
Hok Come Ni Hok Amno
Petang tadi bertempat di Felda Jengka 23 Dun Kerdau satu pengumuman Gembira di sampaikan oleh Dato Hamzah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada
Peneroka Felda Jengka 23 yang seramai 443 orang.
Dato Hamzah Bin Zainudin
Turut hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Ahmad Maslan dan pegawai pegawai Felda serta MPOB yang lain.

Dato Ahmad Maslan @ Tok Mat
Pengumuman di buat bagi menyampaikan berita Gembira kepada 443 peneroka Felda Jengka 23 iaitu MPOB memberikan Bonus kepada peneroka Felda Jengka 23.
Setiap
satu Hektar Ladang Kelapa sawit di berikan Inisiatif sebanyak RM1000 yang mana majoriti dari peneroka yang ada di Felda Jengka 23 mempunyai paling kurang 4 Hektar Ladang Kelapa Sawit. Syukur rezeki lagi buat Peneroka Felda.
Inisiatif ini bukan di berikan kepada semua Peneroka Felda seluruh Negara, malah Peneroka Felda 22, 24 dan 25 yang berada di dalam Dun Kerdau juga tidak menerima Inisiatif ini memandangkan hanya Felda Jengka 23 sahaja yang berjaya dengan Tanaman Semula.
Namun demikian Inisiatif ini akan di teruskan di seluruh Malaysia apabila projek Tanaman Semula berjaya di usahakan oleh Peneroka Felda yang Komitmen dengan Ladang Kelapa Sawit mereka dan yang pastinya ini lah Hadiah dari Kerajaan buat para Peneroka.
Di antara 443 peneroka Felda Jengka 23 itu terdapat juga yang Berpaksikan parti PAS dan mereka juga layak menerima Inisiatif yang di berikan ini.
Emmm Kalau Gomo lah jadi Orang PAS tu Tak akan ambil duit dari kerajaan BN. Halal ke Puak PAS nak ambil? Takut nanti Nik Ajis kata Haram makan duit BN.Semoga Rakyat Malaysia sedar bahawa Komitmen Kerajaan Malaysia dalam meningkatkan taraf ekonomi terus di perjuangkan walaupun Fitnah pakatan pembangkang datang mencurah curah.
Tahniah buat Peneroka Felda Jengka 23, kepada peneroka Felda yang lain di harapkan Bersama sama dengan Kerajaan BN bagi mendapat Inisitaf dan peluang buat anda dan Keluarga membina kehidupan yang lebih bermakna.
Pangkah PAS? Emmm Kat Kelantan pun Ladang rakyat tak mendapatkan hasil.....Renung renungkanlah....
Psssttt...Ladang Rakyat Kelantan apa cerita? Habis jahanam tanah orang Asli di rompak PAS.
1 Malaysia
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...