Lewat malam tadi Gomo telah menerima Emel dari seorang pembaca yang menceritakan satu isu di mana Ada cubaan Tangan Ghaib dalam mendalangi isu Balak Kelantan yang berbilion ringgit ini!
Di sini Gomo pamerkan Emel tersebut untuk kita semua fikirkan:
Di khabarkan Kompleks Perkayuan Kelantan atau lebih di kenali dengan nama KPK akan mengalami zaman kehancurannya akibat tindakan pihak kerajaan PAS Kelantan yang di kepalai oleh YB Zul telah melacurkan KPK kepada sebuah syarikat bukan bumiputra (Cina) dari Sarawak untuk di JV yang kononnya KPK tidak menguntungkan Kerajaan.
Kaedah JV tersebut adalah dengan MBO (berapa harganya tidak diketahui) dengan ekuiti 60/40.
Apabila KPK di ambil alih oleh Syarikat dari luar ini ada besar kemungkinan yang staf staf di KPK akan di 'retrench" erti kata lain = ditendang keluar dan majikan baru ini! Majikan baru akan menguasai KPK baik dari dari kawasan pembalakan yang beribu hektar kepada pengurusan sawmill, jualan kayu kayu balak dan jualan kayu gergaji dari sawmill KPK. Pendek kata mereka punya kuasa terus dalam hal ini dan Rakyat hanya jadi batang kayu reput jelah.
Persoalan yang perlu kita tanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan:
Apakah perlu KPK di JV kan?
Apakah tujuan penubuhan dan kewujudan KPK.?
Kenapa harus di beri kuasa kepada sebuah syarikat Cina dari Sarawak untuk mengurus dan mentadbir KPK dimana kawasan hutan balaknya dianggarkan beribu hektar.? Apakah sudah tiada Bumiputera? Anak Kelantan? Cina Kelantan?
Apa jaminan syarikat tersebut setelah KPK diambil alih, KPK akan mendapat untung.? Sila jelaskan!!!
Berapa kah jumlah wang jaminan yang dicagarkan kepada KPK untuk mengambil alih kawasan balak KPK dan sawmill KPK serta pengurusan KPK.?
Siapa kah yang berkuasa memberi kelulusan kepada syarikat dari Sarawak.? Adakah YB Zul.? Adakah ahli ahli Exco kerajaan negeri.? Adakah PKINK.? PKB.? Atau tangan ghaib siapa kah yang memainkan peranan durjana ini.?
Tak sudah sudah Balak yang menjadi kegilaan Pemimpin PAS Kelantan ni! Habis jahanam!!! Duit rakyat di Rompak!!!
Kiriman Emel Arus SgPadi.Apa lagi nak di kata dalam hal ni? Pas For All atau PaSHIT? Mari kita lihat Struktur organisasi Lembaga Pengarah KPK ini:
YB Hj. Zulkifli bin Mamat
AdUN Pulai Chondong � Pengerusi
YB Hj. Abdul Aziz bin Kadir aHLI pARLIMEN KOK LANAS |
|
| YB Hj. Wan Yusoff bin Wan Mustafa aDUN GUAL IPOH |
|
| YB Hj. Hassan bin Mahamod ADUN TAWANG |
|
| YB Hj. Azami bin Hj. Mohd Nor ADUN KADOK |
|
| Tuan Hj. Mohd Sabri bin Abdullah KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK |
|
| Dato' Abdullah Sani bin Shaffie Pengarah Perhutanan, Jabatan PerhutanAN Negeri Kelantan |
|
| Tuan Hj. Mohd Apandi bin Mohamad Penyelia Parlimen jeli |
|
| En. Muhammad Hafiz bin Musa ahli perniagaan |
Kita lihat pula serba sedikit Latar belakang KPK ini:
Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang telah ditubuhkan pada 26 Januari 1979 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 20 juta dan modal berbayar sebanyak RM 6 juta. Dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Pada tahun 1980 KPK memulakan operasi sebagai sebuah syarikat pembalakan dan telah diberi konsesi seluas 14,200 ekar di kawasan Kuala Krai Selatan (Sungai Ciku, Sungai Chali). Selepas itu KPK mengorak langkah ke arah mencapai misi sebagai sebuah syarikat perkayuan bersepadu dengan menubuhkan Kilang papan di Kampung Stong, Kemubu yang mula beroperasi pada tahun 1983 dengan pemprosesan kayu secara aktif. Bagi memastikan bekalan balak yang mencukupi dan diperoleh secara berterusan, KPK telah diperuntukkan satu konsesi hutan seluas 92,449.39 ha di kawasan Hutan Simpan Berangkat, Balah, Gunung Stong Selatan, Utara dan Tengah di bawah Pentadbiran Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat. Konsesi ini diusaha hasilkan secara pengurusan hutan berkekalan dengan pusingan tebangan selama 30 tahun. Kawasan tersebut juga diusahakan mengikut kuota yang dibenarkan iaitu seluas 30,000 ekar setiap 5 tahun. Dengan anggaran seluas 6,000 ekar setahun merangkumi lebih kurang 9 kompartmen. Dalam tahun 1990, KPK telah membuat beberapa tambahan dan pembangunan untuk dilaksanakan di kilang bagi memperbesarkan dan mengukuhkan aktiviti yang sedia ada. Antaranya; i. Pengubahsuaian Kilang Papan ii. Pembinaan Kilang Tanur (Kiln Drying) iii. Pembinaan Kilang Kumai (Moulding)
Pada tahun 2002, KPK telah menambah pelaburan 1.3 juta untuk menaikkan taraf KD dan pembelian Dangdang (Boiler) baru dalam langkah yang lebih serius kearah aktiviti hiliran. Dengan menjalankan aktiviti pembalakan pada asalnya dan kemudian melaksanakan aktiviti pengilangan kayu sehingga di peringkat hiliran, pada masa sekarang KPK telah berjaya meningkatkan modal berbayarnya kepada RM 19,575,449 juta.
Sumber Website Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn BhdApa yang Gomo lihat di sini adalah Hasil yang sememangnya melimpah ruah bagi rakyat Kelantan. Hasil balak yang berbilion bilion telah di perolehi dari penebangan Balak. Tetapi hasil kepada Rakyat Kelantan???
Mana perginya Wang yang di perolehi dari Penebangan Balak Balak itu??? Kita Tuntut Agar Kerajaan PAS Kelantan Memberi jawapan dalam isu ini.
Psssttt...Fuh masyuk gila beb....bilion bilion hasilnya...tapi wang tak tahu PAS buat apa...Khak PtuihDAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...