Papa Diva - Anugerah Skrin 2011 Malam Pelakon Tayang Body?
Saturday, November 5, 2011
Memang meriah Anugerah Skrin malam tadi dan boleh dikatakan satu malam Anugerah yang berjaya dilakukan oleh seluruh tenaga kerja Anugerah Skrin 2011. Malam tadi juga temanya Golden Glamour yang sudah pastinya ramai lah jugak yang Glaour tak habis dengan pakaian yang memag class gitu.
Dalam majlis malam tadi juga Papa Diva sempat jeling sana sini mana lah tahu lihat gelagat artis yang bikin spoil dengan penampilannya yang merepek dan tenyata semuanya berkelakuan baik dan tidak ada artis yang bikin onar memakai pakaian yang bukan bukan.
Apa? Seksi? Biasalah tu takkan seksi pun tak boleh? Jangan ada pulak yang nak kata artis tu tak betul pakai seksi bla bla bla semua tu sedangkan diri sendiri yang dok bercakap pun tak betul. Lantak pilah dengan artis tu nak pakai apa pun jangan artis tu berbogel depan semua orang udahlah.
"Diana Danielle"
Dalam Twiiter dan Facebook Papa Diva tengok ada lah adik adik kita dan kakak kakak kita yang tak henti henti cakap artis ni pakai itulah, belah sini lah, belah sana lah, nampak tu terjojol lah, bla bla bla macam macam lagi. Tetapi hakikatnya para Pelakon yang hadir malam tadi tidak lah seteruk ataupun sekeji yang dikatakan sesetengah pihak.
Malam penuh Glamour takkan lah nak kesana dengan pakai baju biasa yang pakai hari hari dik oi? Tentulah kena pakai yang Grand Grand dan itupun bukan selalu mereka para artis tanah air ni pakai pakaian yang Glamour tu.
Apa pun orang nak kata Papa Diva tetap kata para Artis yang hadir malam tadi cukup tertib dan bertanggungjawap dalam memastikan maruah mereka sendiri dijaga. Syabas buat seluruh artis yang hadir malam tad ke Anugerah Skrin 2011.
Apa pun ucapan tahniah kepada para pemenang Anugerah Skrin malam tadi dan Papa Diva mengucapkan syabas dan diharapkan para artis tanahair kita akan berusaha lebih gigih lagi bagi memastikan mutu Industri Drama dan Filem negara meningkat dari masa ke semasa.
Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2011 KLIK DISINI....
Psssttt.. Papa syok dengan satu artis tu tapi siapalah
Papa Diva ni kan..ha ha ha
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Papa Diva ni kan..ha ha ha
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



15 comments:
gomo..aku rasa lain mcm la dgn post ko ni..rase lemah longlai ala2 azwan ali gitu..kembalilah gomo..kembalikn..arggghhhh..
artis beb.. dulu wardina masa lum kahwin dalam drama pun sampai nampak seluar spenda berlakon kena culik kat satu pulau.. bob lokman sama sham kamikazi dulu pun 2 x 5 pop jahil.. yang pelik tu sham kamikazi buat komen akademi fantasia dulu siap kata insyaallah alhamdulillah bagai (lepas dia balik dari tanah suci) bila komen budak2 af tu terkinja2 nyanyi lagu sambil tak tutup aurat.. skang dua2 ni dah masuk PAS.... islam la konon.. jumpa keinsafan.. kembali ke jalan benar.. cehhh!
aper dah jadi ni bro...adoiii!!!!!!!!..betul tu cacamarba..KEMBALIKAN GOMO!!!!!.aarrggghhhhhh!!!!...-konteng-
Gomo....Papa Diva?????? Biar betul kau?????? Huhuhuhuhuhuhuhu...janganlah GOMO...geli lah...yakssss....
Ya Allah...kembalikan Gomo kami nie....
GOMO...hang jangan buang tebiat yer.....Kitorang ni tgh ANTI SEKSUAL MERDEKA...ko plak nak ngada2 buat gaya LGBT...ko nak merajuk ngan menteri nak buat apa....dorang bukan tuhan boleh bagi ko makan pun....buat post elok2...jgn ngada2 nak jadi azwan ali ke2 plak....
Yelah Gomo, tak sajak betul kau jadi reporter hiburan...
macam berada di sebuah Negara bukan Islam......macam berada di Thailand...Islam apakah Artis Malaysia ni.....
Lawak betoi la komen hampa ni..he he
GOMO!
Takde kick le posting kau kali ni GOMO! Apa dah jadi?????
Dalam keghirahan kami hentam budak2 PR kau pulak jadi Azwan Ali....eh potong stim betul le GOMO ni.
Relax semua...
Papagomo sedang ada mood org baru...
bagi dia chance lah.
sesekali gomo bikin post luar tabii...lawak gak
NANTIKAN BALASAN ALLAH- PAPA GOMO BERFIKIR SEBELUM MENULIS- MALAIKAT SEDANG MENULIS DOSA ANDA..
Oh tidak apa dah jadi dengan hang ni Gomo!!!! Hang buang tebiat ke hapa ni? Papa Diva??? Loya tekak aku ni hang tau tak!
Mai pulang ke pangkal jalan Gomo... mai kita pakat balun Pakatan Ghapla Jingga Haram Jadah ni... haduii laa punggah...punggah...
umno islam konon.. kuba mu.. blog paling aku mual blog papa gomo. cisss!!! xpyh ckp sal islam laa klau blog cam neh..
jangan berkata atas dasar pendapat sendiri tetapi bercakaplah atas dasar ISlam yang sebetul2nya..
"Apa? Seksi? Biasalah tu takkan seksi pun tak boleh? Jangan ada pulak yang nak kata artis tu tak betul pakai seksi bla bla bla semua tu sedangkan diri sendiri yang dok bercakap pun tak betul. Lantak pilah dengan artis tu nak pakai apa pun jangan artis tu berbogel depan semua orang udahlah."
"Malam penuh Glamour takkan lah nak kesana dengan pakai baju biasa yang pakai hari hari dik oi? Tentulah kena pakai yang Grand Grand dan itupun bukan selalu mereka para artis tanah air ni pakai pakaian yang Glamour tu."
"Artis yang hadir malam tadi cukup tertib dan bertanggungjawap dalam memastikan maruah mereka sendiri dijaga."
anda sebagai blogger akan bertanggungjawab apa yang ditulis di akhirat nanti..ingatlah..
di mana buktinya "UMNO ITU ISLAM" kalau hal ini dipandang sebelah mata malah disokong?
buktikan yang anda benar2 Islam secara seluruhnya..
sesungguhnya hanya keranaNya..
Post a Comment