GREECE - Najib Razak Akui Pelan 100 Hari Pakatan Haram Akan Suksess???
Monday, January 10, 2011
PUTRAJAYA 10 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji pembangkang untuk melaksanakan `Pelan 100 Hari' jika dapat memerintah negara sebagai amat populis tetapi tidak berpaksi di bumi yang nyata kerana tidak membentangkan punca kewangannya kepada rakyat.
Menurutnya, terdapat keanehan dan juga amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala benda bersifat populis tetapi tidak ada sebutir pun dibentangkan dari mana punca kewangannya.
``Jadi kalau begitu, bagaimana segala-gala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan,'' katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Justeru katanya, kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.
``Malah tidak payah tunggu anak dan cucu dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita negara kita jadi macam negara Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara. -Utusan
Kan Gua dah cakap, jangan kita gadaikan apa yang ada ni semata mata marah dengan pemimpin. Kena guna akal sebaik mungkin dan lihat keadaan keliling. Lihat contoh di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Semua berebut nak jawatan bila menang. Lepas selesai satu masaalah maka banyaklah hal hal pelik berlaku, bagi tanah sesuka hatilah, Keronisme sana sini, Korek Pasir tak kira tempat malah Aktiviti Pelacuran Bersepah sepah.
Tu ke yang rakyat Malaysia Nak?
Ok lah..kita pi dekat sikit, 100 hari mereka Pakatan Rakyat menjanjikan Bulan dan Bintang buat anda. Tapi tu Kelantan 20 tahun PAS memerintah. Apa depa buat? Pembangunan tidak berlaku hanya di banggakan dengan Kewujudan TESCO milik Zionis buat apa?
Masjid sebiji pun PAS tak pernah Bina di Kelantan, apatah lagi dengan yang lain lain. Hasil Balak Berbilion Ringgit tapi tak tahu kemana perginya hasil balak tersebut. Tu baru sikit kita nak cakap....banyak ni kalau nak cakap, tak cukup lah 100 Hari nak cerita Kekorupan depa Pakatan Haram ni.
So Gomo harapkan Rakyat Malaysia bukak mata dan Minda dan lihat sekeliling. Apakah kita ingin jadi seperti Indonesia? Thailand? dan negara negara lain yang mana Kuasa Besar Amerika Syarikat hanya menunggu masa sahaja untuk masuk ke negara kita ini jika kepincangan negara berlaku.
Psssttt..Agenda Anwar Al Juburi Agen Zionis masih lagi belum terhenti...Kill Them All
LAGI Cerita Anwar Penakut KLIK DI SINI
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT Read more...


