Tengku Razaleigh Akui Tuanku Sultan Ismail Petra Semakin Sihat Ketika Ini

Monday, January 31, 2011

 

Pada minggu yang lalu Tengku razaleigh telah di soal siasat oleh pihak Polis berhubung satu kenyataan yang di keluarkan oleh Akhbar berbahasa Cina mengenai kemelut istana Kelantan. Dalam sidang media itu ada Wartawan yang bertanyakan Kesihatan baginda Tuanku Ismail Petra pada waktu ini.

Tengku razalegh menyatakan kepada semua Media yang hadir pada hari itu bahawasanya

"Tuanku Ismail Petra semakin sihat dan boleh bertutur dengan lancar, Melihat dengan jelas dan kesihatan baginda juga semakin baik dari masa ke semasa."

Gomo ingin anda semua membaca segala yang terkandung di bawah ini hasil petikan dari sebuah Blogg Kickdeffela.


Artikel 1 undang-undang tubuh Negeri Kelantan mengatakan “… the Laws of The Constitution of Kelantan shall be read subject to Federal Constitution”.


Raja-Raja Melayu sudah bersetuju menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘the supreme law’ dan jika ada sebarang percanggahan di antara Perlembagaan Negeri, undang-undang atau enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka ia dengan sendirinya terbatal.


Di dalam Undang-Undang Pelembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan tidak ada satu artikel, atau peruntukan yang membenarkan seorang Sultan digugurkan tahta melainkan dengan kehendak dan kerelaan Tuanku Al Sultan sendiri.

Artikel 23 (1) menyebut antara lain, ‘Seorang Sultan tidak boleh berada di luar negeri untuk tempoh lebih 12 bulan berterusan dan sekiranya ini berlaku, pengganti harus di pilih sejajar dengan peruntukan perlembagaan melainkan Majlis Perajaan Negeri mendapati ianya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh dan boleh diterima’.

Artikel 23 (3) pula menyebut (1) tidak boleh digunapakai sekiranya beradanya Tuanku diluar negeri adalah kerana dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agung.

Artikel 24 (1) pula menyebut, ‘Sultan boleh secara sukarela mengosongkan dan turun dari tahtanya yang bererti menyerahkan segala hak dan kuasanya.

Tiada sebarang peruntukan yang membenarkan KDYMM Sultan diturunkan dari tahta tanpa kerelaannya. Sebaliknya Perlembagaan Persekutuan mempertahankan hak Raja-Raja Melayu dan undang-undang Malaysia mengenakan hukuman berat kepada sebarang usaha untuk menurunkan Yang DiPertuan Agung, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertua Negeri dari tahtanya.

Sebarang usaha menurunkan Sultan menerusi proses undang-undang iaitu menerusi Pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan di dalam Dewan Negeri, jika dilakukan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan akan terbatal.

Bagaimana sekiranya Sultan itu hilang upaya fizikal dan mental?

Tiada sebarang peruntukan di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan yang menyebut bahawa seorang Sultan perlu atau boleh diturunkan dari tahta sekiranya Baginda mengalami sebarang kecacatan kekal, hilang keupayaan fizikal atau mental atau lumpuh sepenuh badan atau sebagainya.
Sebaliknya ada peruntukan yang membolehkan seorang pewaris Sultan tidak diangkat sebagai Sultan sekiranya Majlis Perajaan Negeri mendapati pewaris Sultan itu tidak sesuai diangkat kerana antara lain masalah fizikalnya dan lain-lain sebab yang tidak dibenarkan melalui Hukum Syarak.

Artikel 8 (2) antara lain menyebut Majlis Perajaan boleh menolak waris tersebut sekiranya, ‘…the council shall consider him to have some great and serious defect derogatory to the quality of a sovereign such as infirmity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by Hukum Shara’ to become Sovereign Ruler’.

Antara lain ini bererti Undang-Undang Tubuh Negeri melindungi seorang Sultan daripada didiskriminasikan dari terus menduduki tahtanya setelah perlantikannya sebagai Sultan disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri.
Oleh yang demikian, dari sudut Undang-Undang Negeri, tiada pihak boleh mempertikaikan kesahihan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Al Sultan dan Yang Di Pertua Negeri Kelantan Darulnaim dan semua jajahan naungannya. Sebarang masalah kesihatan yang mengakibatkan Kebawah Duli Tuanku gering tidak boleh di pertikai.

Majlis Perajaan Negeri
Sejak konflik istana Kelantan tercetus, kita sering mendengar sebutan Majlis Perajaan Negeri atau di dalam Bahasa Inggeris di panggil sebagai The Council of Succession of Kelantan.
Pentingnya Majlis Perajaan Negeri boleh dilihat dari segi kedudukannya di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri. Majlis ini mendahului lain-lain kerabat DiRaja di dalam undang-undang tubuh negeri.

Ini kerana Artikel 6 menyebut antara lain ‘tiada siapa boleh ditabalkan sebagai Sultan melainkan telah terlebih dahulu perlantikannya disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri’.
Oleh yang demikian, ianya adalah satu Majlis yang amat penting dalam sistem Raja Berpelembagaan di peringkat negeri.

Ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri adalah mengikut undang-undang tubuh terdiri daripada,
  • Presiden
  • Timbalan Presiden
Setiausaha Kerajaan negeri adalah menjadi Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.
Ahli-ahli lain ialah 4 orang Kerabat D’Raja dan tidak kurang dari empat dan tidak lebih dari lapan orang yang hendaklah berketurunan Melayu dan rakyat kepada Sultan di negeri berkenaan.
Ahli Majlis Perajaan yang disebut diatas hendaklah dilantik oleh KDYMM Al Sultan sendiri dan bukan oleh pihak lain.

Peranan Majlis Perajaan Negeri adalah mengesahkan Sultan yang baru sebaik sahaja setelah kemangkatan Sultan sebelumnya. Artikel 11 (1) menyebut, ‘No decision of the Council of Succession shall be valid and binding unless at least two-thirds of the members present and voting shall agree thereto’.
Pemangkuan Raja


Artikel 22A (1) menjelaskan peruntukan-peruntukan yang membolehkan pemangkuan diwujudkan di dalam negeri, iaitu sebab-sebabnya,
a) ‘If the Sovereign shall have occasion to be absent from the State for more than thirty days; or
b) ‘If the Sovereign shall be incapacitated from attending to the affairs of the state; or
c) ‘If the Sovereign is elected to the office, or exercise the functions, of the Yang di-Pertuan Agong for a period exceeding fifteen days’.

Peruntukan (a) dan peruntukan (c) dalam Artikel 22A(1) Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan adalah jelas tetapi peruntukan (b) adalah samar dan memerlukan tafsiran.
Apakah maknanya ‘…incapacitated from attending to the affairs of the state’? pelbagai pihak boleh memberi tafsirannya berdasarkan bias masing-masing. Oleh yang demikian, eloklah dibiarkan tafsiran dibuat oleh pihak yang diberi peruntukan untuk membuat tafsiran ini oleh undang-undang tubuh negeri ini.
Bagaimanapun, jika dibaca peruntukan seterusnya di dalam artikel yang sama kita mungkin dapat sedikit gambaran tafsiran incapacitated.

Artikel 22 A (2) antara lain menyebut jika Baginda Sultan bercadang keluar negara seperti tersebut dalam peruntukan (a) artikel ini, Tuanku hendaklah melantik Pemangku atau Majlis Pemangkuan untuk menjalankan ‘… His functions during His absence from the State’.
Tetapi Artikel 22 A (3) bagaimanapun menyerahkan tugas melantik Pemangku dalam kes Artikel 22A (1) (b) kepada Majlis Perajaan Negeri. Ia berbunyi;

In the case of the incapacitation of the Sovereign the Council of Succession shall appoint a Regent or Council of Regency as to them most expedient and if it shall be necessary to appoint a Council of Regency the provisions of Clauses (2) and (3) of Article 19 of this Part shall apply to such appointment’.
Artikel 22 A (4) mengembalikan kuasa melantik Pemangku kepada Sultan dalam kes Artikel 22 A (1) (c) yang mana bila Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agung.

Berdasarkan ketiga-tiga klausa ini, beerti dari segi Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri salah satu keadaan incapacitated ialah dimana Tuanku tidak boleh bertitah di antara lainnya boleh dikatakan sebagai dalam koma atau tidak waras. Jika setakat itu sahaja tafsiran incapacitated di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri, bererti hari ini Tuanku sudah diluar keadaan tersebut berdasarkan surat daripada pihak Pakar dari Hospital Mount Elizabeth di Singapura.


Kegagalan berjalan atau berhadapan dengan umum disebabkan keadaan fizikal lain tidaklah boleh dijadikan alasan meneruskan pemangkuan kerana Artikel 22 A (5) jelas tercatat bahawa;

‘Such Regent or Council of Regency shall cease to act upon the return of the Sovereign to the State or upon His recovery from incapacitation or His ceasing to hold the office or exercise the functions of Yang di-Pertuan Agong as the case may be’.

Di dalam sepucuk surat bertarikh 15 Januari 2010 yang ditandatangani oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mahkota telah meminta Dr. Kelvin Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Mount Elizabeth menjelaskan keadaan kesihatan Tuanku, antara lainnya tertulis dalam surat tersebut;
‘I also wish to know if the Sultan is presently competent to perform his duties as a ruler…’
‘I also wish to request the appropriate medical reports be furnished to me as the Regent …… as to the Sultan present competency to make informed decisions which a ruler has to make with regard to the affairs of the State of Kelantan.’
Untuk itu, pihak Hospital di Singapura menjawab pada 1 Februari 2010,

“ …the Sultan is currently capable of making His own decisions.’

Berdasarkan jawapan itu pada 18 Februari 2010, YTM Tengku Mahkota Kelantan mengarahkan peguamnya, Zul Rafique & Partners bertindak bagi pihaknya dalam mendapat lebih banyak maklumat dari pihak di Singapura.

Apakah Kuasa Sultan Dalam Negeri


Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan menyebut dalam Artikel 10;
‘The executive authority of the State shall be vested in His Highness but executive functions may by law be conferred on other persons or authorities.
Antara lain ia jelas bermaksud, kuasa mentadbir negeri hanya ada pada Sultan tetapi kuasa melaksanakan hal-hal pentadbiran boleh diamanahkan kepada individu atau pihak lain.
Artikel 15 (2) antara lain menyebut, ‘Baginda boleh bertindak di atas pertimbangannya bagi fungsi-fungsi eksekutif…’ dan diantaranya ialah (e) perlantikan warisnya dan pemangku atau majlis pemangkuan.
Persoalannya ialah adakah dengan wujudnya pemangkuan, executive authority digalas oleh pemangku atau pemangku sekadar melaksanakan executive functions.

Pemahaman Kuasa Pemangku


Menurut Shukri Mohamad dalam rakaman audio yang telah tersiar di blog ini, individu yang diberi kuasa memangku mempunyai kuasa setaraf dengan individu yang dipangku jawatannya.
Secara peribadi saya merasakan jika itu benar, maka ia melanggar semangat dan prinsip pemangkuan.
Dalam rumusan kampung, kita boleh andaikan saya sebagai tuan punya sawah padi dan saya mempunyai barisan pekerja menjalankan tugas-tugas menanam padi. Geran dan hak milik tanah adalah diatas nama saya. Diatas sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa meninggalkan kampung untuk suatu jangkamasa dan atas sebab demikian, saya melantik anak saya untuk menjalankan tugas saya.
Anak saya sudah tentu tidak ada kuasa mutlak untuk menjual tanah sawah saya kepada pemaju untuk aktiviti pembangunan walaupun dia memangku tugas saya. Ini kerana dia ‘memangku tugas’ dan bukannya mengambil alih peranan saya sebagai tuan punya sawah.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Pemangkuan adalah memangku tugas-tugas atau fungsi seorang Sultan tetapi dia tidak memangku kuasa seorang Sultan.

Di atas sebab itu juga undang-undang tubuh negeri di dalam artikel 22 B jelas menyebut antara lainnya, ‘imbuhan yang dibayar kepada Pemangku Raja tidak boleh melebihi imbuhan yang dibayar kepada seorang Sultan.’ Di dalam artikel yang sama juga memberi gambaran tugas pemangkuan sebagai, ‘… to exercise the prerogatives of and perform the duties of the Sovereign….’
Tambahan pula Al Sultan di panggil dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, sedangkan pemangkunya sebagai Yang Maha Mulia. Ini sudah menunjukkan perbezaan di antara Sultan dan Pemangku Sultan.
Shukri Mohamad juga jelas mengelirukan kita dengan tafsirannya berhubung pewaris tahta dan jelas mendiskriminasikan pewaris-pewaris tahta yang lainnya.

Artikel 28 undang-undang tubuh negeri juga jelas menekankan bahawa, Tengku Mahkota atau pewaris tahta tidak mempunyai sebarang kuasa dengan ayat berikut;

“The Heir shall have no authority whatsoever to take part nor may interfere in any affairs of the State or Government, excepting only when he shall have the command of Sovereign generally or in any particular case or as may be authorised under this Part and this provision shall apply also to the other heirs.’
Pengurniaan Darjah Kebesaran


Artikel 43 (1) undang-undang tubuh negeri jelas menyebut bahawa;
‘KDYMM ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran dan kehormatan.”

Ini bagi saya adalah jelas Kuasa Eksekutif seorang Sultan. Sebaliknya menandatangani persetujuan terhadap undang-undang negeri adalah melaksanakan fungsi eksekutif.
Kesimpulan saya, Kuasa Eksekutif tidak boleh dipangku, sebaliknya apa yang boleh dipangku ialah fungsi-fungsi eksekutif seorang Sultan.

Kesimpulan

Tafsiran yang jelas perlu dibuat ke atas kalimah ‘incapacitated’ dan bukannya keadaan fizikal Tuanku Al Sultan Kelantan. Apabila jelas apa yang dimaksudkan dengan kalimah itu dalam undang-undang tubuh negeri, maka segala kekeliruan boleh diperjelaskan.

Segala yang tercatat didalam posting ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya setelah merujuk kepada beberapa pihak yang arif dengan institusi Raja di Kelantan. Suka saya ingatkan, semua pihak boleh membuat tafsiran berdasarkan pemahamannya tetapi tafsiran yang akan diambil kira ialah tafsiran Mahkamah.

Sumber Kickdeffla

Psssttt..Daulat Tuanku Sultan Ismail Petra



PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Read more...

TRAGIS 18 SG - Siapa Yang Langgar Ni?


Khas buat Puak Puak PAS yang selama PRK Tenang ni
suka Bikin Kecoh dan Huru Hara......he he he


Psssttt...Celako Kau Mahfuz, Kau yang langgar rupanya

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Video Khas Buat Santapan Pembaca yang Berumur 18 tahun Ke Atas



Hayati dengan denyut Nadi anda semua ucapan Dato Ahmad Maslan.


Psssttt....Kita jumpa di Merlimau Melaka nanti......Zassss


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Selamat Tinggal Tenang - Air Dah Berat Kat Kepala Gua Ni Beb



Tahniah kepada Yang Berhormat Dun Tenang Tok Ai atas kejayaan nya menumbangkan Normala KFC malam tadi dalam proses Pengundian yang Adil dan telus.

Kami para Blogger Blogger dan juga Facebookers Pro Kerajaan mengucapkan Ribuan terima kasih kepada para penduduk labis yang sudi memberikan kerjasama kepada kami sepanjang tempoh masa kami berada di Labis ini dalam membuat Liputan PRK ini.

Tak lupa juga kepada para Pemuda, Wanita, Puteri dan juga seluruh jentera Barisan Nasional yang bertungkus Lumus dalam memastikan kemenangan Tok Ai Calon pilihan Barisan Nasional.

Namun harus di ingat mata kami para Blogger ini bukan mudah untuk di tutup, banyak kelemahan kelemahan yang jelas di tunjukkan sepanjang Kempen PRK ini oleh jentera BN.

tidak di nafikan ada yang bertungkus Lumus dalam membantu Jentera Parti namun ada juga yang bantu bagaikan melepaskan batuk di tangga. parti komponen juga di lihat banyak Politik dari membantu Calon BN pada PRK ini.

Semoga PRK Merlimau kelak hal hal sebegini dapat di atasi dan Jentera setiap Komponen Barisan Nasional benar benar melaksanakan Tugas yang di amanahkan. Kita Kerajaan dan seharusnya Kita lebih upaya dalam menjalankan Tugas.

Akhir kata dari Gomo buat Tok Ai, Dalam kemenangan ini banyak juga pekara yang perlu Tok Ai lakukan. Dan pada pandangan saya adalah lebih ELOK jika Tok Ai bersama keluarga menziarahi tempat bersemadinya TOK TENANG Moyang kepada Tok Ai sendiri dan juga merupakan Pengasas kepada Tenang ini.

Terima Kasih sekali lagi kepada semua yang membantu Gomo dan rakan rakan Blogger serta Facebookers Nadi rakyat pada PRK kali ini.Semoga kita jumpa di lain hari...

Fuh...Gomo dah tak tahan nak Balik KL jumpa anak bini oooo... bermanja manja dengan anak, rindu sangat ni!!!!


Psssttt...Air pun dah BERAT at Kepala ni beb...he he he


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Sedap Sehingga Menjilat Jari Ayam Normala KFC Ni.....





Jangan Jelous Gomo tengah makan ayam Normala KFC
Hahahaha....




Bahagian Dada dan Paha Ayam Normala KFC ni memang sedap beb

Sedap Sehingga Menjilat Jari

Hua hua hua

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP