Lepas satu hal maka satu hal lagi timbul, Hal yang sebenarnya pada amatan Gomo amat memalukan Negeri Kelantan Darul Naim di bawah Pentadbiran PAS yang mana Nik Ajis sebagai Menteri Besarnya.
Semalam sewaktu membelek belek melalui Fone Gomo terbaca satu isu dalam The Malaysian Insider mengenai Bantahan Persatuan Peguam Syariah Malaysia cawangan Kelantan di atas perlantikkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang baru yang di dakwa tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang hakim sebelum ini.
Artikel Penuh mengenai bantahan ini:
KOTA BARU, 17 Jan — Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Kelantan hari ini membantah pelantikan Abu Bakar Abdullah Kutty sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang baru kerana didakwa tidak mempunyai pengalaman sebagai hakim sebelum ini.
Penyelaras persatuan itu, Che Rosmah Mohd Zain berkata: “Pelantikan Abu Bakar itu pada kami tidak menepati syarat iaitu sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau kadi di jajahan-jajahan.
“Surat bantahan itu telah kami hantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, (Datuk Mohd Aiseri Alias),” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Pelantikan Abu Bakar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang mendapat perkenan Sultan Kelantan, berkuatkuasa pada Khamis lepas.
Beliau menggantikan tempat Mohd Yusof Awang yang tidak lagi disambung kontrak.
Seorang lagi hakim syarie di mahkamah itu ialah Abdullah Man.
Che Rosmah berkata pihaknya meminta agar nama yang dicadangkan persatuan itu iaitu Hakim Mahkamah Rendah Syariah sekarang, Che Hashim Deraman dilantik bagi mengisi kekosongan itu.
Beliau berkata sejak kekosongan Mohd Yusof itu pada November lalu sehingga sekarang, lebih 300 kes terutama kes mal iaitu melibatkan perceraian dan tuntutan harta sepencarian telah tertunggak dan telah menyusahkan semua pihak termasuk peguam syarie.
Che Rosmah berkata persatuan itu sanggup menghadap Sultan Kelantan bagi menyelesaikan kemelut tersebut dan turut meminta agar kontrak Mohd Yusof disambung sementara bagi mengadili kes-kes tertunggak itu.
Persatuan itu mempunyai 300 anggota.
— Bernama
Apa yang berlaku dalam negeri Kelantan ini? bagaimana seorang yang tidak layak boleh di tempatkan dalam jawatan tertinggi istitusi Kehakiman? Keroni?
Memetik ayat dari kenyataan tersebut yang mana Gomo lihat ianya satu hal yang menarik:
"Penyelaras persatuan itu, Che Rosmah Mohd Zain berkata: “Pelantikan Abu Bakar itu pada kami tidak menepati syarat iaitu sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau kadi di jajahan-jajahan."
Emmm Macam mana Boleh di lantik orang yang tidak mempunyai apa apa pengalaman dalam hal Kehakiman. malah Kadi di Jajahan pun tidak pernah di lakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan ini.
Masihkan Kau Ingat?
Kalau benda semudah ini pun tak boleh nak Peka apatah lagi dengan hal hal yang lain. Sepatutnya senarai nama yang di cadangkan itu di semak dan di selidiki terlebih dahulu bagi memeilih mereka yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam menjawat satu satu tugas yang di amanahkan.Bukan
main sokong apa yang di cadangkan oleh Keroni dan Paksi Paksi PAS ni.
Rakyat Kelantan seharusnya semakin jelas dengan Hal ini. Bidang Kehakiman pun dah di nodai emmm yang lain lain tu tak tahu lah macam mana jadinya.
Psssttt.... baik Nik Ajis letak anak beranak je dalam mana mana jawatan penting dalam Kerajaan,....
Lagi Isu Panas Membara KLIK
Politik Seks Lubang Dubur Di Amalkan Anwar Ibrahim Dan Karpal SinghDAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...