUAT WAYANG KOT ? TAK PA. NGKO BOLEH EXPLAIN FURTHER IN YOUR NEXT POSTING. JANGAN MARAH YE. KAWAN2 SUKA MENCUIT.

Anonymous,  June 6, 2011 at 9:44 PM  

Lagi satu GOMO, elok le kau focus tentang isu-isu "SEX" aje, itu je speciality yg kau ada. Nak posting bab Ekonomi termasuk FDI belum le lagi layak gamaknya, kalau setakat cut and paste aje...Silap-silap sama la tahap penasihat pandikuty Selangor yang bernilai singgit aje tu..

Blog kau ni popular pun sebab dalam 'Marketing Term" = "Sex Sells".. bukan le sebab kepandaian kau dalam membuat analisis sesuatu issue..

Yang betul tu kita orang akan Sokong kau, yang tak Betul kau paham-paham aje la.. jangan jadi HAMBA DUIT...

Anonymous,  June 6, 2011 at 11:45 PM  

Nasib baik ko ngaku ko blogger nyamuk. Tak boleh marah hujah ko hujah takde otak.

Tulis pasal seks, rogol, khalwat dan liwat. Bab lain tu tak payahlah ... hanus. lagi orang keliru

Padan pengaruh blog pro umno dah tepu. standard blogger2 umno yang tinggi ranking pejenis org2 tak pass sekolah mcm gomo

Baik ko support pas dan pkr, boleh bantu rosakkan mereka dgn hujah2 budak fail darjah 3.

Anonymous,  June 6, 2011 at 11:53 PM  

hehehehehehehheeh

gomo maner reti pasal ekonomi..bisnes..

heheheheheheeheheh

pasal video berselingkuh expert la dia..

heheheheheeheheheheh


woi..video selingsig maner? maner??

Anonymous,  June 7, 2011 at 1:31 AM  

Gomo
Kalau anda percaya dengan bukti2 yang anda ada, usah ambil peduli lah dengan andaian dan komen orang lain. Masing2 menulis mengikut pendapat atau tujuan sendiri.

PAPA GOMO June 7, 2011 at 4:07 AM  

Mantap penjelasan anon jam 6.50 ptg. Aku tak lah pandai bab ekonomi ni pun tapi ikut logik akal lah beb. Syarikat melayu yg dok melalak tak dapat projek tu berapa keewangan nya? 10 juta nak bangunkan projek 7 bilion?

tanah jual kat china dengan harga 600 juta? Hang mabok kot mana? Apa ni ke projek pertama yang turnkey projek dalam Malaysia? Wah kalau macam tu projek sebelum ni semua kena tipu lah ye?

Hang dok kata Jazlan pandai pandai. Emmm aku jumpa jazlan pun belum lagi tapi bila hang kata menteri keewangan yg luluskan hang patut tanya Dato Seri Najib.

Ni lah masaalah orang kita tak nampak lagi benda yang ada. Bila ekonomi jatuh maka damm kerajaan. Bila pelaburan di bawa masuk pun damm kerajaan. Ehhhh tu pakatan haram apa jadah projek pun tak bawak masuk ke negeri yg mereka kuasai. Tapi habis jugak jahanam melayu.

Macam aku cakap aku tak pandai pun bab menatang ni tapi ikut logik akal lah anon oiii. Hang ada modal rm10 nak bukak mac D, Mana boleh. Kalau kedai burger tu boleh le buat pinjaman tekun.

Menyalak lah si melayu yang ada kepentingan dalam syarikat ali bab tu

Black Maria,  June 7, 2011 at 4:55 AM  

Mmm, kalau difikirkan, betul gak kata gomo tu, logiknya ada, anon 8.50 pun betul jugak tapi memang masalah utama melayu adalah modal, walaupun ada kemahiran tapi tiada modal, fail. Ada modal, kemahiran boleh dibeli. Walaupun kontraktor tempatan ada kemahiran untuk bina projek tersebut, modalnya maybe terpaksa pinjam dari pemodal luar kerana kosnya terlalu tinggi. Sama lah jugak cam kes sekarang. Kalau berniaga guna modal orang, samalah cam tolong berniaga untuk orang tu. Pi mai pi mai tang tu jugak. Silap2 kalau tak dapat bayar, tergadai semua. Pilihannya samada teruskan dengan term sekarang, atau jangan buat terus, tu je..so??

Anonymous,  June 7, 2011 at 8:51 AM  

Elok le kau jangan layan si Jazlan dan kuncu-kuncunya gomo. Dia tu memang api dalam sekam. Menang kat pulai pun sebab kawasan tu aruah bapak dia yang punya dulu. Kira macam kes Permatang Pauh yang dikuasai turun temurun oleh si pandikuty tu..

Apa-apa hal aku tak terperanjat beruk kalau project UDA yang akan diberi pada Syarikat China tu ada kena mengena dengan sedara sebelah mak dia kat sini, sebab dia orang kira very successful homegrown hotelier in Malaysia dan ada Hotel kat Shanghai pun. Mendiang atuk dia pun very successful hotelier yang mati di Singapore tak lama dulu. Dia orang ada beberapa properties kat Jalan Sultan Ismail.

Anonymous,  June 7, 2011 at 10:00 AM  

Aku terpanggil untuk komen papa gomo ckit.
Aku rasa satu Malaya tahu tujuan Penubuhan UDA. Aku tak perlu Komen.Aku setuju kerajaan berusaha menarik Pelaburan Asing ke Malaysia. Bab pembangunan ni .Bnyk Company Bumiputra yang ada. Sesekali bagilah kepercayaan kepada Syarikat Bumiputra melaksanakan nya. Kerajaan bantulah dari segi keewangan. Aku teringat ayat2 che dad. Sehinggit kalau simpan bawah bantal x ada nilainya. So jgn simpan gunakan. Pelaburan Asing kalau dia keluar 7 billion..agak2 gomolah..berapa keuntungan yang nak dia ambil? ..pikir2 la gomo. Banyak cara lagi nak digunakan si pelabur asing ni untuk dpt keuntungan dari dia org ni.

warisantmk June 7, 2011 at 5:42 PM  

Papa Gomo,

Apabila Papa Gomo begitu ghairah mempertahankan UDA Holdings, Papa Gomo terlebih dahulu perlu mengisytiharkan samada beliau ada kepentingan dalam UDA Holdings, atau apakah beliau DUTA RASMI UDA Holdings.

Kalau beliau tiada apa-apa kaitan dengan UDA Holdings, beliau sepatutnya tidak BERLAGAK sebagai jurucakap UDA. Sekiranya beliau ada ingin membentangkan justifikasi pemilihan sebuah syarikat dari Cina, cukuplah jika postkan ke portal milik beliau ini OFFICIAL STATEMENT dari UDA Holdings sendiri. Kita juga nak tahu kenyataan sedemikian dari siapa, Pengerusi, MD atau siapa.

Apa yang kurang menyenangkan saya ialah apabila Papa Gomo cuba mengaitkan lawatan PM kita ke Cina dengan perlantikan sebuah syarikat dari Cina yang akan membangunkan projek ini. Hanya seminggu dua lepas Datuk Nurjazlan sendiri ada membuat kenyataan bahawa perlantikan syarikat dari Cina itu belum lagi muktamad. Sedangkan lawatan PM ke Cina jauh lebih awal dari KEKECOHAN berhubung UDA Holdings ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa syarikat-syarikat dari Cina amat kukuh kedudukan kewangannya. Apa tidaknya, sebagai sebuah negara Komunis, kebanyakan syarikat besar-besar adalah milik Kerajaan Cina itu sendiri, sebagaimana Petronas di miliki oleh Kerajaan Malaysia.

Kalau dinilai dengan harga semasa,kos pembinaan projek Menara Berkembar yang dibina oleh Petronas, melalui anak syarikatnya KLCC Development,ialah RM4billion. RM4billion tidaklah jauh bezanya dengan RM5b-RM7b yang dianggarkan untuk pembinaan BBCC. Apakah KLCC Development gagal dalam membina Menara Berkembar tertinggi di dunia ini???

Kalau kita hanya melihat kepada keuntungan DOLLAR AND CENTS semata-mata, tidak ada salahnya kita melantik syarikat dari Cina. Kalau kita nak jual seluruh Wilayah Persekutuan kepada Kerajaan Cina pun, besar kemungkinan Kerajaan Cina akan mampu untuk membelinya STOCK AND BARREL.

Harapan saya, UDA Holdings pastikanlah bahawa projek ini boleh menarik peniaga-peniaga Melayu/Bumiputra ke Bukit Bintang, bukan sebaliknya.

Anonymous,  June 7, 2011 at 7:04 PM  

takyah cite pasal ekonomi la gomol...pegi jual dvd lucah kat petaling street jer..

Anonymous,  June 7, 2011 at 7:32 PM  

Suruh UDA tu buktikan dulu yang dia boleh besaing dgn Sg Wang Plaza, Low Yat Plaza, dan Time Square dengan Bukit Bintang Plaza yang ada sekarang ni...

Jangan besar angan-angan... kalau tak ada modal besar mula dengan yang ada dulu..

Anonymous,  June 7, 2011 at 9:06 PM  

papagomo kan maskot uda holding....

perut boroi,jambang penuh muka,ketika berbulu ,kaki bau cekam

abih jahanam negara....

Anonymous,  June 7, 2011 at 11:43 PM  

Saya mohon papagomo lihat apa yang terjadi di projek Senai-Desaru Expressway (SDE) yg menghubungkan Senai dan Desaru. Projek ini telah diberikan kpd syarikat Bumiputera yg telah memulakan kerjanya pada 1.1.2005 yg lalu dan sepatutnya siap pada 1.1.2008 (3 tahun). Tetapi sedihnya telah lebih 6 tahun projek itu tidak disiapkan. Dulu ada syarikat dari negeri Cina memasukki tender tetapi telah ditolak, mungkin dgn harapan hendak tolong melayu....inilah akibatnya....duit abis lebih 1b, projek x siap-siap, rakyat dikawasan ini dah naik bosan dan benci...

Anonymous,  June 8, 2011 at 1:07 AM  

Anon 11.43pm ko dah check ke sebab apa x siap? Senang2 ko panggil je China Singapore buat.Bahlul punya Melayu.Orang mcm ko nilah wat Melayu tergadai.

Anonymous,  June 8, 2011 at 1:09 AM  

a) Tidak mengenakan bayaran ke atas tanah - Lain syarikat pun boleh buat sedemikian.

b) GDV tertinggi bagi aset UDA sebanyak RM2.1 bilion. - bagaimanakah perbandingan ini? Jikalau terminal bas dan tempat letak kereta adalah sama daripada semua pihak, adakah syarikat China ini membuat offer satu kompleks membeli-belah yang TERLAMPAU besar sehingga lebih besar daripada KLCC?

c) Pendapatan berulang tertinggi pada RM426 juta pada setahun. - sama seperti (b). i rasa jugak yang convention center ini sudah menjadi oversupply kat KL ni.

d) Nisbah tertinggi aset UDA kepada GDV keseluruhan pada 29%. - apakah offer syarikat yang lain?

e) Pulangan tertinggi nilai tanah lebih daripada 3 kali atau 300%. - sama seperti di atas.

f) Pelabur menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan jelas mengenai pecahan aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur. Ini juga memastikan penyerahan aset UDA Holdings Bhd sebelum aset pelabur. - adakah syarikat-syarikat lain tidak menyediakan kertas cadangan yang lengkap?

g) Kertas cadangan juga meliputi akses jaringan jalan masuk bertingkat yang akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. - ada ke tempat lagi nak buat jalan masuk bertingkat? lagi tinggi drpd landasan monorel?

h) EICEC berjaya 100 peratus mematuhi syarat-syarat dengan menawarkan aset tambahan iaitu Pusat Konvensyen. - nak pusat konvensyen buat apa?

i) Menyediakan taman sebagai kawasan hijau yang juga bertindak sebagai zon penimbal antara aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur. - ini siapa-siapa pun boleh bagi.

warisantmk June 8, 2011 at 1:34 AM  

Ada kawan blogger di atas buat LAWAK dengan membuat statement, kalau beri kepada syarikat bumiputra, kerja membina lebuhraya sependek Senai-Desaru Expressway(SDE) pun terbengkalai...

Kawan, beritahu saya siapa yang bina Lebuhraya TERPANJANG di Malaysia...Projek Lebuhraya Utara Selatan(PLUS). Apakah PLUS dan UEM syarikat-syarikat dari Cina.

Dan siapakah pemilik MTD, yang telah menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur(LPT), dan beribu-ribu kilometer Highway di Filipina, India dan beberapa negara di Amerika Selatan.

Janganlah jadi katak bawah tempurung beb...

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP