

KENYATAAN AKHBAR 4 JUSTICE
4 Justice hari ini membuat laporan polis terhadap penderhaka iaitu Shuhaimi Bin Hj Shafiei, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sri Muda yang telah membuat kenyataan dengan begitu amat biadap dan kurang ajar. Kenyataan ini sememangnya berunsurkan fitnah, menghina, mengertak, menggugut dan derhaka kepada Institusi Raja-raja Melayu, khususnya kepada DYMM Sultan Selangor.
4 Justice menggesa pasukan keselamatan (KDN) bertindak dengan segera dan tegas terhadap penderhaka ini sebelum ianya menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi. Merawat itu lebih baik daripada mengubati. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan telah memberikan pengiktirafan dan peranan besar kepada Institusi Raja-raja Melayu di dalam pemerintahan di Negara ini, ianya harus dipertahankan .
4 Justice mencadangkan agar pertuduhan segera dilakukan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap penderhaka seperti ini kerana perbuatan mengugut DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut adalah "perbuatan memerangi Raja-raja Melayu" yang jika disabitkan kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati.
Atau sebagai alternative hendaklah penderhaka ini dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 121(1B) kerana "merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri" yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat , iaitu sampai mati didalam tahanan penjara.
Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan , apatah lagi bertolak ansur denganya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat khususnya melakukan perbuatan derhaka seperti itu.
Sekian. Terima kasih
ANUAR BIN BASIRAN
PENGERUSI 4 JUSTICE
019-2701969
4 JANUARI 2011
LAPURAN POLIS
Tarikh : 4 JANUARI 2011
Nama : ANUAR BIN BASIRAN
No. K/P : 771122-10-5675
Alamat : Lot 1127, Jalan Meranti, Kg Tanjung Sepat Darat
42700 Tanjung Sepat, Selangor
No Tel : 019-2701969
Jawatan Ngo : Pengerusi 4 Justice
LAPURAN SAYA
Saya ingin membuat lapuran terhadap SHUHAIMI BIN HJ SHAFIEI, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sri Muda yang telah membuat kenyataan dilaman blognya
http://srimuda.blogspot.com/2010/12/pandangan-saya-berasaskan-undang-undang.html
"Begitu juga dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan konvensyen , ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan "beraja di mata , bersultan di hati" oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.
Janganlah kerana hendak menegakan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.
Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.
Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember2010
Kenyataan ADUN ini amatlah biadap dan kurang ajar. Kenyataan ini berunsur fitnah, menghina, mengertak, mengugut dan derhaka kepada Institusi Raja di Negeri Selangor. Saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap Institusi Raja-raja Melayu, khususnya DYMM Sultan Selangor.
Read more...