Wahai Datuk Musa Sheikh Fadzir Meh Sini Baca Jangan Dok Loklaq

Tuesday, June 7, 2011




KENYATAAN AKHBAR DATUK NUR JAZLAN TAN SRI MOHAMED, PENGERUSI UDA HOLDINGS BHD BERHUBUNG PROJEK PEMBANGUNAN TAPAK BEKAS PENJARA
PUDU (BUKIT BINTANG CITY CENTRE)

SAYA ingin mengulas mengenai kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di Buletin Utama dan Utusan Malaysia Sabtu lalu, berhubung projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu atau Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Ingin saya tegaskan bahawa projek ini, yang dibangunkan atas tanah seluas 7.76 hektar di Kuala Lumpur tidak akan langsung meminggirkan kepentingan masyarakat Bumiputera.

Atas sebab itu, saya berasa amat sedih atas tuduhan melulu Datuk Musa terhadap Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd tanpa mahu menghubungi UDA Holdings BHd terlebih dahulu untuk mendapatkan butir-butir mengenai pembangunan projek BBCC ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa UDA Holdings Bhd menjemput 14 syarikat asing dan tempatan yang pernah menyatakan minat menyertai projek pembangunan BBCC ini, membentangkan kertas cadangan terhadap projek ini.

Daripada 14 syarikat, 11 syarikat hadir membentangkan kertas kerja kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 7 dan 8 Mac lalu dengan semuanya bukan milik Bumiputera sepenuhnya kecuali satu.

Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings BHd kemudian membuat penilaian secara telus dalam memastikan syarikat yang dipilih benar-benar dapat memberikan pulangan terbaik kepada syarikat tetapi juga kepada kepentingan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya.

Jadi, tuduhan Datuk Musa menyatakan bahawa UDA Holdings Bhd membelakangkan syarikat Bumiputera adalah tidak benar sama sekali kerana semua syarikat Bumiputera yang berminat membangunkan projek ini, menjalinkan kerjasama dengan syarikat bukan Bumiputera dan mereka tidak mempunyai pegangan majoriti dalam kerjasama strategik berkenaan.


Sebenarnya, dalam projek pembangunan BBCC ini, UDA Holdings Bhd yang memegang kepentingan Bumiputera dengan memastikan kontraktor Bumiputera yang berkelayakan bersama-sama dengan UDA Holdings Bhd menyertai projek pembangunan BBCC ini.

Semua perlu sedar bahawa kedudukan UDA Holdings Bhd pada waktu ini, bukanlah sama seperti 40 tahun lalu, di mana ketika itu, UDA adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkemuka.

Ketika ini, UDA Holdings Bhd mengalami masalah kewangan serta bank tanah yang amat kritikal kerana selepas UDA Holdings Bhd disenaraikan dalam Bursa Saham, syarikat ini, langsung tidak menerima suntikan kewangan atau bank tanah daripada kerajaan secara langsung.

Akibat keadaan ini, UDA Holdings Bhd tidak mampu lagi untuk memperjuangkan agenda Bumiputera seperti digariskan sebelum ini, dalam penubuhannya. UDA Holdings Bhd tidak sama seperti 40 tahun lalu, syarikat ini, tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat hartanah swasta yang ada pada waktu ini, menyebabkan fungsinya kurang lagi dihormati seperti dulu.

Bagaimanapun, kepentingan 1,400 kakitangan UDA Holdings Bhd perlu diutama serta dipelihara dan sebab itu, UDA Holdings Bhd perlu teliti dan telus dalam melaksanakan pembangunan bekas Penjara Pudu.

Ini bagi mengelakkan projek ini terbengkalai seperti yang UDA Holdings Bhd alami pada projek Bandar Wawasan di Kampung Baru apabila tanah berkenaan diswastkan kepada sebuah syarikat kewangan dan akhirnya, ia terus terbengkalai sehingga kini. UDA Holdings BHd juga mahu mengelakkan perkara sama berulang seperti pada projek Plaza Rakyat apabila syarikat lain diberikan hak ke atas tanah, menyebabkan ia terbengkalai dan pemilik tanah tidak mempunyai hak lagi ke atas tanah berkenaan.

Perkara inilah, yang amat ditakuti UDA Holdings Bhd dan sebab itu, kita mengenakan syarat ketat supaya tanah berkenaan tidak boleh dicagarkan. Tetapi amat malang, tiada syarikat tempatan yang berkeupayaan dan mampu untuk tidak mencagarkan tanah berkenaan sebaliknya, semua mahu mencagarkannya bagi mencari sumber pembiayaan.

Terma Rujukan yang dikenakan UDA Holdings Bhd kepada semua syarikat yang berminat menyertai projek pembangunan BBCC ini, adalah bagi mengurangkan risiko kewangan kepada UDA sekaligus memberi jaminan bahawa UDA Holdings Bhd menjadi pemaju utama dalam pembangunan itu, dan mempunyai kata putus terhadap segala bentuk pembangunan di tapak berkenaan.


Selain itu, apabila projek BBCC ini siap, UDA Holdings Bhd akan memastikan bahawa semua ruang niaga yang dimiliki UDA dalam lokasi strategik di BBCC ini, akan memberi peluang kepada peniaga Bumiputera berniaga di sebuah kompleks beli belah bertaraf antarabangsa.

Pada masa sama, kontraktor Bumiputera yang berpeluang menyertai projek ini, akan dapat mempelajari konsep pembangunan baru yang digunakan dalam pelaksanaan projek BBCC.

UDA Holdings Bhd hanya akan memilih syarikat yang berupaya memberi pulangan terbaik bukan sahaja kepada UDA Holdings Bhd tetapi juga kepada masyarakat Bumiputera khususnya, peniaga kecil di Kuala Lumpur secara keseluruhannya. Sehubungan itu, saya kesal dengan dakwaan dan tuduhan Datuk Musa yang seolaholah mendahului saya selaku Pengerusi UDA seperti sudah mengetahui segala butir perjanjian sedangkan, UDA Holdings Bhd belum memuktamadkan sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat.

Projek BBCC ini, sebenarnya perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini, disebabkan ia termasuk dalam projek GTP/EPP kerajaan sekaligus dapat memberikan pulangan kepada negara dan rakyat.


Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed
Pengerusi
UDA Holdings Bhd
22 Mei 2011.

Psssttt.... Jangan lah bila tak dapat Projek menyalak nya lebih konon dia lah Hero Melayu.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

29 comments:

Anonymous,  June 7, 2011 at 4:41 PM  

Sudah le GOMO. Buang masa aja layan kau ni..

Jangan asyik CUT and Paste. Buat research lebih dari ni. Dan jangan dengar cakap sebelah pihak aje....


Pssst... ada cita-cita nak jadi SetPol lepas PRU13 ke nanti?

Anonymous,  June 7, 2011 at 4:47 PM  

Politician is always like a rubbish kkkk...do nothing...like a shittt...do not say when u did not do work...

MPP June 7, 2011 at 6:20 PM  

Gua nak cakap sikit jee... Dah tak ada puak-puak Pakatan yang lu nak hentam ke bro? Hahahahahahaha...

Anonymous,  June 7, 2011 at 6:25 PM  

Tak de la.. kita ni penyokong tegar UMNO, yang rasa betul tu kita sokong. Yang tak betul kita Sanggah. Jangan jadi macam penyokong FUCKATAN yang menyokong mermbabi buta.

Anonymous,  June 7, 2011 at 6:55 PM  

PENCACAI NAJIS UMNO PORNO TU YANG BABI BUTA..PANDI KUTTY!!

BUTA SEBAB HARI HARI TENGOK VIDEO LUCAH..

Anonymous,  June 7, 2011 at 7:06 PM  

Anon June 7, 2011 6:55 PM
Confident Nampak?

Ada tak macam Pelakun Porno toron China Doll dan Mat Jambu kau orang tu?

Atau macam si elibert Wong Kay orang tu?

Atau Macam si Selising tu?

Atau Macam Si prubuk tu?

Atau macam Din Puduraya tu?


Ce citer ce citer

UMNO@fcuk,  June 7, 2011 at 7:10 PM  

Jom berubah....sokong PAS.
Takkan nak jadi bebal sampai berani.
Melayu mesti berani berubah.

Anonymous,  June 7, 2011 at 7:11 PM  

Berubah macam PAS?

Ce citer Ce Citer Timbalan President sama yang Kantoi ITM dulu?

drsbos,  June 7, 2011 at 7:18 PM  

Assalamualaikum, bangsaku Melayu

Apapun profesion anda, ahli profesional ker, ahli plotik ker dll, pastikan apa yang kita lakukan tidak merugikan bangsa sendiri..jangka pendek atyu jangka panjang,,amin

Anonymous,  June 7, 2011 at 7:36 PM  

Silap lah kalau nak complain next biar dah decide baru complain. Camni sempat mengcover,hanya cadangan sy .huhuhuhu.Dont say project billion clean,susah nak percaya tp x tuduh. Sometime statement yang dibuat menyakitkan hati jer. Rakyat dah cerdik.Sepatutnya statement dia kat press 1st panggil SPRM.Biar SPRM bg statement kat press.Ni seolah-olah self defence, Baru betul dia ihklas
.Bak org kata kalau nak tolong bumi putra mcm2 jalan boleh tolong..Terkejut juga bila statement x ada company bumiputra yang mampu .kalau project buat roket g bulan sy percayalah bumiputra x boleh buat.Sekadar untuk renungan.

Anonymous,  June 7, 2011 at 7:45 PM  

Bumipetra Pun dah mampu buat Kapal. Tun M pun Bangga

Anonymous,  June 7, 2011 at 7:52 PM  

Aku benci badan yang ditubuhkan bantu bumiputra last sekali pelekeh bumiputra.Tu guna ko Org melayu pilih ko jadi MD UDA.Kalau x sanggup amik risiko nak fikir tolong org Melayu baik jgn tubuh UDA. Biar tergadai ditangan Melayu dari tergadai tangan Cina.Hidup Melayu.X habis2 pemikiran dijajah.yAKIN DGN BANGSA ASING..

umporno kaki rasuah,  June 7, 2011 at 8:50 PM  

mana ada projek besar yang tak melibatkan kes makan duit.

sampai cetak duit pun melibatkan rasuah. sepupu sianu tu pun dah kantoi.

jangan melayu terus dibangangkan oleh umporno.

Anonymous,  June 7, 2011 at 9:02 PM  

babi nyer hisam awww

adik sendiri wat celake...

sepupu plak ngabihkan rete negara wat kenduri kawen anak dgn rakyat borat...

cover kata cari pelaburan kat kazhakstan....

nyelam sambil minum air....

nasib baik tak kawen ngan rakyat mongolia

Anonymous,  June 7, 2011 at 9:03 PM  

gomo..berape jazlan upah lu??

Anonymous,  June 7, 2011 at 9:09 PM  

huahuahuahuahua

orang tua terkutuk

duit judi biler nak pulang balik bahlol??

Anonymous,  June 7, 2011 at 9:10 PM  

Hang gomo betui lah mengong jenis otak tertutup, gomo cuma tengok scara 1 batang tubuh kontraktor bumi tak mampu, dia buta tak sedar adanya konsep syarikat konsortium yakni gabungan usahasama kontraktor2 yang sudah banyak buat projek turnkey dengan nilain ribuan juta, tak perlu aku hurai menda ni pasai gomo dah ngaku kat topik bawah dia tak reti semua ni.

Duk gebang pasai projek 6.7b melayu tak mampu meh aku habaq mai Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang kos anggaran 47b anggaran siap 2020 sapa kontraktor cina bapak kapir kesayangan hang jugak kaa, mengong, lagi skali kena.

Lagi satu hang mai tepek kenyataan akbar jazlan bertarikh 23 mei pun dah nampak hang jauh ketinggalan, hang tamau tepek mai bantahan presiden perkasa supaya sprm masuk sisat, tamau tepek juga sprm akan masuk siasat hang kan pejuang perkasa pasai lembab, hang tamau tepek arahan muhyidin supaya UDA membuat laporan untuk dibawa ke kabinet dan yang last skali hang tamau tepek mai yang bawah ni

Ahad Jun 5, 2011
UDA Holdings Tertakluk Kepada Prosedur Perolehan Kerajaan - Ahmad Husni
IPOH: Cadangan UDA Holdings Bhd yang mahu melantik syarikat dari China bagi membangunkan kawasan Penjara Pudu dengan anggaran kos RM6.7 bilion adalah tertakluk kepada prosedur perolehan kerajaan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata berdasarkan peraturan, kelulusan projek bernilai lebih RM300 juta oleh semua badan milik kerajaan atau berkaitan kerajaan akan diputuskan Kementerian Kewangan.

"Bagi projek melibatkan lebih RM300 juta, keputusan daripada pihak pengurusan syarikat akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan Bahagian Perolehan akan membuat penilaian teknikal terhadap keputusan itu sebelum dibawa ke Jawatankuasa Perolehan untuk dimuktamadkan," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Beliau diminta mengulas isu pembangunan tapak penjara terbabit, yang timbul apabila UDA Holdings - sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan - didakwa mahu melantik syarikat dari China untuk memajukan kawasan itu kerana tiada syarikat bumiputera yang layak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata bagi projek bernilai lebih RM300 juta, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri Kewangan I, manakala beliau mempengerusikan mesyuarat untuk projek bernilai antara RM100 hingga RM150 juta.
- BERNAMA


Lama dah hang gomo jadi budak asuhan mamat dispatch berok itam sampai tak sedar mamat takda jawatan dalam kabinet duk lapaq pi pakat sama kalimullah masuk kut line cina, ingat PM bodo kaa,
Mengong.

Anonymous,  June 7, 2011 at 9:21 PM  

Jazlan pun dah kecut hingga senyap supi dah skang pasai tpm & menteri dah bersora, hanya gomo saja yang bising pasai puak berok itam duk push dia soh backup uda, oiii gomo tunggu laporan kabinet dan apa kata PM lah yang hang duk kepoh pasaipa, takut abang angkat hang si berok itam yang dah kawtim sama cina akan melopong kaaa

Aku nasihatkan baik hang tibai puak pas sama pkr pasai crita sex sudah lah gomo tu bidang hang, gelang ac tu kasik buang saja buat hang tambah mengong adalah.

umporno kaki rasuah,  June 7, 2011 at 9:33 PM  

ada jugak melayu yang sedar gomo memang bangang.

bagus la kalau macam tu...itu tandanya umporno akan mampus...amin.

Anonymous,  June 7, 2011 at 9:44 PM  

UMNO takan mati itu sudah kompem sebab pejuang UMNO akan hentam mana yang salah yang betul kena sokong lah pejuang UMNO tak sokong membabi buta macam balaci pas & pkr, kaki liwat, terang2 kaki zina, kaki khalwat, kapir harbi menjadi dewa pujaan pas & dap itu juga sudah kompem.

UMNO/BN diangkat ALLAH sebagai pemerintah, Insyallah UMNO/BN akan terus kekal memerintah.... Amin.

Anonymous,  June 7, 2011 at 11:11 PM  

UDA menghadapi masalah kewangan selepas tidak lagi mendapat suntikan kewangan dari kerajaan.

Ini satu bukti yg orang melayu tidak boleh hidup tanpa dibantu kerajaan. Sampai bila lah mcm ni. Malu kat bangsa lain.

Masa blajar kat IPTA dulu, majoriti melayu malas blajar & buat tugasan ala kadar jer. Jadi memang tak menghairankan kalu masa bekerja pun buat kerja sambil lewa.

Anonymous,  June 7, 2011 at 11:27 PM  

PRU nak dekat. Hero2...oopss...silap... PEROMPAK2 DAN LANUN2 yg tak de jawatan, cuba tunjuk mereka lah hero melayu. Populariti dah kelam. Muka dah lama tak keluar TV dan Suratkhabar. Aktiviti2 tak dpt laporan sangat. Maka, cara paling mudah, MENYALAK, jadi hero lah. Serta merta keluar di TV, satu MALAYA tengok. Tercipta lah Isu. Bukan ke Naina Merican si Ketua Penerangan Pemuda Umno yg mula2 sekali menyalak? Musa Sheikh Fadzir kemudian. Tapi apa pasal pulak Musa Sheikh Fadzir yg Nur Jazlan & GOMO fokus? GOMO pulak, dah lama duduk standard 'BALACI' nak juga promotion ke 'SENIOR BALACI'.
Isu UDA ni sebenarnya wayang PEROMPAK2 & LANUN2.
Skrip/Arahan/Penerbit:Hj Kitol Beruk and The Gang.
Balaci:GOMO.

Hai DS Najib, jgn ko pun di bangang kan oleh Budak2 Hitam sudah le.

Anonymous,  June 8, 2011 at 12:02 AM  

11:11pm..hmmm jgn lah hina bangsa sendiri. KO bangsa Melayab kut.Kalau ko rajin ..ko kaya pun kat Bumi Melayu ni.Ko ingat kerajaan Negara China tu melabur bagi kat orang Melayu ke? Tak ke dia hantar company dan orang Dia dtg sini.Sbb tu Kerajaan patut bantu org Melayu.Masa kat IPTA tu ko sorang Melayu rajin..tu yg jadi dungu.Semua bangsa ada rajin ada Malas.

Anonymous,  June 8, 2011 at 12:57 AM  

Sembang boleh la Melayu x dipinggirkan..tengok besok dah siap..sewa mahal giler...kerat jari, Penuh dgn Cina jer t meniaga.Esok alsan dia Melayu x mampu lagi. Piraaah.Blum apa2 dah rekomen China.Apa pun budak Itam tu sebut gak hak Bumiputra. Syabas.

Anonymous,  June 8, 2011 at 3:23 AM  

Anon 12:02
tapi mmg betul apa yg aku ckp. Kat IPTA dulu mmg majoriti plajar melayu malas (aku tak termasuk - SERIUS!). Sebab tu lah masa graduate kebanyakan yg dpt 1st class & 2nd class upper didominasi oleh org2 cina.

Kerajaan mmg patut bantu melayu, masalahnya bantuan sering disalahguna.

Mudah dpt PUKONSA, tapi kalu dpt kontrak buat sub kontrak sana sini. Akhirnya kerana nak kejar untung, hasil kerja tak berkualiti.

Itu belum termasuk pegawai2 kerajaan yg mintak duit poket dpd kontraktor kalu nak menang tender. Ini mmg kenyataan.

Anonymous,  June 8, 2011 at 9:08 AM  

Aku nak tekan kat sini kalau Melayu sendiri kutuk Melayu kemana nak pegi Bangsa Melayu. KIta nak harap cina,india puji Melayu. Kalau seribu org Melayu ckp Melayu malas umpama doa . Banyak gak cina,india malas tapi dia org x kutuk pun bangsa dia org. Dlm paper bnyk kes Jenayah dilakukan oleh bangsa India. Tak pernah aku dengar org India ckp bangsa dia jahat.Sebaiknya kita fikir sbb apa org Melayu sub,jadi Ali Baba..walhal tu semua mengurangkan keuntungan.Check Balik kat mana silap.Masalh kat nak pinjam Bank ke?lg bagus.Memang kerajaan ada bagi pinjaman melalui bank2 tertentu.KO gi mintak tengok susah ke senang. Last sekali bank tu bagi kat contractor yang dah kaya raya.Alasan gurantee bayar balik.KO x percaya ko simpan duit sejuta kat bank..pastu ko gi buat loan kat bank tu..Manager Bank siap hidang Teh kat ko lg.Tup2 LOan Aprove.Aku rasa ramai org setuju kata2 aku ni.

Anonymous,  June 8, 2011 at 12:14 PM  

kah..kah..kah..kah..

mamak penang ni ada duit bilion2 ker?

kah kah kah kah

kalo ada.. mana dtg duit? sekarang penang pakatan pegang.... kah.. kah..kah..

melayu mampu ker?... mana ada melayu kaya bilion2... kalo ada pn kerajaan tolong.... kah... kah.. kah

Anonymous,  June 8, 2011 at 2:50 PM  

Anon 9:08
Napa takut mengakui kelemahan bangsa sendiri?

Kawan aku pernah ada pengalaman dpt jadi francaishi Warung TM dulu. Modal dah kluar RM25,000. Last2 sebab pemegang2 'saham' Telekom (melayu) tamak & tak sependapat, akhirnya Warung TM dibatalkan. Mangsanya kawan aku, hilang RM25,000 mcm tu saja. Itu belum campur sewa lot kedai RM1600 X 5 bulan.

Pemilik jenama Warung TM tu (seorang haji) sekarang ni pulak bersenang-lenang, mcm takder hutang apa2 dgn kawan aku.

Anonymous,  June 8, 2011 at 4:31 PM  

Ini lah cara kesinambungan hidup orang2 UMNO/BN.. cari projek kerajaan.. last2 jual projek pada bangsa lain.. cepat masyukkk...

Papagomo dapat RM2-3 ringgit kadi la.. bagi beli susu kat anak2 dia yg mcm beruk

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP