Humanitarian Assistance Somalia DAY 3 - Pagi Raya Di Mogadishu Sukarelawan Diserbu
Tuesday, August 30, 2011
Masjid Isbahasyiga Mogadishu Somalia
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia, Gomo dan pasukan Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia pada awal pagi tadi menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Isbahasyiga yang terletak dalam bandar Mogadishu Somalia.
Bekas lubang peluru dibangunan Masjid Isbahasyiga
Sekitar 5 ribu orang menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi dan ini tidak termasuk dengan mereka yang diluar Masjid yang menagih simpati untuk mendapatkan duit ataupun sebagainya yang disumbangkan oleg orang orang besar Somalia.
Sukarelawan cuba mengawal keadaan
Selesai Solat Aidilfitri Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.
Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.
Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.
Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel.
Apa yang Gomo lihat hari ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kepayahaan rakyat Somalia sehinggakan agihan kopiah, selipar jepun pun menyebabkan mereka berebut dan ada yang bergaduh memberikan kita satu mesej bahawa apabila kepayahan hidup mencengkam diri apa sahaja menjadi satu yang bernilai walaupun ianya hanyalah selipar jepun.
Wajah WajahKesesangraan
Bersyukur lah kita rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai dibumi bertuah kerana setakat hari ini belum ada lagi rakyat kita walaupun mereka yang merempat berebut selipar jepun dalam kehidupan mereka.
Perpaduan diantara kita merupakan kunci kemakmuran negara dan jika perpaduan tidak dicapai maka tidak mustahil kita juga akan jadi seperti Somalia yang bergolak akibat dari perpecahan sesama mereka.
Untuk gambar gambar lain sila layari FB Papa Gomo Jahat dan cari di Album
Psssttt....Tu baru didalam bandar, belum tengok lagi pelarian somalia yang kebulur didalam kem....
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT












12 comments:
sedih nya ...
tapi itulah puncanya ..
PERPECAHAN SESAMA SENDIRI
Bencana spt ini akan melanda negara kita jika kita masih tidak bersatu ! Syabas Kelab Putera 1 Malaysia...Papa Gomo teruskan bakti sucimu...
Memanglah assobiyah musuh nombor 1 negara. Masalahnya apa punca assobiyah?
Apakah puak-puak, kabilah, mazhab dan kafir mengkafir itu bukan sifat assobiyah?
Ini bermakna ummah hanya bijak menggunakan perkataan assobiyah walhal realitinya merekalah penganjurnya.
sekadar berkawan dengan Dapig mampukah ciri-ciri assobiyah yang melata dalam diri ummah dihilangkan sedangkan Dapig sendiri memiliki mentaliti assobiyah.
n.ajis kena bagi ayat quraan,apa yg dikata oleh m.sabu tu betul,komunis lebih baik dari umno.ayat berapa surah apa.
awat tak pelawa kami sama.Aku pun teringin nak pi sama beri bantuan kat orang susah di Somalia.Tahniah dan syabas.Buat kebajikjan dgn ikhlas agar Allah jua yg akan membalasnya.
dap ngan komunis ni sama ka tak? dalam pas pun ada komunis ka?
anon 2:46,
komunis adalah anutan universal macam atisma. kat negara isler juga ada penganut wahabi dan ... atis dan komunis. harap maklum.
orang somalia satu bangsa dan agama, namun perpecahan membuat mereka menjadi orang paling miskin dalam dunia, mashaAllah
mat sabu tu pembawa ajaran syiah...jauh menyimpang dari ajaran islam yg sebenar...sila komen
Elok juga lain kali masak bubur lambok.. bagi sorang satu pek...
Belanja tak banyak tapi kenyang dan enak.
Hanya rosmah anak pak mansur shj yg boleh menyatukan org melayu.
hidup rosmah..!! hidup kakmah..!!
Post a Comment