
Dato Seri Ismail Sabri
Semalam Gomo dan beberapa rakan Blogger bertemu dengan Dato Seri Ismail Sabri Menteri KPDNKK bertanyakan isu mengenai Harga Minyak RON 95 yang sewaktu ini hangat di perkatakan oleh rakyat Malaysia.
Dalam pertemuan itu D.S.Ismail Sabri memberikan jaminan kepada Rakyat Malaysia bahawa Harga Minyak RON 95 tidak akan di naikkan pada waktu ini dan kerajaan akan terus memberikan Subsidi kepada rakyat Malaysia.Kami para Blogger ada juga bertanyakan apakah Faktor penanguhan harga minyak Ron 95 ini di sebabkan Pilihanraya Umum yang akan berlaku pada tahun ini.
D.S. Ismail Sabri menyatakan penanguhan ini di lakukan atas keputusan Kabinet yang mengambil kira semua Faktor dalam menghadapi Krisis Minyak Dunia yang meningkat ekoran Rusuhan yang tercetus di Negara negara Arab. Mengenai Faktor Pilihanraya juga ada berkemungkinan namun itulah dasar kerajaan BN yang menfokuskan kebajikan kepada rakyat.
Dalam sembang itu juga adalah kami bertanyakan kepada beliau mengenai jumlah Subsidi yang di berikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Beliau menyatakan pada tahun 2010 sahaja Kerajaan membelanjakan
RM 10 BILION bagi Subsidi kepada rakyat Malaysia yang merangkumi semua jenis barangan. Dan di jangkakan pada tahun ini perbelanjaan Kerajaan pada
Subsidi akan meningkat menjadikan sehingga
RM14 Bilion ekoran penambahan Subsidi Minyak Ron 95.
Gomo dan rakan rakan Blogger amat terkejut dengan kenyataan tersebut yang mana tak menjanggka kan bahawa Kerajaan Malaysia membelanjakan begitu banyak Subsidi kepada Rakyat Malaysia. Malah rakyat Asing di negara jiran juga mendapat hasil dari Subsidi kerajaan ini.
Banyak jugalah yang kami sembangkan malam tadi dan yang paling menarik perhatian kami apabila D.S. Ismail Sabri menemplak Pakatan Pembangkang yang kerja mereka hanya tahu Mencela dan Memutarbelitkan fakta semata mata. Beliau menyatakan bahawa keperihatinan kerajaan BN lah yang selama ini menjadikan rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman dan cukup makan. Lihat sahaja negara Eropah yang maju tapi masih ramai rakyat mereka yang tidak mampu mendapatkan makanan ekoran tiada Subsidi yang di berikan kepada rakyat mereka.
Kita kerajaan sentiasa peka kepada Rakyat Malaysia dan ini bukanlah baru malah dah berdekad lamanya. Kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir tidak mampu memberikan subsidi kepada rakyat di negeri yang mereka kuasai.
D.S. Ismail Sabri dalam pada itu mencabar Negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Haram untuk memberikan Subsidi kepada Rakyat di negeri mereka. Kata D.S. Ismail Sabri:
" Tok sah banyak lah, kita pinta Kerajaan Pakatan berikan Subsidi Gula 20 sen kepada rakyat di negeri yang mereka kuasai. Kita nak lihat apakah mereka mampu melakukan nya."Emmm kalau pada amatan Gomo depa puak pakatan haram ni tidak akan mampu memberikan subsidi, lihat contoh di Selangor pun dah tahu bila Kerajaan Pakatan Selangor bila dah tak mampu nak bayar Duit Syabas maka mereka cuba alihkan cerita sehingga menjadikan Syabas punca kepada hal tersebut walhalkan punca utama adalah kerana mereka tidak dapat lagi menampung kos yang melibatkan Jutaan ringgit tersebut.
D.S. Ismail Sabri juga sempat memberikan satu contoh kepada kami malam tadi mengenai isu yang di mainkan oleh Media Pakatan yang mengangkat dengan memberikan
Lim Guang Eng sebagai WiraRM100 untuk setahun kepada warga emas. Menurut D.S. Ismail Sabri, Kementerian Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat pada tahun lepas sahaja sebanyak
RM2 Bilion di berikan kepada mereka yang layak seperti warga Emas, Ibu Tunggal, OKU dan sebagainya yang menetapi syarat yang di tetapkan.
Guang Eng baru bagi
RM 100 pun Puak pakatan dah Kecoh satu dunia sampaikan lupa yang Guang Eng bagi tu
RM 100 untuk setahun sedangkan Kerajaan bagi pada warga emas
RM 300 untuk sebulan. Tapi tu pun masih ada lagi penerima yang lupa diri akan Bantuan Kerajaan.
Banyak lagi yang di sembangkan kami malam tadi namun panjang sangat kalau nak bercerita dengan detail mengenai perjumpaan malam tadi dan cukuplah dengan Fakta Fakta yang berasas kami nyatakan ini.
Apa yang pasti Gomo nak menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa Keperihatinan kerajaan Barisan Nasional kepada anda semua adalah menjadi Keutamaan paling penting. Bayangkan tampa Subsidi sebanyak
RM 10 BILION yang kerajaan peruntukkan pada tahun lepas kepada harga Barang. Bagaimana agaknya kita bila setiap yang kita beli tiada Subsidi? Fuh, mau Gadai Seluar Dalam kat Anwar ni beb.
Apa pun Bukti jelas Kerajaan Barisan Nasional Prihatin dan Komited dengan Tanggungjawap dan Amanah yang di pikul.
Psssttt... pakatan kata depa perintah harga barang Turun? berikan subsidi dulu di negeri yang mereka kuasai. Amacam?DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...