Humanitarian Assistance Somalia DAY 1

Sunday, August 28, 2011

Jam 9.30 pagi semalam bertempat di lapangan Terbang Tentera Udara Subang misi sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia berlepas menuju ke destinasi utama Somalia. Turut bersama dalam mengiringi pemergian kami para sukarelawan pagi semalam adalah menteri Pertahanan Dato Seri Zahid Hamidi, Panglima Tentera Udara dan juga keluarga para sukarelawan.


Pemergian kami para sukarelawan yang seramai 48 orang ke Somalia dengan menaiki pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia Charlie 130 H yang mana dalam pesawat kami para sukarelawan terpaksa berhimpit himpit dengan bekalan ubat ubatan yang akan diagihkan kepada rakyat Somalia. Bukan keselesaan yang kami perlukan namun matlamat kami adalah untuk sampai ke Somalia dan menyelesaikan misi Kemanusian buat Rakyat Somalia yang dilanda kebuluran.


Jam 16.30 petang waktu Malaysia kami sampai di Kepulauan Maldives bagi memberikan pesawat yang kami naiki mengisi minyak sebelum ke lokasi seterusnya. Dua jam masa yang diberikan kami untuk berehat sebelum beredar dari kepulauan Maldives dan masa ini memberikan para sukarelawan ruang untuk ke bilik air memandangkan didalam pesawat yang kami naiki tidak terdapatnya bilik air.


Jam 21.30 malam waktu Malaysia barulah sukarelawan yang berugama Islam dapat berbuka puasa didalam Cherlie. Kira kira 15 jam juga kami berpuasa memandangkan faktor matahari yang memisahkan waktu berbuka. Kami diberikan makanan Nasi Beriyani bagi berbuka puasa dan ianya sudah cukup mengenyangkan.


Tepat jam 12 malam waktu Malaysia kami semua selamat tiba ke Kepulauan Seychelles bagi sekali lagi memberi laluan buat Charlie 130 H mengisi minyak.


taklimat dari Dato Azzez ketua Misi ke Somalia ini menyatakan kami akan berehat di Airport Seychelles kira kira 8 jam sebelum berangkat ke Mogadishu.


Diharapkan semoga perjalanan kami pagi nanti ke Mogadishu selamat sampai hendakNya. Doa dari rakyat Malaysia buat kami seluruh angkatan sukarelawan amatlah dihargai. kami wakil anda dalam misi bantuan kemanusian ini.


Laporan lanjut menyusul.......

Psssttt.....Satu benda aku tak puas hati, aku susah nak hisap rokok...... Aduh

9 comments:

JAS SALLEH August 29, 2011 at 3:39 AM  

pssst kalo susah nak merokok berenti merokok je ler Gomo ..
Badan sihat duit selamat !

Pendekar Mustar August 29, 2011 at 4:04 AM  

Tahniah Bro.. Teruskan perjuangan mu.. Allah SWT bersama mu.. p/s: lain kali beli rokok elektrik.. :-D

Horas! Hulu Langat August 29, 2011 at 4:41 AM  

Semoga misi bantuan tu berjalan dgn lancar & sukses bro...

Anonymous,  August 29, 2011 at 5:12 AM  

Moga Allah melindungi kalian dengan rahmatNya..aminnn..

Anonymous,  August 29, 2011 at 9:04 AM  

SELAMAT...

Anonymous,  August 29, 2011 at 10:01 AM  

gomo...hang dgn ajis tu adik beradik ka...atau pun...kembar tak seiras...awat hang tak enter frame...malu ka...hahaha

Anonymous,  August 29, 2011 at 12:50 PM  

Selamat para sukarelawan, semoga dalam lindungan Allah selalu..Amin...
Gomo, quit smokinglah...apalah hang ni...busuk tau bau rokok.

Anonymous,  August 29, 2011 at 1:02 PM  

Doa kami semuga anda semua selamt, begitu juga dengan rakyat Sumalia, muga2 Allah membuka hati semua manusia didunia untuk sama2 menyelamtkan nyawa mereka2 yang kesusahan dibumi Sumalia...Amin.

Muhammad Naguib bin Kaharudin August 29, 2011 at 2:39 PM  

Tahniah PapaGomo..teruskan perjuangan anda..didoakan selamat segala-galanya dan dipermudahkan segala urusan....Selamat Hari Raya... Esok aku nak bedal Lemang dan Rendang..huhuhuhu...

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP